2017-09-11

IT


Sabtu lepas aku layan IT.
Aku bukan peminat cerita seram, misteri dan hantu. Buang masa je aku kat dalam panggung tu sebab dijamin 80% dari jalan cerita aku hanya dengar, bukan tengok. Dengar takpe, kurang sikit aku terpekik.

Tapi memandangkan rating IMDB untuk cerita ni 8.2, terus aku yang paksa En Wan pi tengok cerita ni. Mula-mula En Wan nak tunggu Redza. Aku cakap tak payah nak tunggu-tunggu anak. Belum tentu lagi dia nak layan cerita ni. Maka, dengan beraninya aku bertekad untuk tengok, bukan dengar. At least 60% mata terbukak jadiklah.

Title on screen tulis It : Chapter One.
Maybe ada Chapter 2 kot. Kalau ada Chapter 2 pun lojik jugak sebab selakunya benda-benda hantu dan saiko macam ni mana reti senang mati. Liat gila nyawa dorang ni. Actually cerita ni remake, based on novel seram zaman aku kanak-kanak dulu. Dah ada cerita It tahun 90an dulu tapi miniseries, yang 2017 ni remake tapi dalam bentuk movie.

Cerita dia tentang this clown (Pennywise) yang muncul kat sebuah bandar setiap 27 tahun untuk ambik nyawa budak-budak. Pennywise ni bukan saiko, bukan jugak clown. Aku tak reti nak cakap makhluk apa dia ni. Nak kata hantu pun tak. Tapi macam evil yang muncul setiap 27 tahun.



Sangat tak klaka kalau muka clown macam ni, okeh?



Tapi kalau muka macam ni jadi saiko, mungkin aku pun terpedaya. Kahkahkah.


Ini pelakon yang jadi watak Pennywise. Gila hensem kan?
Macam ni la nasib orang hensem. Nak bawak watak jahat pun terpaksa dimekapkan dulu bagi buruk sikit. Kalau tak mekap nanti penonton tak tau nak sokong orang jahat ke hero.
Jadi, kalau korang nak tengok cerita ni, cuba bayangkan muka pelakon ni. Insyallah tak takut.

Pelakon kat Malaysia pun sama.
Tolong lah jangan jadikan Faizal Hussein tu penyangak.
Sumpah terganggu emosi aku. Tak mampu aku nak membenci penyangak hensem macam tu.
Please ya, producer, nak cari penyangak, cari yang ada elemen-elemen senang dibenci.
Yang tak buat-buat apa pun dah menyampah tengok.
Ada ke Faizal Hussein jadi orang jahat?
Aaron Aziz jadi kaki bantai?
Adiputra jadi kongsi gelap?
Hoih, patut la ramai budak-budak skolah berjinak-jinak nak jadi penyangak.
Semua berangan macho macam Aaron.

Aku taknak bagitau jalan cerita. Korang tengok la sendiri.
Yang pasti aku berjaya 80% bukak mata tengok cerita ni.
Aku rasa akan ada Chapter 2. Sebab di akhir cerita ni budak pompuan tu mimpi (masa dia floating) yang dorang semua (kawan-kawan) akan melawan Pennywise ni lagi 27 tahun akan datang.
Tapi cerita ni memang banyak elemen seram dan memeranjatkan.
Tak penah-penah aku tengok cerita seram yang satu cinema terpekik. Dengan laki aku sekali terpekik masalahnya tu. Memang patut la rating 8.2. Tinggi rating ni. Silakan menuju ke pawagam-pawagam berdekatan.

Cerita ni banyak carut sikit.
Aku takpe, aku dah biasa. Mbhahaha.

Semalam aku marathon tengok Before Sunrise, pastu sambung Before Sunset and malam semalam sambung Before Midnight.

Ya ampunnnnnnnnn, terus takleh move on aku pagi ni dengan Ethan Hawke.
Dah lah semalam En Wan bengkek ngan aku sebab aku taknak pi Mata Fair.
Member nak ajak aku naik cruise la citernya.
Kem salammmmmmmmmmmm.
Alangkan yang atas awan 1 jam pun aku menyawan, lagikan nak suruh aku bergelombang atas laut 4-5 hari? Silakan bawak anak-anak. Aku tak ikut takpe, tak kecik hati.

Tapi, member dah merajuk ngan aku. Taknak bercakap-cakap satu hari.
Jadi, aku pun mmebawa diri dengan melayan sequel Before ni.
Hasilnya, sampai hari ni aku tak pujuk En Wan. Sebab ai am in laf with Ethan Hawke. Kahkahkah.
Kesian tau laki aku ni.
Dia selalu mencari pasal dengan aku di saat aku tengah angau ngan Leslie, ngan Beyond, ni kali ngan Ethan Hawke. Nasib la kau bang. Pandai-pandai la pujuk diri sendiri. Ai tak kuasa.



TADAAA!!

Aku dah ada job description yang baru sejak setup mini studio kat dalam ofis - penselfie berpengalaman.

Mini studio ni sangat mudahkan kerja especially untuk produk Fleur by Mrs Him nanti.
Oh yes, yang tanya Fleur takde produk baru ke..?
Memang aku tak buat new produk lepas raya.
Kitorang punya Fleur produk sebelum raya je sebab lepas raya mood membeli baju-baju dah kureng.
Dah takde motif nak membeli sebenarnya.
Tapi shawl, insyallah.
And that's why aku rasa perlunya setup mini studio ni, senang nak shoot produk anytime.
In future kalau nak shoot kids produk senang sikit. Nak lepak sampai malam, nak stop kejap pi lepak mamak then sambung balik pun takpe sebab shoot studio sendiri. Gitewww. *berangan mode*
Tapi tak tau la lepas ni banyak shoot gambar produk atau gambar muka aku.



Ada yang tanya Makeup Remover aku ni ada merkuri or bahan terlarang ke tak sebab cepat nau kesannya.

Takde.

Janganlah risau.
Aku dah buat multiple lab test dah pun untuk sentiasa confirmkan setiap new batch bebas dari heavy metals.
Aku sendiri yang pakai produk ni of cos aku taknak jahanamkan muka aku.
Aku baru nak cas cun. 



Yang ni result recent batch.
No trace of mercury, arsenic, cadmium dan lead. ZERO.

LOR tu maksudnya benchmark untuk sistem trace kehadiran metal.
Kalau the sistem tak dapat detect any metals sehingga ke nilai benchmark tersebut, maknanya sample adalah bebas dari heavy metal.
As for Makeup Remover GreenAard, memang zero trace of heavy metal.
Result yang dorang dapat untuk batch baru ni memang dah sampai ke benchmark takde trace of heavy metal lansung.
So, takyah risau. Gunakanlah dengan tenang hati.

Lagi satu ada orang tanya Makeup Remover ni ada fungsi pelembap tak (mosturizer)?

TAK ADA MAKEUP REMOVER YANG BER-MOSTURIZER.
Kalau dia kata ada, tu temberang.

Memang kena pakai mosturizer asing.
Kalau toner yes ada.
Some makeup remover ada toner.
Maksudnya lepas remove makeup takyah pakai toner pun takpe. Dia dah ada sekali dalam tu.

Tapiiiiiii, kena tau jugak apa fungsi toner dan kenapa dia masukkan dalam tu.
Ada orang beli toner tapi tak tau apa fungsinya.
Orang beli dia pun beli.

Toner berfungsi untuk buang lebihan minyak pada wajah selepas mencuci muka.
Sebab, ada orang pakai pencuci muka oil-based atau ada bahan dari minyak dalam tu.
Jadi, selepas cuci muka, kena pakai toner untuk buang lebihan minyak dari pencuci muka tadi.
Tapi kalau pencuci muka korang tu bukan berasaskan minyak, tak payahlah guna toner lagi.
Nak buat apa, muka memang dah bersih.

That's why dalam Makeup Remover GreenAard takde toner.
Sebab kita buat dalam bentuk mousse, bukan minyak.
Lepas guna, terus apply mosturiser je. No need apply toner lagi. Jimat.

Eh, tiba-tiba aku rasa nak bagi special price pulak.
Tak tau nak letak special price ni sempena apa.
Maybe sempena aku lepak bertenang-tenang kat rumah hari ni tanpa pengawasan bos.

Ok, sehingga 11 malam ni, siapa beli Makeup Remover size besar (125ml), aku bagi harga RM57 (asal RM65). Masuk website untuk beli.

Pakai kod : OFFERDIANA (edited : offer dah tamat)

KLIK HERE