Ok blog selepas Raya Aidiladha dimulai dengan kes Redza tertinggal flight time nak balik ke KL hari tu.
Semuanya berpunca satu je - henfon dia rosak.
Actually bukan rosak.
Mula-mula henfon dia hilang simkad.
Pelik tak?
Henfon tak hilang tapi simkad hilang.
Aku tak tau la ni kes cuai atau ada orang pedajal dia. Tapi takpelah, dia pinjam phone kawan dia bagitau yang henfon hilang simkad.
Ok takpe, kitorang pi buatkan new simkad and pos laju ke sana.
Bila simkad baru dah sampai, dia masih tak call-call kitorang lagi.
Tapi takdelah rasa pelik mana pun sebab dapat tau dari cikgu yang student tengah busy dengan exam.
Oklah, fine. Paham.
Tapi pastu sampai 4-5 hari tak call.
Eh, pehal budak ni. At least call la bagitau simkad dah sampai, kan.
En Wan call warden, mintak cakap kat Redza suruh call kitorang.
Malam tu dia call, pinjam phone kawan dia, again.
Dia bagitau simkad takleh pakai.
Kitorang ni mula la kan, apa kena si Redza ni. Dah seronok sangat ke lepak sana sampai cari alasan simkad rosak pulak.
Pastu En Wan call warden mintak checkkan betul ke henfon Redza buat hal.
Rupanya betul. Warden kata bateri henfon ok je, semua seems ok tapi tak tau apesal bila masuk simkad takde line.
Nak dijadikan cerita, kitorang bagi dia pakai smartphone 😂.
Sebab phone dia hari tu hilang, aku dah tak kuasa nak belikan henfon baru. Pakai je lah HTC lama tu.
Ada kamera. Sepatutnya tak boleh. Tapi aku tau Redza ni lurus sikit. Aku pesan "Jangan pakai kamera!". Ko tau dia buat apa?
Dia pi selotape kamera tu dengan masking tape.
Bapak dia cakap apesal la lurus sangat anak aku ni. Mbhahahha.
Bila henfon warden tolong checkkan, so warden tau la selama ni dia bawak smartphone.
So warden bagitau kitorang henfon ni takleh bawak.
En Wan cakap tau, tapi sebab tak sempat nak cari new phone. Kitorang janji akan replace phone cokia bila dia balik raya haji nanti.
2 hari sebelum balik, Redza ada call, pinjam phone kawan dia.
Dia bagitau lusa nak balik, maybe dia takleh call aku dah waktu tu sebab akan berpecah dengan kawan-kawan dia. Dia nak pastikan nak tunggu kat mana bila sampai nanti (sebab takleh call).
Lepas dah decide nak tunggu kat mana, ok done.
Hari yang dia nak balik tu, aku dah excited gila nak pi jemput ni.
Masa tu 3pm kat ofis lagi.
Aku cakap kat En Wan, nanti aku track flightstat. Kalau flight Redza tu dah depart, kita gerak ke airport.
Flight dia 3.55pm.
Pukul 3.20pm dia call, guna henfon kawan, "Ma, Redza nak check in. Orang kaunter tak bagi".
Memang lah tak bagi kan.
Flight nak depart 3.55pm, kau 3.20pm baru nak check in.
Air Asia lak tu, memang konfem tak lepas punya la.
En Wan cuba cakap dengan pegawai kaunter tu.
En Wan cuba mintak untuk accept Redza sebab Redza tak hanya bawak hand carry, tak check in bag pun. Tapi pegawai tu tak bagi. Sebenarnya tau dah konfem tak lepas punya, tapi saje la nak test. Saje nak tambah sakit hati sendiri namanya. Kahkahkah.
Pastu aku dengar En Wan cakap "Kalau you delay sejam takpe, tapi anak saya sampai lambat, you tak kasi masuk. Ada lagi 30 minit kot, airport langkawi tu bukan besar sangat. Saya jamin orang yang kat dalam tu pun belum naik lagi".
Gitew kau laki aku emo.
Pegawai tu cakap "Tak boleh, list nama penumpang kita dah bagi kat kapten".
Pastu aku cakap dah la.
Dah tau kan memang tak lepas punya, yang nak pi merayu tu buat hape.
Karang kau yang bengang ngan Air Asia, aku yang kena marah.
So now, start booking new tiket untuk Redza pulak.
Sekali online booking semua dah tutup.
Terus berkejar pi Subang Airport beli kat kaunter.
Dari opis ke airport tu beberapa kali la jugak call nombor kawan Redza ni sebab nak inform dia step apa yang kitorang nak ambik ni. Baik kawan Redza tu bagi Redza pegang terus henfon sementara kitorang nak setelkan hal dia ni.
