2017-11-09

Mak bapak


Keputusan exam sekolah rendah anak dah mula keluar.
Ramai yang dah start share pasal ni kat newsfeed aku semalam and hari ni.
Seronok tengok mak bapak sharing result anak.
Tapi yang tak seronok tu bila keputusan anak boleh dikatakan bagus, masih lagi ada yang mengeluh.
Aku tak sure la if itu 'acah-acah mengeluh' atau memang mengeluh betul-betul.

To be fair to these parents, aku faham misi dorang.
Zaman sekarang, peluang terhad. Jadi, semua berlumba-lumba nak anak-anak dapat ranking yang best. Sebab tu sebagus mana pun keputusan anak, masih rasa not enough selagi bukan anak kita yang paling best.

Untuk orang lain mungkin berbeza pandangan.
Kalau Darjah 1-2, aku masih bagi sikit kelonggaran.
Tapi kelonggaran dari segi keputusan exam je.
Membaca mesti dah lancar, menulis mesti dah cantik, mengira mesti dah cekap for simple-simple tambah tolak. At least 3M dah kuasai.
Lagi satu aku nak tambah - mewarna mesti dah tak herot-berot. Sakit mata aku tengok mewarna tak searah. Kejap kiri, kejap kanan.
Bukan apa, sebab anak kan dah setahun berada di sekolah rendah, at least 3M (4M) dah dalam tangan.

Kalau keputusan periksa tu tengok jugak pada markahnya, pada peratusannya.
Jangan tengok pada ranking dalam kelas je.
Especially kalau anak tu baru Darjah 1-2, ada subjek dapat B.
Janganlah frust beria-ia sangat. B je kot. Bukannya D.
B tu bagi aku masih boleh diperbaiki. B tu kira macam terkehel sikit je. Dia faham, tapi belum kuasai.
Kalau C tu wajar kot nak amukan sebab nampak macam tak blaja sangat and tak faham soalan.
Tapi ye lah anak masing-masing kan. Masing-masing ada benchmark sendiri.

Nak ada benchmark boleh, tapi betul ke untuk masa depan anak atau untuk personal interest mak bapak?
Jangan kerana kita nak feed our own ego, anak yang jadi mangsa.
Don't be a pushy parents yang always paksa anak dapatkan sesuatu yang kita tak berjaya dapatkan dulu.
Kita suruh dia dapat certain grade bukan kerana kita nak dia buat untuk diri tapi sebab kita nak penuhi impian kita yang tak kesampaian.
At the same time nak berlumba dengan mak bapak orang lain anak siapa paling pandai.

Seronok bila nampak anak-anak carry ciri-ciri kita.
Contohnya "Dia suka melukis, sebijik macam aku dulu suka melukis".
Lalu, dalam tak sedar kita susun perjalanan anak so that anak berjaya jadi arkitek (contoh je ni).
Kita rupanya dah plan apa anak kena achieve in order untuk pastikan impian kita nak dia jadi arkitek tu tercapai.
Bila tak tercapai, marahkan anak. Tak dapat marah anak, salahkan cikgu pulak.

Ada parent pernah cakap "If our child is not succeeding, by all means question the quality of teaching".

Pastu aku balas balik "Kena tengok student lain jugak. If other students can get good results, that means there is no problem with the way teachers teach".

Rupanya anak dia tak dapat markah seperti yang dia harapkan. Tapi masih dapat A for that subjek.
Aku rasa aku dah ketinggalan kot sebab tak tau pulak now A saja dah tak cukup baik.
A 85 markah tak bijak sangat katanya. Kalau A 95 ke atas baru bijak betul.

Aku pernah terbaca satu artikel from pakar sakit jiwa kat Malaysia.
Dia cerita pasal sorang budak pompuan darjah 1 jadi gila sebab parents terlampau push untuk study maths. Budak tu katanya endup bercakap sambil mengira.
7 years old okeh! Nangis aku baca cerita tu.

Dulu, budak pandai tak seramai sekarang.
Kalau dapat 5A (zaman aku dulu), peluang kau nak masuk skolah asrama besar.
Now, dah dapat straight As pun masih perlu disaring sebelum dapat masuk mana-mana skolah asrama.
Ada yang disaring melalui online test, disaring melalui interview, disaring melalui aktiviti ko-kurikulum, dan ditapis melalui loan mak bapak.
Kalau mak bapak sangkut kat loan pelajaran atau jadi penjamin, kat situ pun anak kau boleh sangkut.
Tu belum lagi kes yang tak layak pun sebenarnya tapi parent ada kabel dengan orang dalam.

Banyak faktor anak-anak kita diterima atau tak ke skolah asrama sekarang.
Of cos straight As tu syarat utama tapi kadang ada faktor lain yang buatkan anak orang lain lebih layak.
Sebab memang terjadi dah.
Tahun lepas kan ada kes atuk and nenek drive all away from Johor to MARA KL untuk semak kenapa cucu dia tak dapat mana-mana MRSM padahal cucu dapat 6A.
Masa tu mak bapak budak tu gi umrah.
Rupanya mak dia pernah jadi penjamin pelajaran. Orang tu tak bayar so anak dia tak dapat masuk MRSM pun. Kesian, tak memasal je.

Sekarang ni dah banyak point yang dikira sebelum anak-anak kita layak masuk mana-mana.
Dah bukan solely akademik je dia kira.
Kalau anak dapat markah A 85 tu syukur lah. Jangan lah merempan sangat dia tak dapat A 95 markah.
Ingat senang nak dapat A dalam keadaan tegang menjawab soalan, dengan entah tak cukup tidurnya, entah stressnya lagi.

Memang betul, kadang-kadang kita kena pushy jugak supaya anak fokus.
Because you don’t really know how much your child can achieve unless he/she’s pushed.
Tapi kan ada satu benda pelik aku perasan kat sini.
Some parents, bila dia push kat anak dia untuk jadi the best, memang gila-gila tak ingat dunia.
Tapi bila cikgu push student dengan banyak homework, dengan disiplin yang ketat, dia question cikgu balik. Padahal dia kat rumah buat benda yang sama.

Ironi.




Semalam aku naikkan offer PILIH 2 BARANG.
Pastu ramai pengguna GC Plus nak beli 3 botol terus.
Kalau kat website beli 3 botol dapat RM255 + RM8 (pos).
Memandangkan kat form boleh pilih 2 atau lebih and get free pos, ada yang tanya boleh tak kalau nak beli 3 botol tapi nak harga RM255 (macam harga website) dan free pos?

Wah wahhhhh, kemain dah bagi diskaun nak diskaun lagi korang ya.
Jawapannya tak boleh. Hahaha. Sentap tak?

Tujuan aku buat form tu sebab nak bagi peluang those yang nak beli kombinasi barang-barang yang takde dalam pakej combo.
Kat website, pakej combo cuma ada Nutrijuice + GC Plus and Cleansing Gel + Makeup Remover.
Memandangkan ada permintaan nak kombo lain-lain, jadi aku bukak offer form tu.
So kalau ada orang nak beli kombinasi GC Plus + Makeup Remover boleh la dapat diskaun sikit (takde caj pos).

Kalau korang nak beli 3 botol GC Plus, sila ke website ok?
Yang nak beli kat form klik bawah ni.