2017-11-08

Tagihlah hutang



Caption dalam gambar tu bukan menganjing pada penghutang tapi itu memang hukumnya wajib.
Cuma ada di antara kita tak tau yang menuntut hutang itu wajib.

Hutang ni, kalau kita (pemiutang) maafkan dia (penghutang), maka kita dapat pahala.

Kalau kita biarkan dia berhutang dengan kita sehingga satu tempoh yang telah dijanjikan, kita dapat pahala.

Tapi kalau kita tak menuntut, kita sebenarnya membiarkan dia dalam kemungkaran.
Jadi, kata ulamak, menuntut hutang itu wajib.

Tapi ada orang-orang awam macam kita yang marah bila pemiutang mintak hutang.
Dikatanya zalim sebab menuntut hutang sedangkan duit kita banyak lagi.
Duit pemiutang banyak, itu different story. Menuntut pinjaman is another story. Tak sama. Jangan konfiuskan diri anda.
Yang menuntut hutang dikata kejam. Yang tak bayar hutang dikata baik.
Sedangkan menuntut hutang itu tak pernah salah. Yang salah adalah kalau kita tak bayar hutang.

Ada 3 point kat sini.

Point 1

"Wahai orang-orang yang beriman jika kamu berhutang dengan suatu hutang sampai kepada waktu yang ditentukan maka hendaknya kamu menuliskannya, dan hendaknya seorang penulis diantara kamu menuliskannya dengan adil". (Al-Baqarah 282).

Dalam Quran sendiri dah sebut, hutang itu perlu dicatat.
Catat hutang ni adalah sunah yang dah ditinggalkan.
Cerita pasal mencatat hutang ni adalah ayat terpanjang dalam Quran. Yang aku ambik ni sikit je. Ayat 282 tu panjang lagi sebenarnya, pegi baca sendiri.
Jadi, secara lojiknya, buat apa catat kalau bukan untuk dituntut semula?


Point 2

"Wahai orang-orang yang beriman penuhilah akad-akad kalian" (Al-Maidah 1).

Dah berjanji kena tunaikan.
Kalau dah sampai tempoh yang dijanjikan, bayar.


Point 3

"Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman" (Bukhari)

Kalau ada duit, ingatlah untuk bayar hutang dulu.
Kalau tak boleh bayar selepuk, bayar sikit-sikit.
Kalau memang tak boleh bayar sehingga tempoh perjanjian, datanglah jumpa penghutang semula, tanya kalau-kalau boleh buat perjanjian/akad baru untuk panjangkan tempoh.
Itu baru betul. Bukan dengan cara buat senyap. Itu zalim namanya.

Cukuplah 3 point.
Dalam tiga point, takde satu pun kata menuntut hutang tu tak bagus/tak baik/zalim.
Malah disuruh kita catat lagi.

Bila kita memberi hutang, orang akan mintak pemberi hutang refer hadis ni pulak dengan harapan kita menghalalkan hutang tadi :

"Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Tirmidzi). 

Tapi cuba perhatikan perkataan "menghilangkan atau melapangkan".
Maksudnya, nak halalkan boleh, nak panjangkan tempoh pun boleh.
Dia tak kata suruh halalkan semata-mata.

Sama jugak dengan ayat "memberikan kemudahan".
Nak sedekah terus pun boleh, nak bagi tempoh bayar sikit-sikit boleh, nak bagi bayar separuh je pun boleh. Asalkan namanya memudahkan.

Allah tak zalim dengan penghutang mahupun pemiutang.
Dia dah susun cantik untuk kita ikut.
Masalahnya yang berhutang ni selalunya nak free terus.
Masa nak pinjam balik-balik nama dia yang muncul kat henfon, kat PM.
Bila dah bagi pinjam, meruyup.

Aku dah belajar dari kesilapan bila terlampau husnuzon dengan penghutang.
Walaupun aku ada catat (rekod whatsapp/PM/email), tapi aku tak bagi tempoh. Itu silap aku.
Macam bank, MARA, PTPTN tu akad yang betul. Dorang bagi hutang dengan ada catat dan tempoh.
Kalau korang nak bagi hutang, buat catat, buat akad. Tak payah malu. Memang dah disebut dalam Quran, mesti catat. Kita je yang segan nak buat. Catat hutang adalah sunah. Sunah yang dah ditinggalkan. Walaupun kebarangkalian penghutang nak adhere dengan akad tu adalah tipis, tapi takpe, janji catat dan buat akad. Kita tak rugi.

90% orang yang berhutang, takkan bayar, kecuali orang beriman.
Kerana orang yang beriman dengan Allah, dia akan usaha bayar hutang.
Paling tak, dia usaha contact penghutang untuk bagitau condition dia. Sebab dia tau, bila dia berhutang di dunia, bermakna dia berhutang dengan Allah juga.
Tapi kalau dah habis tempoh pun dia buat senyap, yang tu boleh dianggap duit tu hilang.
Dia punya konsep macam ni tau.
Bila kita bukak pintu untuk memberi hutang, maka kita perlu bersiap-sedia untuk tak dibayar.

Kalau kita memberi hutang RM1K dan kita bagi tempoh sebulan.
Dalam tempoh sebulan tu, setiap kali kita bersolat, ganjarannya adalah separuh dari jumlah hutang yang kita bagi.
Ini sebenarnya cara Allah memaksa hambaNya berlaku baik.
Dia pilih kita sebagai pemberi hutang, dan dalam tempoh akad tu, Dia bagi ganjaran untuk kita siap-siap sebelum kita dapat duit kita balik.

Sekiranya, setelah habis tempoh hutang tetap tak dibayar, maka setiap kali kita bersolat ganjarannya sama seperti semua jumlah hutang yang kita bagi.
Tapi ada syaratnya.
Syaratnya kita sebagai pemiutang kena pegi tuntut dulu.
Kena ingatkan dia yang dia masih ada hutang dengan kita.
Selamatkan dia dulu dari kemungkaran.

Dalam Islam, tak apa kalau kita taknak bagi pinjam.
Apetah lagi kalau kita yakin orang tu takkan bayar balik. Tak salah. Itu hak kita.
Sebab ini ada sangkut-paut dengan sabar. Samada kita mampu sabar atau tak selepas kita bagi hutang.
Jadi jangan kau pulak nak memandai-mandai "Bagi lah dia pinjam, duit kau kan banyak."
Itu hak dia, jangan kita memandai-mandai. Kau kesian kat dia, kau bagi duit kau. Itu baru betul.
Rasulullah saw pesan, kalau kita mesti berhutang, niatkan dari awal kita nak bayar balik.
Insyallah Allah akan tolong.

Yang paling senang, bagi setakat mana kita mampu 'hilang', dan akadkan siap-siap "Aku sedekah".




Button atas ni khas untuk pengguna GreenAard yang request pakej kombo baru.
Ada yang suggest suruh buat kombo Cleansing Gel + Nutrijuice.
Yang nak kombo GC Plus + Makeup Remover.
Kombo-kombo ni memang takde and kita tak buat.
Tapi insyallah kita akan consider sekiranya ada banyak pembelian untuk pakej-pakej tu.
So, kat sini aku bukak offer FREE POS untuk 2 (atau lebih) produk pilihan korang.
Pilih mana-mana dua (atau lebih), kita bagi FREE POS.
Dari sini kita akan tengok gabungan produk mana yang paling banyak orang beli, mungkin dari situ kita boleh consider untuk wujudkan pakej tu nanti.

Offer sampai Jemahat 10 Nov saja.