walk on wings, tread in air: Apa beza jodoh dan bodoh <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Apa beza jodoh dan bodoh
2017-10-25

Tersesat tu perkara biasa untuk orang yang sedang dalam perjalanan.
Tapi, kita akan sesat teruk kalau lansung takde tujuan jelas. Yang ni lagi bahaya.
Lebih-lebih lagi kalau sesat dalam hidup.

Mula-mula bercinta, semua pun ok.
Masuk tahun ketiga, keempat, dah mula nampak true colors masing-masing. Bertekak pun dah boleh tahan tinggi pitch dia.
Tapi selalunya, pada tahun-tahun ni, kita dah 'malas' nak break. Rasa penat nak mula semula dengan orang lain. Leceh. Nak pulak kalau waktu ni kita dah umur 26-27.
Kalau orang perempuan, umur-umur ni dah kira lewat dah ni.
Nak pulak kalau kau dah bercouple 2-3 tahun, mesti mak bapak pun dah start bertanya sampai bila nak macam tu. Takde kesudahan.

Pernah tak, dalam pada kau rasa kesal-tak-kesal dengan relationship sekarang (dengan gf/bf), kau terkenangkan balik kawan lama kau dulu?
Masa tu la baru nak tertanya-tanya apa khabar agaknya dia?
Waktu tu kau terasa macam "Kalau ambik dia jadi pasangan pun bagus jugak. At least aku dah kenal dia lama".

Pernah tak terasa macam tu?

Aku rasa maybe inilah yang crush aku buat kat aku dulu.
Tetiba je muncul mencurahkan perasaan.
Aku syak waktu tu dia tengah in a state kesal-tak-kesal dengan relationship dia, waktu tu lah wajah aku muncul dalam mimpi dia. Kahkahkah.

Selalunya macam tu lah kan.
Bila kita rasa tak yakin dengan relation kita, kita akan terkenang balik kat someone yang buatkan hati kita senang and tenang all the time.
Cuma selalunya orang tu tak cantik kat mata kita.
Tapi bila dalam keadaan keliru, kita akan terkenangkan dia.
Itu tandanya, sebenarnya ciri-ciri yang ada pada kawan kita tu adalah kriteria yang kita nak, tapi kita dikaburi oleh ego dan kehendak yang kita sebenarnya tak pasti.

Tapi lepas kau pikir-pikir balik last-last kau cakap "Alah, dah la. Takyah nak pikir sangat. Walaupun selalu bertekak, tapi kami bertahan jugak sampai 3-4 tahun. Ambik yang ni je lah".

Kan?

Betul tak?

Aku hampir-hampir nak teruskan je dulu dengan exbf aku dulu sebab alasan ni lah.
Sebab mengenangkan alahai penatnya bercinta, duit pun dah habis banyak, dah siap kenalkan kat sedara-mara bagai, kalau break, bukan je malu tapi malas dah nak start all over again.
Lagipun, ada ke lagi yang nak kat aku?

Tapi sisi aku yang lain nak sangat keluar dari relation tu. Confuse sangat rasanya nak buat keputusan.
Waktu ni, crush aku dah back-off.
Kalau tak, agaknya aku patah balik kat crush aku tu.
Mujurlah Ultraman datang menyelamat tepat pada waktunya.
Eh bukan Ultraman, tapi Ultrameng.

Bila dengan En Wan, kenal sekejap then terus bertunang and kawen.
Ternyata rupanya tempoh bercinta tu bukan jaminan. Malah, bukan satu benda yang penting sangat.
Sebenarnya, semakin lama kita bercinta, semakin payah kita nak lepaskan dia bila timbul masalah.
Macam kes aku dulu, disebabkan bercinta agak lama, aku dah susah nak buat keputusan everytime ada masalah. Kena hentak pun masih nak bercouple lagi. Bukan sebab sayangkan dia, tapi tempoh bercinta yang lama buatkan aku dah develop perasaan 'tak sampai hati nak tinggalkan'.

Selalunya bila kita dalam keadaan keliru macam ni, kita tend to terima apa-apa je lah yang datang, asalkan kau boleh keluar dari relation ni.
Masa tu baru kau tolak segala rupa, segala body cun, segala rambut bak mayang mengurai, segala muka macam Zul Aripin.
Yang kau aim cumalah orang yang boleh buatkan kau happy. Cukup.
That's why bukan sikit yang teringat balik kawan lama masa kat skolah dulu.
Masa tu lah baru terasa yang kau sebenarnya suka kat kawan kau cuma waktu tak tepat katanya.
Dulu masih budak-budak, tak perasan semua tu.
Dulu masih hingusan, macam adik-beradik rasanya.
Eleh, yang betulnya sebab kawan kau tu tak cun. Kalau tak, mesti kau gigih ngorat dia dari awal.

Lama mana kau bercouple bukan jaminan dia yang terbaik.
Gaduh tu perkara biasa. Tapi kalau sepanjang bercouple tu lagi banyak stress dari happy, apa perlunya kau tunggu?

Ada yang tak bercouple lansung tapi tetap ada jodoh.
Yang bercouple lama belum tentu ada jodoh.
Ada yang bercouple sekejap je tapi cepat pulak berjodoh.
Bercouple tapi menyakitkan hati tapi kau stay jugak dengan dia, yang ni namanya bodoh.

Kalau dah rasa memang tak sesuai, putus je.
Lebih baik sakit sekarang dari sakit lepas nikah.
Of course orang akan terkejut, especially mak bapak akan rasa frust and maybe malu sebab kau dah ke sana-sini dengan bf/gf alih-alih tak jadi.
Screw what people say. Do what you have to do for you!

Ok, sebelum ada reader yang email aku "Kak, macamana nak tau kalau pasangan kita tu sesuai untuk kita?", ni aku bagi guideline berdasarkan pengalaman. Pengalaman aku tak banyak, tapi insyallah boleh jadikan panduan kalau nak pakai.

1. Berbeza personaliti, takpe. Berbeza pendapat pun lumrah. Tapi kalau sentiasa bertekak sebab berbeza pendapat, boleh jadi ini petanda awal korang tak ditakdirkan bersama.

2. Chemistry. Tak perlu semua benda nak ada chemistry. Cukup 1-2 perkara. Chemistry ni wajib ada so that boleh jadi modal nak pujuk-memujuk bila bergaduh nanti. Macam aku dengan En Wan, chemistry-nya, makan. Kitorang jenis enjoy food. Never say so to food walaupun pegi pasar malam. Memang on aje. Nak pujuk aku pun senang, belikan burger, terus ok. Murah nau mood aku ni.

3. Kalau makanan yang dia belikan untuk kau tak kena dengan selera tapi itu pun kau takut nak bagitau, yang ni akan bawa masalah di kemudian hari. Jodoh yang baik, dia akan hormati selera kau. Kalau kau cakap makanan kat restoran ni tak berapa kena dengan tekak, dia akan terima. Next time dia takkan bawak lagi ke situ. Bukan paksa kau cekik jugak makanan tu dengan alasan jangan memilih! Yang ni sama-sama kena consider ya. Bukan salah sorang je. Sebab aku ada kawan yang memang tak boleh makan kat mamak, tapi bf dia suka lepak mamak. Bf dia kata "Kita bukan kaya, janganlah memilih". Ni bukan soal memilih ya. Kalau awek kau terbelahak kat situ kau nak cuci? Asal tak kaya je, suruh lepak mamak. Makan mamak tu memang untuk yang miskin je ke? Lain kali, kalau gian nak lepak mamak, pi lepak ngan member lain. Time keluar dengan awek pi makan KFC. Tapau pasar malam pun boleh.

4. Walaupun hanya seplastik goreng pisang yang dia bagi, itu menunjukkan dia ingat kat kau. Bahagia nau rasanya kalau laki kau call "Abang kat pasar malam ni, kuih koci awak ada ni ada. Nak tak?". Tu maknanya bukan saja dia tau kau suka kuih apa, malah terpandang koci je terus terbayang muka kau. Gitewww.

5. Kalau kau sentiasa ada rasa syak dengan pasangan, sentiasa nak skodeng henfon dia, FB dia, try to hack email dia, try jeling-jeling kat skrin henfon time dia whatsapp - yang ni baik takyah kawen lah. Kalau awal-awal dah takde rasa selesa dan percaya kat pasangan, kau yakin ke esok dah kawen kau akan stop buat keje-keje ni? Buat apa bercouple dengan dia kalau hati kau always tak tenang mikir dia whatsapp apa, whatsapp dengan siapa, apesal senyum-senyum pandang henfon. Dah, tak payah.

6. Setiap kali pasangan buat salah, kau terus-menerus jadi PR yang terpaksa jelaskan kat semua orang kenapa pasangan kau bertindak macam tu sedangkan it is obvious apa yang dia buat salah. Aku pernah dah lalui bab ni. Aku pernah nak bertumbuk dengan kawan exbf aku sebab aku dapat tau dia 'frame' exbf aku. Rupanya, aku yang salah. Semua orang tau exbf aku banyak buat hal, aku je yang tak tau and always 'bersangka baik'.

7. Effort hanya banyak dari kau, bukan dia. Ini bukan soal berkira. Tapi ini adalah planning untuk hidup bersama. Kalau sebelum kawen pun dia berkira dengan kau, apa jaminan nanti dia takkan berkira kat anak-anak, mak mertua, dan ipar-duai? Berkira kat sini bukan berkira soal duit semata-mata tapi tenaga. Kalau mintak temankan kau pi klinik pun malas, boleh blah.

8. Try bincang masa depan dengan dia. Kalau dia macam tak berminat "Alah, takyah pikir dulu lah..", tu maknanya kau stok geli-geli je la tu.

Ok cukuplah 8 point.
Tu guideline je. Tak semestinya betul, tapi melalui pengalaman aku, point tu boleh pakai.



Pencahayaan bilik hari extra memancor sampai floles habis muka aku.
Boleh tengok warna lain, klik bawah.


posted by aveo757 @ 9:30 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER