walk on wings, tread in air: Qenza <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Qenza
2017-07-04

Beberapa hari lepas aku ada up gambar bawah ni kat IG aku.
Ramai yang tanya mana dapat sejadah ni. Cantik.
Memang cantik pun.

Aku dapat hadiah sejadah ni dari reader bulan puasa hari tu. Tapi masa tu aku 'off-day' jadi sejadah ni peram dulu sampai lah baru-baru ni aku pakai. Memang sedap pakai. Patut la pun dengan harganya.
Terima kasih, moga amalan akak atas sejadah ni diterima Allah and dapat sama kat awak.



Sejadah dari Qenza. Lain dari yang lain.
Selalunya sejadah mesti ada corak islamik, gambar Al-Haram, Kaabah.
Dulu pun aku ingatkan macam tu, asal nama sejadah je mesti nak ada gambar ciri-ciri Islam.
Tapi bila pi hotel yang takde sejadah, boleh je pulak aku sambar table runner and tuala buatkan jadi sejadah. So, maknanya, sejadah tu tak semestinya perlu corak islamik. Corak kontemporari macam ni sejadah Qenza ni pun boleh.

Corak pada sejadah Qenza ni bukan sukahati punya corak ya. Semua reka bentuk diilhamkan oleh ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan sifat dan kelebihannya.
Macam design yang aku dapat ni nama dia Damascus. Damascus ni salah satu bandar tertua di Timur Tengah. Tapi corak dia ni ilham dari Surah At-Tin.



Datang dalam kotak yang besarrrrrr.
Dapat dustbag dengan hanger sekali.



Dah beberapa hari aku guna sejadah Qenza ni, aku dah realized kat mana yang bestnya.
Maybe orang lain akan cakap bestnya pada material - lembut, macam karpet.
Yes, yang tu pun betul gak. Tapi yang paling best, aku tak distracted dengan corak pada sejadah.
Corak yang aku dapat ni, ruang depan bebas dari sebarang corak yang sarat, buatkan fokus tu kurang terganggu. Especially masa nak sujud, rasa lapang je mata nampak ruang kosong je kat area nak sujud tu.



Material dia memang lembut. 
Aku tak reti nak describe material yang dia guna ni, tapi macam karpet baldu.



Belakang sejadah ni macam ni. Takkan berganjak sejadah kalau anak kau tetiba menggelongsor kat depan. Even masa aku bentang the sejadah, nak ubah sikit position dia pun kau takleh tolak dengan kaki. Kau kena angkat balik sejadah ni and bentang balik semula. Bila dapat sejadah sedap macam ni tu maknanya Tuhan nak suruh kita dok lama-lama sikit atas ni. Tu yang sebenarnya.

Sejadah ni besar. Kebanyakkan sejadah kita tak panjang dan besar.
Kalau nak solat samada dahi terkena border sejadah atau kau kena berdiri belakang dari sejadah supaya dahi kau cun-cun park atas sejadah bila sujud. Tapi Qenza ni besar and panjang. so orang lelaki sangat sesuai pakai sejadah ni.



Lembut kan? Boleh tido atas ni terus kalau nak.



Yang corak Granada tu pun macam sweet je. Tak serabut pun iya gak. Harga sejadah ni RM279.

Mahal?

Yes, memang tak dinafikan harganya memang mahal sikit banding dari sejadah biasa.
To some people, maybe akan cakap "Sejadah je kottt, tak payah la mahal sangat".
Yes, betul juga.
Buat apa beli sejadah mahal-mahal, kan?

Tapi, mahal bagi siapa?
Mahal bagi kita belum tentu mahal untuk orang lain.
So, jangan persoalkan mahal murah.

Ramai yang tak tau, sebenarnya sejadah bukan saja sebagai alat untuk menjaga kesucian tempat beribadat tapi point paling penting adalah bagaimana sejadah itu tak menganggu proses ibadah. Untuk itu, perlu juga diperhatikan pemilihan sejadah. Ada orang beli apa-apa tengok harga, ada orang lain pula nak beli apa-apa tengok material, ada yang tengok pada pratikal sesuatu produk.

Ada tips nak pilih sejadah sebenarnya :

1. Warna neutral
Orang kata khusyuk tak khusyuk solat bergantung pada tinggi rendahnya iman seseorang. Betul. Tapi pemilihan sejadah yang too bright dan corak yang berkerawang-kerawang sarat dengan warna-warni pun boleh ganggu konsentrasi juga. Seeloknya pilih sejadah yang corak minimal dan warna pun suram-suram neutral.

2. Material
Yang ni pengalaman sendiri. Rumah aku banyak sejadah, nak kat 20 helai kot. Memang sejenis yang suka beli sejadah. Ada satu sejadah tu aku beli kat Mekah. Corak dia cantik tapi serat dia tebal. Bila sujud lama, terasa sakit gak kat dahi. Membuatkan tiap kali nak sujud tu sambil berdoa sambil contemplating nak angkat kepala ke tak nak angkat ke tak. Hati tu nak berdoa, tapi dalam masa yang sama dalam kepala bergaduh suruh angkat sebab sakit.

3. Corak
Nak pilih sejadah bukan macam pilih baju. Kalau pilih baju, lagi cantik corak lagi bagus. Tapi kalau pilih sejadah, elok pilih corak yang sederhana sebab ia membantu kita solat dengan lebih khusyuk.



Corak Jovian pakai pun cantik gak ni. Natural je corak and warna dia kan?



Mr Tall Dark and Hensem beli corak belakang ni agaknya.
Terpaksa la aku usahakan membeli corak yang sama jugak.

Kalau nak beli, boleh ke :

Website : http://www.qenza.co
IG : @qenza
FB : Qenzaofficial
Email : hello@qenza.co
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok yang ni bukan untuk sejadah Qenza. Yang ni untuk GreenAard. Nak?
Refresh page ni and isi form kat pop out window.
Nanti aku sendiri yang reply.
Thank you.




posted by aveo757 @ 12:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER