2017-09-30

Stokin



Hijrah itu adalah sebuah proses, bukan instant.
Jadi jangan takut nak mula perlahan-lahan.
Mula dengan sikit tapi istiqomah itu jauh lebih baik daripada mula dengan extreme tapi lama-lama makin 'longgar'.

Bila kita ada perasaan "Takut la nak pakai stokin kat ofis sebab nanti kalau di luar dari opis tak pakai stokin apa pulak orang kata".

Apa orang kata tak penting.
Orang yang hatinya bersih, dia akan selalu berfikir yang baik-baik.
Orang yang hatinya berkeladak, kau pakai burqa' pun dia akan kondem juga.
Jadi, jangan takut-takut kalau nak berhijrah kerana Allah.

Nak ubah diri jadi lebih baik tak boleh drastik.
Kalau drastik, akan ada efek.
Sama macam weight loss atau masalah kulit. Kalau weight loss tu berlaku dengan cepat sangat atau masalah kulit tu sembuh dengan cepat sangat bila, mesti akan ada kesan sampingan.
Macam tu jugak dengan hijrah. Jangan drastik. Biar slow-slow tapi istiqomah.
Kerana yang susah bukan hijrah, tapi nak mempertahankan hijrah tu yang payah.

Of course setiap hijrah itu akan datang dengan ujian.
Sebab tu kadang-kadang kita nampak orang yang mulanya dah cantik bertudung, tapi lepas tu tanggal.
Tapi jangan kutuk dia. Sebab kita tak tau apa ujian yang Allah bagi sampai dia jadi give-up. Boleh jadi kalau ujian itu ditimpakan pada kita, kita pun give-up.
Boleh jadi juga kita yang saudara seiman dengan dia ni tak support dia untuk terus istiqomah.

Yang dah hijrah tapi belum syari'i pun tak apa.
Tak kisah lah kalau niat dia hijrah sebab fashion atau sebab nak jual tudung.
Kita doakan yang baik-baik aja, semoga doa yang baik tu malaikat aminkan dan kembali pada kita.

Tak apa jugak kalau pakaian je syari'i tapi hatinya tak baik.
Sebab syarat nak berhijab syari'i bukan kena tunggu hati jadi baik.
Itu ujian untuk dia.
Kita bukan malaikat. Kita manusia. Dosa dan salah memang tempatnya pada manusia.

Hijrah ini satu proses. Setiap langkah hijrah akan ada ujiannya.
Dan ujiannya pulak sesuai dengan tahap keimanan masing-masing.
Contohnya, orang yang baru saja berhijab. After a while dia lepaskan tudung.
Itu boleh jadi Allah uji dia dengan dengan masalah kerja.
Susah nak dapat sales sejak berhijab (contoh), membuatkan dia giveup dan kembali free hair.
Nampak macam simple sangat ujian tu, kan?
Tapi Allah uji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Mungkin kemampuan dia setakat itu.

Kenapa dah hijrah pun masih Allah bagi ujian?
Masa belum hijrah takde pun ujian?

Haaaa....itulah caranya Allah nak tau samada hijrah kita benar-benar kerana Dia atau tak.
Dia nak tengok kesungguhan kita.
Kalau betul kita hijrah kerana Dia, insyallah kita akan tabah dengan ujian tu.
Analoginya sama macam pakwe yang nak ngorat sorang pompuan ni, tapi pompuan tu jual mahal.
Macam-macam dia test kat pakwe tu nak tengok serius ke tak pakwe tu nak kat dia.
Lama-lama bila dia uji uji uji uji and nampak pakwe tu redha and tak putus asa, ujung-ujung dia cair dan sayang.
Macam tu jugaklah Allah dengan kita.
Dia bagi ujian sebab dia nak tengok kita ikhlas ke dengan Dia.
Kalau kita istiqomah, Dia jadi sayang.
Jangan ingat Allah bagi kita hidup yang mudah serba-serbi itu tandanya Dia sayang. Belum tentu lagi.
Kalau Dia bagi ujian pun tandanya Dia sayang, dengan syarat sabar dan istiqomah.

Hijrah tu bukan tentang someone yang berubah dan terus jadi malaikat.
Ia adalah tentang someone yang nak belajar jadi taat.
Hijrah adalah tentang bagaimana bermula dengan merangkak, berjalan dan kemudian berlari menuju redha Allah.
Bukan berapa cepat kita berubah, tapi berapa kuat kita bertahan.

Apa yang kita nak mulakan, mulakan.
Walaupun kita nak bertudung tapi nak bertudung singkat dulu, tak apa.
Yang penting, tugas kita adalah mempertahankan istiqomah sampai ajal kita tiba.
Jangan rasa segan bila kita berbeza dari orang lain.
Jangan letih kalau perubahan kita menjadi lebih baik tu diperli-perli orang.
Penilaian orang selalunya banyak negatif dari positif, sometimes istiqomah kita bergoyang jugak.
Jangan.
Sayang kalau kita buang apa yang kita dah mulakan hanya kerana kita berbeza dari majoriti, hanya kerana kita tak nampak outstanding atau tak nampak 'in' dengan trend semasa.

Wanita solehah itu sangat sikit jumlahnya. Jadi jemputlah hidayah kita.
Boleh jadi dengan kesungguhan kita untuk hijrah dengan sekecil-kecil perkara seperti berstokin, menjadi asbab datangnya hidayah yang jauh lebih besar.





TINGGAL 8 HARI LAGI SEBELUM PROMOSI ULANGTAHUN KEDUA GREENAARD TAMAT.