2017-07-03

Raya 2017


Post pertama selepas raya.

Jadi, SELAMAT HARI RAYA!

Tahun ni aku beraya kat Tganu, ikut giliran macam biasa.
Kurang rasa excited nak beraya seperti tahun-tahun sebelumnya, sebab aku asik beraya awal sejak sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Mood raya pun dah kureng sikit bila beraya awal.

Kitorang gerak balik Khamis petang, lepas ambik Redza kat airport.
Mujurlah jugak flight dia tak delay. Ambik je dia, terus zasssssss gerak.
Tapi, bertembung pulak dengan orang balik keje. Memang tersekat jugak dalam jem. En Wan sampai 2 kali patah balik asyik nak cari jalan lain supaya boleh keluar dari jem, last-last masuk MEX. Memang clear weiii. Tak pernah-penah aku masuk KL dalam keadaan KL clear. Nampak nau yang memenuhkan KL memang orang melayu ðŸ˜‚.

Berbuka dalam kereta seperti yang dirancang. Dah tapau Burger King siap-siap dari airport.
Perjalanan jem dari lepas tol Gombak sampailah ke exit Bentong.
Tapi bukan stand still, mash moving cuma slow je lah. Aku ok je, dia punya slow tu dalam 60km/hr. Laki aku je lah yang panas, dia mana reti bawak 60. Kalau 160 boleh. Mengomel je dia sepanjang jalan. Mujurlah lepas je exit Bentong jalan seclear-clear yang ada sampailah ke rumah mak. Memang lapang. Benti kat Petronas Gambang pun stesen minyak tak berjujuk kereta. Masuk toilet pun ok je tak jem. Orang belum balik lagi kot malam tu. Kitorang syak orang gerak balik lepas buka atau lepas sahur (Jumaat).

Sampai rumah mak around 12 malam macam tu.
Mak pun belum tido, anak-anaks edara En Wan yang lain pun belum tido, tengah plan nak keluar bersahur. So, kitorang ajak bersahur sekali. Pueh hati sahur dapat makan kepok lekor!



Esoknya, pagi-pagi dah keluar ke town. Takleh keluar lambat sebab En Wan nak solat Jumaat.
Misi mencari slipper Redza. Si Redza balik lupa nak angkut slipper tertinggal kat asrama. Tak memasal shopping slipper. Mana boleh beli sepasang je, yang sorang tu dan-dan slipper dia dah buruk dia kata. Slipper dia lak lagi mahal dari slipper abang.

Pastu En Wan bawak aku pi area AnW Batu Burok.
Dia nak aku breakfast.
Sekali tutup.
Pastu dia pi area McD pun tutup. Phewww, dasyat Tganu. Bulan puasa fast food pun tutup. Kat area rumah aku, tak tutup-tutup sejak pertama kali bukak 😂😂.
Maka, aku pulang berlapar.
Gila seksa 'berpuasa' di kala tak pakai niat puasa. Dia punya lapar lain macam tau kalau takde niat puasa ni. Seksa nak menunggu petang. Mak suruh aku makan, tapi aku segan lah, anak-anak sedara En Wan ada kat rumah tu. Tapi mak aku power, dia nak suruh aku makan jugak, maka dia masak kerutup ayam pukul 12pm. Dia kata senang masak awal, nanti nak berbuka tinggal panaskan je. Padahal dia nak suruh aku makan jugak. Mula-mula dia suruh aku rasa, pastu dia suruh aku makan. Siap dah masakkan nasi!
Tak sampai ati nak menolak, orang dah bersungguh ajak makan. Lalu, 2 pinggan settle.



Inilah benda paling hazab sekali kalau balik kampung En Wan. Redza kata rumah ni macam kena cursed. Sebab hanya dalam kawasan rumah je yang takde line. Kau kena duduk luar rumah baru ada line, tu pun jenuh mencari. Kalau rajin sikit kau keluar depan gate dalam 5-6 langkah, terus 4G speed!Aku pun tak faham apekena ngan rumah mak aku ni. Adik-beradik En Wan yang lain pun pelik apesal rumah ni je yang payah dapat line. Nak kata rumah dikelilingi pokok, tak jugak. Sebab warung Maggi Dapur Kayu tu lagi ceruk ke dalam, elok je dapat line. Jadi, kalau lalu depan rumah En Wan ni akan kerap nampak orang bersidai luar rumah, semua tengok henfon ðŸ˜‚.



