2017-06-21

Penyakit suka menghantar 'barang'


Tadi ada lalu satu artikel kat newsfeed aku tentang Founder Furaiha cerita tentang dia disihir.
Biasalah orang berbisnes, penyakit santau-menyantau ni dah memang perkara biasa, Nak-nak lagi orang melayu memang cukup suka dengan benda-benda ni.

Mula-mula baca artikel dia tadi rasa biasa je, sebab ada antara yang dia cerita tu aku biasa dengar dari orang lain. Sampailah dia cakap "saya start terima courier yang pelik-pelik...". Terus DANGGGGGGG!!!!

Mengingatkan kat aku cerita tentang diri sendiri awal tahun ni.
Aku rasa semuanya bermula dengan kesilapan sendiri.

Hujung tahun lepas adalah tahun pertama GreenAard genap setahun.
Tahun lepas sangat penting untuk aku sebab aku dah setkan benchmark untuk GreenAard.
Aku perlu yakinkan diri sendiri yang GreenAard is the right path untuk aku sebelum aku benar-benar tinggalkan biotek this year.

Aku sangat-sangat excited bila GreenAard reach 1M sales last year.
En Wan cried, aku nangis jugak bila closing. The team were happy bila kitorang announced news tu.
Aku seronok share the news kat mak, Mak Aji and Pak Aji.
Sebab bulan terakhir tu aku cakap ngan dorang tolong lah doa supaya berjaya melepasi target ni.
Sebab this is not an easy task. Lebih-lebih lagi En Wan yang sanggup tinggalkan kerja dia sebagai engineer for 15 years semata-mata nak tolong aku run the bisnes. Aku letakkan sepenuh credit kat dia sebab aku takkan boleh buat semua ni kalau dia tak beria-ia push the brand kat offline market.

Silapnya aku......bila aku share the joy dengan orang luar.

A few weeks selepas tu, aku ada terima satu pakej dari negeri sebelah selatan.
Takde nama pengirim, takde nota.
Dia bagi aku barang perhiasan yang simple but cute.
Pelik jugak dari siapa ni?

Aku anggap itu dari reader.
Bila aku pegang hadiah tu macam oily sikit. Tapi envelope takde kesan minyak pun. Aku ingatkan tangan aku yang berminyak, aku kesat-kesat kat baju.
Aku letakkan gift tu atas meja. Lepas tu aku buat keje macam biasa.
The gift kekal atas meja tak bersentuh-sentuh dah selepas tu.

Sejak dari hari tu, aku terasa apa yang aku buat macam tak menjadi.
Aku jadi macam malas.
Mula-mula tu aku ingat biasalah awal tahun, baru lepas closing, baru lepas happy-happy, boleh jadi aku jadi malas sebab konon nak berehat seketika.
Tapi lama-lama aku jadi makin lemau. Opis masuk lambat, asik menguap je kat opis.
Aku cakap kat En Wan aku dah too tired buat marketing. Aku request for new marketing staff untuk aku train sebab aku dah penat.

Mujurlah operation-wise staff aku yang jaga. All enquiries pun bukan aku yang jaga. Kalau tak, agaknya semua enquiries aku malas layan.

Dan marketing skill aku makin hilang.
Selalunya everyday aku akan bagi idea kat staff grafik aku untuk buat marketing advert for FB and IG update.
But for a few weeks aku hilang touch. Nak buat marketing, idea pun takde.
Ntah hape task yang merepek-repek aku bagi staff aku buatkan.
Luckily, aku ada a few running FB adverts yang aku dah run non-stop sejak awal lagi. Jadi sales masih masuk setiap hari. Cuma, aku dah takde idea nak generate new sales. Macam bengap seketika.
Balik rumah, terasa ok sikit.
Tapi kalau balik rumah bawak laptop, rasa malas gila nak bukak.

Tapi one thing aku syukur , perasaan nak malas bersolat tu takde.
Sometimes kalau semua benda kita malas, dengan solat-solat pun malas nak buat, kan.
Tapi yang ni baik yang sunat mahupun wajib, alhamdulillah masih ada kekuatan lagi nak buat.

Agaknya, sebab aku 'melawan' dengan ibadah, 'benda' tu pun melawan jugak. Dia masuk gear empat.
Satu malam tu belakang badan aku macam terasa kena cucuk dengan peniti. Aku tak boleh baring. Aku cakap kat En Wan belakang aku macam ada benda mencucuk. Aku boleh rasa seolah-olah aku baring atas tilam penuh peniti. Tapi bahagian bahu sampai pinggang je. Mencucuk-cucuk. 3-4 malam jugak kena ni. Aku mandi mandi mandi. Setiap kali rasa mencucuk, aku mandi. Mana la tau kot hama ke apa ke. Tapi aku baring juga, but mengiring. Sampai berlinang airmata aku tahan sakit. Sambil baring sambil istighfar sambil mengucap. Mana la tau tu petanda nak mati.

Malam yang keempat aku mengadu sakit tu En Wan tanya "Awak ada buat apa, Di?"

Aku terpikir jap.
Aku ada buat apa eh?
Setahun aku keje ngan laki aku kot.
Mana-mana pegi laki aku ikut. Apa benda yang aku buat yang laki aku tak tau?
Masa ni masih lagi tak terpikir lansung pasal ada kemungkinan aku dibuat orang.
Aku dok la mencari-cari apa salah aku kat laki aku. Kot la ada buat apa-apa yang aku tak sedar.

Mak mertua aku pernah tegur "Diana tak sihat ke? Mok tengok muka Diana macam ke jatuh je".

Muka jatuh??

Aku rasa macam mak aku macam terasa-rasa kot tapi dia tak yakin sebab kat rumah aku ok je.

Oh lupa nak cerita.
Dalam waktu-waktu tu aku dah start dengar macam-macam suara.
Dengar suara kat telinga kiri panggil "Hoi!".
Dengar suara budak gelak sayup je tapi jelas kat telinga. Kalau Rayyan kat sebelah mesti aku tanya "Adik gelak apa?"
Nanti Rayyan terpinga-pinga "Adik tak gelak Ma".
Paling best aku dengar suara "Huuuuuu...Huuuuuuuuuu." betul-betul tepi telinga aku. Macam langsuir merengek mintak penampar.
Tapi aku buat dek je lah. Aku tak cukup rest kot so aku beranggapan itu memang imaginasi je.

Until one night masuk opis, bawak Rayyan.
Rayyan main-main kat meja aku dia nampak gift tu.
Dia pegang "Ni apa, Ma?"

"Hadiah. Kawan mama kasik".

Pastu Rayyan cakap "Eiiii, kotor!".

Rayyan ni memang jenis permbersih sikit. Kalau benda melekit-lekit ni dia geli sikit.
Masa tu baru aku teringat yang benda ni berminyak.

Aku try pegang balik benda tu.
Lama aku pegang gift tu.
Tak tau siapa hantar.
Takde nota.
Tak tau apa tujuan dia hantar.
Dan berminyak-minyak. Apesal berminyak?

Pastu aku teringat sorang kawan aku yang keje dekat-dekat sini pernah bagitau how dia kena buatan orang. Satu opis kena. Ada orang hantar 'barang' kat opis dia nak jahanamkan bisnes tu. Satu opis moody, and malas buat keje. Bila berubat, ustaz kata ada 2 ekor jin bertenggek atas komputer dia. Tu yang dia malas buat keje tu.

Masa tu terus aku terfikir entah-entah ada orang hantar benda yang sama kat aku.
Aku ambik benda tu, aku buang. Aku tak ingat kat mana aku lempar. Tapi bukan kat Putra Heights la.

Aku tak sure if itu penyebabnya, tapi lepas barang tu aku buang, semua jadi normal balik.
Dah takde rasa mencucuk-cucuk. Aku boleh baring terlentang.
Dah boleh buat keje macam biasa.
Dah takde dengar bunyi pelik-pelik lagi.

Benda-benda macam ni payah nak cerita, payah lagi nak percaya.
Mungkin kebetulan je, tapi tak mustahil ada kaitan. Tapi hati aku kuat cakap memang ada kaitan.

Yang buat ni bukan orang lain. Orang-orang kita juga.
Orang kita kan suka main-main ngan hantu ngan jin.
Mana boleh tengok orang lebih sikit.
Cerita-cerita happy ni semua orang taknak dengar tapi dorang suka ambik tau.
Dorang nak dengar cerita sedih-sedih je pasal kita tapi dorang happy bila kita sedih.

Kepada aku, ini mungkin teguran Allah untuk setiap salah aku.
Time 'sakit' tu aku banyak menangis sambil istighfar.
Bagus juga, kalau tak, istigfar sekadar kat mulut, tak sampai di hati.
Bila dah sakit barulah istighfar sampai meleleh-leleh airmata ingat mati.

Dan kepada penghantar, jangan suka sangat bila barang yang kau hantar tu menjadi.
Yang buatkan aku sakit bukan jin, tapi Allah. Allah nak ajar aku supaya banyak ingat Dia bila sakit.
Dan mungkin Allah izinkan santau kau menjadi sebab nak kaburkan hati kau supaya kau rasa santau kau dah berjaya. Padahal dalam pada kau seronok sebenarnya kau jauh dari redha Dia.

Apa pun tujuannya, aku cuma nak bagitau (kalaulah penghantar tu di kalangan pembaca), aku maafkan kau. Sebagaimana malasnya aku nak carik siapa yang buat jahat ni, macam tu jugaklah malasnya aku nak jumpa kau balik kat akhirat esok. Jadi, aku maafkan.
Tapi, dosa kau mensyirikkan Tuhan, yang tu kau pandai-pandai settlekan sendiri. Dengar cerita dosa syirikkan Allah ni takde ampunnya.