Sampai airport Subang, nak beli tiket kat kaunter.
Kaunter check, ok tiket ada, boleh beli.
Bila dia nak klik proceed untuk payment sekali website tu stuck!
Dia cakap tak boleh ni, nak kena pi KLIA pulakkkk.
Tapi En Wan mintak dia cuba lagi dan lagi.
Seb baik kaunter MAS tu nak melayan. Dia try again, tetiba boleh proceed. Phewwwww!
Terus bayar tiket, naik MAS.
Ok now tiket dah beli. Redza cuma perlu hulur IC kat kaunter and orang sana akan printkan tiket.
Aku pun call henfon kawan Redza.
"Maaf makcik, saya dah masuk dalam".
Oh jem kepala otak kejap!
Ni camne gayanya aku nak bagitau Redza tiket dah beli ni? Nak call sape?
Ok, bertenang kejap. Ambik napas.
Mula-mula, aku call Homeroom Teacher dia.
Tanya dia balik tak, sebab last time masa budak-budak ni balik, dia pun balik sekali.
So maybe dia ada lagi kat depan belum masuk ke dalam. Boleh mintak carikkan Redza.
Rupanya teacher balik the next day.
Tapi takpelah, aku cakap kat En Wan, kalau tak dapat cari Redza, last resort, kita mintak teacher gi airport kejap untuk cari.
Tapi kalau boleh taknak sampai menyusahkan dia pulak, dah satu hal nak meredah aiport semata-mata nak cari si Redza tu.
Idea, idea, idea, come to me idea......hah!!
Dapat idea!
CALL AIRPORT LANGKAWI SURUH BUAT ANNOUNCEMENT!
Dalam kereta aku gugel nombor airport Langkawi dengan harapan tolonglah angkat.
Angkat please....pleasee..angkatlah....ANGKAT!!
Terus dia angkat. Hahahah.
Aku bagitau dia kronologi cerita, macamana Redza terlepas flight and now tiket baru dah ada tapi tak dapat nak inform Redza.
Tak sampai 2 minit, Redza call. Guna henfon kawan yang lain. Kawan dia yang baru ni naik flight 8.30pm.
Agaknya kawan dia pun cuak apesal nama Redza kena announce, terus dia bagi pinjam. Agaknya la.
Aku suruh Redza pi kaunter print tiket now. Jangan letak henfon!
Aku nak be sure sampai tiket ada kat tangan dulu.
Lepas tiket semua dah dapat, dah check in, ok lega.
Rupanya Redza kata 4 kali nama dia airport announce.
Selepas dia dah bercakap dengan aku pun, nama dia still orang announce lagi. Dia kata buila pi kaunter pertanyaan tu, orang kat sana bagi phone mintak dia call aku. Padahal dia dah call aku dah.
Takpelah, itu maknanya orang airport memang bekerja.
Salah sorang reader blog ni bagitau, dia pun ada kat sana masa nama Redza kena announce tu.
Dia nampak Redza tengah lepak kat Marybrown ngan kawan-kawan masa nama kena announce.
Wah wah wahhhh, mak bapak kau dah macam McGyver kat sini mencari idea nak hantar kau balik, kau senang hati melepak kat Marrybrown ya.
Boleh jadi mak bapaknya memang sejenis over. Menggelabah aje keje.
Bila Redza sampai sini aku tanya camana kau boleh terlepas flight ni.
Dia kata kali ni balik skolah provide bas ke airport (selalu dorang book taxi).
Ada 2 bas, satu bas tu gerak lebih awal, 2pm rasanya. Tapi bas tu penuh.
So dia tunggu next bas, bas tu gerak lambat sikit.
Dia tak tau pun 45 minits before departure dah kena check in.
Lepas ni tau la kan, dah kena sekali.
Bila kitorang check ngan Celcom hari tu, rupanya budak kaunter Celcom tu salah.
Dia bagi aku simkad lain, tapi dia register nombor lain.
Patut lah line tak masuk-masuk.
Tapi memang drama sangat lah aku ngan En Wan hari Khamis tu.
Bersampuk-haruk nak setelkan hal Redza ni.
Kalau kes ni dijadikan filem maybe tajuknya TIKET.
Untuk Redza, dia tau pasni sejam before depart, kena ada kat airport dah.
Untuk En Wan and aku, lepas ni check in tiket Redza awal-awal dari sini.
And pastikan henfon dia sentiasa available.
Begitulah pengajaran buat semua yang terlibat.
Pengajaran yang berharga RM399.98 one-way tiket 😂😂.
Ini gambar Isnin lepas, masa hantar Redza nak balik semula ke Langkawi.