Petang tu ada majlis berbuka puasa semua anak-beranak.
Jadi, petang tu mak masak bubur lambuk Tganu!
Cuba teka saper tukang rasa? Kahkahkahkah.
Berbulu je En Wan tengok aku rasa sampai semangkuk.
Dua orang sekali tukang rasa petang tu, aku dengan sorang anak sedara En Wan. Beria kitorang merasa, sekali masa berbuka mak kata bubur dia tak sedap.
"Macamana Diana rasa kata sedap? Mok rasa hujung lidah tau doh tak sedap".

Merasa pun fail, apetah lagi memasak, kan?

Semalam, mak aku balik PH bawak semua daun-daun kayu untuk buat bubur lambuk ni kat sini pulak. Mak nak bagi Mak Aji rasa bubur lambuk Tganu pulak. Aku dah bajet, aku sorang je bakal 3 mangkuk. Memang selama ni aku tak penah makan less than 3 mangkuk. Sedap gila kot. Aku rasa macam nak buat bubur lambuk Tganu je untuk open house nanti.



Setiap kali raya En Wan suka buat something kat rumah mak walaupun rumah tu dah takde sape duduk sebab mak duduk ngan kitorang, but En Wan kan memang suka bab-bab hias rumah ni. Menjak aku kawen ngan dia, everytime raya mesti dia akan tukar sesuatu. Tukar sofa, tukar meja makan, tukar langsir baru, tukar kipas, beli TV baru, cat rumah, and tahun ni dia belikan chandelier baru untuk mak. Macam biasa, mak takkan tau punya. Kalau tau, mati hidup balik dia takkan bagi. Alasan - rumah takde orang jaga nanti pencuri masuk ambil semua barang-barang yang anak kesayangan dia ni belikan. Tapi, dia tak tau anak dia ni spesis degil. Yang ko tak bagi buat tu la yang dia buat. Dan akhirnya, chandelier lama mak yang dah berumur 40 tahun, berganti jugak yang baru.

Tapi sebelum beli, aku dah saikokan En Wan, tolonglah beli lampu yang cengkerang dia warna putih. Janganlah warna kuning, aku rimas lampu jenis rembang-rembang ni. Bila pakai lampu baru ni, mak pun cakap rumah dia nampak cerah. Sebenarnya rumah tu memang cerah dah pun, cuma selama ni pakai lampu kuning. Aku yang malap bertambah lah malap duduk bawah lampu kuning.



Sape penah makan sayur ni?
Sayur ni nama dia 'sayur kulit setor'.
Buah setor ni mak aku selalu hiris-hiris masuk dalam sambal belacan. Sambal belacan jadi lagi sedap.
Tapi ni first time aku tengok kulit buah setor tu dijadikan sayur lemak.
Aku rasa gak sikit malam tu tapi takde la sampai teringin nak makan lagi.
Rasa dia macam masam-masam manis. 
Masam tu dari kulit buah, manis tu datang dari ikan.
Kuah tu ada isi ikan yang dah ditumbuk/blend.
Ada petai sekali dalam sayur tu.



Pagi raya aku bangun paling awal. Lagi awal dari mak, sebab aku lapar ðŸ˜‚.
Tapi mak suruh aku tido balik sebab lauk-pauk rasa tak sampai lagi.
Sejak mak duduk PH, everytime raya di Tganu, kitorang tempah je makanan. Kak Long yang tukang tempah, nanti pagi-pagi tempahan diambil sendiri.

Pagi raya, mak tempah nasi dagang.
Ayam rempah goreng sendiri. Telur burung puyuh tu beli ngan orang kampung, rebus sendiri.
Disebabkan aku bangun paling awal, jadi aku yang makan dulu.



Sepinggan nasi dagang di pagi raya.
Lagi sepinggan di petang raya.
Lepas tu tambah sepinggan lagi tengah malam raya.
Total, 3 pinggan nasik dagang.
Diet?
Pegi mati.



Yeayyyy, gambar raya sekeluarga tahun ni.
Aku dah malas nak susun bontot dorang ni atas kerusi.
Yang sorang nak duduk sebelah Papa, yang sorang nak duduk atas Papa jugak.
Last-last aku suruh dua-dua duduk bawah.
Sukati korang lah nak pose apa pun janji semua masuk frame, itu lebih penting.
Maka sekianlah gambar kami sekeluarga di pagi raya. Memang ni je la pun gambar sefamili yang ada, pastu raya seterusnya dah tak bergambar sama dah. 

Aku catat rekod, tahun ni satu persiapan raya untuk diri sendiri pun takde.
Malas ya ampunnnnn.
Sebab raya ketiga aku dah sarung balik jubah hitam. Jadi berbaloilah tak beli baju raya lansung tahun ni. Mujurlah ada a few baju kurung batik. Best part about batik, corak dia tak ditelan trend. Baju yang aku pakai ni tahun 2014, masih relevan dipakai di tahun 2017. Maka, invest lah kat baju batik. 



Yang ni pun tak cukup korum.
Adik perempuan En Wan balik rumah mertua.
4 orang anak Kak Long pun takde balik rumah mertua.
Jadi bergamba mana yang ada je dulu.



Adik-beradik lelaki En Wan.
Satu bapak, lain-lain mak.



Macam biasa, everytime kitorang balik beraya di Tganu, aku akan order kek untuk pagi raya.
Kali ni, aku terlupa. Rupanya En Wan lagi advance dari aku. Dia order thru online. Petang raya terus ambik je. Pandai pulak tu order kek Red Velvet Nutella. Boleh tahan sedap. Selalunya aku order 2kg kek. Tapi En Wan order 1kg je. Memang tak sempat hidang kat tetamu lain lah jawabnya. Habis kat anak-beranak je.

Hah, sape hari tu cakap orang yang pakai pinggan polisterine pagi raya and open house adalah orang pemalas basuh pinggan?
Bukan pemalas la. Tapi kitorang ni golongan ada-ada.
Orang kaya banyak duit mana heran setakat buang-buang pinggan plastik, boleh terima? 💅.



Disebabkan mak Jawa, jadi anak-anak dah dididik untuk salam style Jawa jugak.



Yang ni Jawa alaf baru, salam duduk atas kerusi.
Dia pulak tanya bapak dia "Papa nak cakap apa kat adik?" ðŸ˜‚😂





Mak memang dari dulu gini.
Anak-anak lain salam tak apa-apa. Tapi kalau anak lelaki dia ni salam, belum apa-apa lagi, baru En Wan melutut depan dia je, dah berjurai air mata dia. 



Bujang sangat nampaknya Redza dalam gambar ni.
Dan....tua nampaknya laki aku dah. Takpelah, tua bersama-sama.



Anak sedara En Wan. Comel nau masuk rumah dengan beg Chanel silang kat badan. 



Yang ni cucu En Wan, pakai beg Chanel pink.
Beg-beg ni En Wan belikan dari adik aku, Ima.
Adik aku jual beg-beg untuk kids.
Kalau berminat, boleh pi tengok beg ni and lain-lain beg kat FB adik aku : KLIK SINI.



Raya kedua pagi, pun aku bangun awal. Dengan mak berdua je kat dapur tunggu orang hantar nasik minyak pulak. Memang senang la keje mengorder makanan macam ni. Balik Tganu hanya untuk tidur je.



Raya kedua pagi pi beraya rumah sedara-mara lain yang tak sempat singgah raya pertama.
Kali ni pakai baju batik pink pulak, sama baju beli tahun 2014.

Masa aku muda-muda dulu, ada keluar gambar menteri pompuan pakai baju warna pink terang macam ni. Pastu kawan aku cakap "Ko esok kalau dah tua jangan buat perangai pakai baju pink eh? Geli aku".

Now aku dah 40 tahun. Tua dah.
Apa tak ok ke pakai baju pink umut 40?
Laki aku cakap ok je. Kisah apa aku ada yang geli 😂😂.



Tadi bapaknya, sekarang dengan anaknya pulak.
Dah besar-besar ni barulah nak bergambar, time kecik dulu kalau ajak bergambar macam kena sawan dia punya mengamuk.



Hari raya kedua, dia punya konsep beraya adalah - parking di suatu tempat dan berjalan beramai-ramai meredah kepanasan demi mengelakkan tak jumpa parking.
Disebabkan panas, hari tu aku migrain teruk.
Kitorang balik ke PH hari tu jugak, lepas Asar.
Dari tengahari aku migrain, sampai lah dah gerak balik, masih sakit kepala.
Kali ni migrain aku teruk gila sampai muntah belahak dalam kereta. Nasib baik ada plastik. Kalau tak, memang melambak lah atas seat kereta En Wan.

Sampai ke esok paginya, masih lagi kepala berdenyut.
Aku ni kulit je itam tau, tapi takleh kena panas sebenarnya. Even duduk dalam rumah tapi kalau hawa rumah tu panas pun boleh migrain.

Raya ketiga, lepas brekfast and basuh baju 2 round, kitorang gerak balik Bangi.
Memang best lah balik Bangi. Jalang lengang gila!
Kitorang adik-beradik dah plan raya ketiga semua mesti dah kumpul kat Bangi.
Masa aku sampai tu, Ima dah sampai dari Johor. Petang tu Ibal pulak sampai dari Kelantan.

Raya keempat dah bagitau cousin-cousin semua kena kumpul rumah Mak Aji.
Esok nak buat makan-makan, malam tu baru discuss nak masak apa, boleh?
Konsep open house tu, sape datang pagi, dapat makan pagi. Sape datang tengahari, dapat makan lunch.

Pagi kitorang buat nasik lemak, lempeng sardin and lontong, teh O, kopi O.
Pukul 8.30 pagi lagi dah ada orang datang.
Dalam pukul 10 pagi kitorang 3 beradik - aku, Ima and Siti dah start prepare untuk lunch pulak.
Lunch kitorang buat soto and gorengkan ketupat palas.
Nama je buat soto only tapi renyah jugak la, nak siat ayam 3 ekor and nak buat bergedil ikan tenggiri. Tapi puas hati semua lauk habis!



Tetamu pertama, jiran sebelah.
Kitorang kan plan nak masak-masak ni baru semalam.
Dengan konfiden je aku suruh Ibal carikan ayam nak buat soto pagi tu (pagi raya keempat).
Sekali pasar tutup oiiiii.
Aku cakap takpe, sempat kita tunggu Giant or Mydin bukak pukul 10.30am. Lagipun nasik lemak banyak, kalau carry sampai tengahari pun takpe. Soto siap after 2pm pun ok lagi. Aku cuba mengawal keadaan padahal aku pun gelabah jugak. Tapi saje buat-buat cool malas nak dengar Mak Aji melahar pagi-pagi.

Sekali aunty sebelah (gambar) tau cerita kitorang tak jumpa ayam pagi tu.
Terus dia offer ayam dia. Dia baru buat open house raya pertama hari tu jadi ada belen 3 ekor ayam.
Just nice la weii, kitorang memang plan nak 3 ekor pun.
Terus aunty tu angkut ayam-ayam yang dia dah frozen pindah ke rumah kitorang.
Siap pinjam ayam orang sebelah okeh, kau ada buat camni?



Bukan itu je, kerusi meja yang aunty tu pakai masa open house, orang belum datang kutip lagi.
So dia angkut semua meja kerusi tu bagi kitorang pakai pulak.
Kebetulan lori nak datang petang tu untuk angkut, sedang elok la kitorang pakai dulu.
Bila kerusi meja pindah kat kitorang, maka aunty tu dapat pegi beraya. Takyah tunggu lori datang, biar kitorang je tunggukan lori tu. Jiran sepakat, kan? Hahahaha.

Nampak tak aku labelkan mesin jahit tu?
Rumah mak korang ada mesin jahit letak kat porch tempat tadah suratkhabar lama?
Bapak aku ni sejenis McGyver. Nama dia nak buang barang memang tak lah. Dia akan olah apa jugak barang yang taknak pakai menjadi barangan yang boleh dipakai, walau hanya untuk letak suratkhabar lama. Sakit jugak mata aku ni. Tapi rumah orang kan, nak wat camne. Kalau rumah aku selamat dah aku humban keluar ni.



Kat Bangi pun kitorang mengamalkan konsep pakai pinggan dan gelas polisterin ya.
Bukan pemalas, tapi sebab kitorang kaya ðŸ¤£.



Takde gambar sefamili dengan mak bapak sendiri tahun ni.
Sebab semua pun dah kepenatan seharian memasak kat dapur.
Jadi, gambar je lah mana yang sempat.
Tak cukup korum pun boleh.

Selamat Hari Raya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Dari 3-8 July (start hari ni), kita ada promosi untuk GreenAard.
Ada 7 pakej yang ditawarkan.
Refresh page ni and isi form untuk tau apa pakej yang kita offer.