2017-06-10

Bila yang boleh mintak cerai?



Soalan 1 and 2 saling berkait.

Kalau bab kawen cerai ni, aku punya stand always - kalau menyiksa diri, baik cerai.
Sebab aku pikir satu je - sebagai isteri, pilihan kita tak banyak.
Syurga di bawah tapak kaki suami.
Dah kalau kau stay dengan marriage tapi hari-hari kau bertekak laki bini, mana nak datang syurganya?
Tapi kalau kau willing to bersabar, redha, pasrah dan terima seadaanya - silakan pertahankan perkahwinan tu. Jangan nak mengadu-ngadu hal suami kau kat orang lain. Itu namanya tak redha.
Tak datang syurga pun kalau gitu caranya.
Jadi, pilihan yang ada sekarang - either you stay or you go.

Sebab dalam agama dah jelas sangat bagitau bila isteri dapat tahu sikap buruk suami yang dia tak boleh tolerate lagi, syariat membolehkan isteri melakukan khulu' iaitu mintak suami ceraikan. Dalam khutbah nikah ada pasal khulu' ni.

Isteri boleh mintak cerai, sape kata mintak cerai tak bau syurga?
Tapi MESTI ADA REASON.

"Wanita yang meminta cerai sari suami tanpa sebab yang kukuh (terdesak) maka haram baginya bau syurga" (HR Abu Dawud no 1928).

Aku pernah join kelas munakahat, bagus kelas ni. Segala luar dalam isu kawen dibincangkan.
Isteri boleh mintak cerai kalau :

1. Suami dengan jelas benci isteri tapi sengaja taknak ceraikan. 
Ada a few kes yang berlaku macam ni. Be it in real life ataupun dalam cerita melayu.
Memang tak paham aku isteri yang dah terang-terang nampak laki kau sengaja nak aniya kau gantung tak bertali tapi masih lagi sanggup tunggu laki tu balik. Pastu tak habis-habis menangis pagi petang siang malam. Kalau aku jumpa laki ngan bini ni, bini dia aku tampar dulu. Jangan bodoh sangat boleh? Laki kau gantung kau tak bertali, kau lagi nak tunggu. At least pegi buat apa-apa report yang patut dulu bukan duduk meratap. Jangan zalim kat diri sendiri.


2. Suami yang suka menghina dan pukul isteri.  
Yang ni boleh tahan ramai dah yang mengadu kat aku.
Ada satu reader tu mengadu kat aku suami dia hina keluarga dia macam-macam. Lepas tu suami sangat baran. Aku tak ingat dia pernah kena pukul ke tak. Tapi suami dia hina keluarga dia kaw-kaw. Pastu aku basuh dia cukup-cukup. Then dia email aku balik "Ala Kak Di, jangan la cakap suami saya macam tu. Saya kesian jugak kat dia..". Haaaaaaa....tau pun sayang laki kan? Kalau dah sayang, jawabnya kena redha. Apa laki kau buat, kau kena redha. Tak payah la jaja cerita pasal suami kat orang. Pastu bila orang bagi nasihat dan jalan keluar, kau takut nak tinggalkan laki. Inilah yang aku cakap awal tadi. Isteri, kalau boleh bertahan, maka bertahan. Bertahan tu bukan sekadar tahan kena maki dek suami, tapi tahan hati dan mulut tu dari menjaja cerita buruk suami. Sebab kalau kau bertahan tapi dalam masa yang sama kau jaja buruk laki kau, hmmmm...macam tak berapa kena je.


3. Suami tak taat agama.
Kalau dapat suami adik-beradik setan - boleh kalau nak mintak cerai.
Jenis yang kaki minum, judi, zina, tak solat. Jenis ni boleh dijadikan sebab untuk bercerai.


4. Tak reti bagi nafkah.
Yang ni aku rasa isu palinggggggggg famous. Quite a number jugak reader di kalangan isteri yang bagitau suami tak bagi nafkah. Tapi, nafkah itu pun kena tengok jugak.
Sebab kadang-kadang isteri ni suka mintak yang bukan-bukan, lebih dari kemampuan suami.
Kadang tu suami boleh bagi RM50 je sebulan, tapi rumah suami sediakan, makan cukup, pakaian cukup, belanja anak-anak suami bagi, kalau pi Giant, kadang-kadang suami izinkan ambik seketul dia coklat. Jadi memadai la RM50 tu.

Ada dulu reader bagitau suami dia kedekut. Nak ambik makanan jajan-jajan kat Giant pun tak boleh. Aku pernah tepek email budak ni kalau tak salah.
Aku tanya budak tu tentang keperluan lain - rumah, kereta, makan pakai and all.
Dia kata semua suami sediakan, tak mewah tapi cukup.
Sebulan sekali boleh balik kampung jenguk mak bapak.
Hmm, nampak macam takde yang kurang pun suami tadi.

Of cos keinginan manusia macam-macam - nak makan tu, nak beli ni, nak pegi holiday sana sini.
Tapi kena patah balik pada basic.
Apa yang kita nak tu adekah keperluan atau keinginan?
Kadang-kadang yang kita nak tu (jajan contohnya), cuma keinginan je. Tak makan pun takpe. Sebab tu suami tak izinkan beli. Dia ada alasan kenapa taknak beli - boleh jadi duit tak cukup, boleh jadi dia taknak badan isteri dia mudarat makan jajan. Tapi bukan kedekut. Kalau kedekut, keperluan pun takkan disediakan dengan cukup.

Aku kan kalau cakap pasal ni nanti mesti orang anggap "Alah, kau boleh la cakap, laki kau tak bagi nafkah pun takpe, kau ada duit".

Jangan tengok aku sekarang.
Tengok aku yang dulu.

Dulu, masa aku takde keje hanya membesarkan bontot kat rumah, En Wan tak bagi nafkah dalam bentuk duit pun.
Lagi la pulak dulu tahun pertama dia kerja. Gaji masa tu masih kecik lagi.
Memang dia je breadwinner.
Tiap bulan dapat gaji dia akan keluarkan semua duit gaji dia and susun-susun atas lantai - ni duit rumah, ni duit kereta, ni duit pasar, ni duit utilities. Kadang tu ada balance RM300 je untuk dia spend sampai cukup bulan. Tu kalau tak balik kampung tahanlah RM300 sampai hujung bulan. Kalau bulan tu kena balik Tganu, maknanya ada expenses lain yang kena cut.

Tak sampai hati pulak nak mintak cash kat dia.
Kadang tu hujung minggu dia ajak keluar pi 1-U (dulu 1-U je pun yang agak best sikit), memang cuma jalan-jalan je. Takde shopping-shopping. Kalau ada pun dia beli baju or seluar keje dia. Ada la jugak dia tanya "Di nak beli apa-apa ke?". Memang aku jawab "Tak".
Aku betul-betul mintak keperluan aku iaitu pad and krim muka. Masa tu aku pakai krim Pond's je.
Mekap jauh sekali. Baju semua tak pernah terlintas dalam kepala. Pakai apa yang dah ada.
Sebab aku pikir dia dah bagi banyak.
Rumah walaupun apartment sewa, tapi selesa.
Makan semua cukup. Masih makan sotong, ketam, ayam, daging - cukup dia sediakan. Tapi masak sendiri la, tak makan kat luar.
Semua cukup cuma dia tak bagi cash, dan aku pun tak mintak sampailah sekarang.
Dia nak bagi, bagi. Taknak bagi takpe. Tapi keperluan yang asas dia wajib settlekan, tu bukan aku suruh tapi agama dah suruh.
Tapi takdelah semua dia cover. Tong-tong la mana yang patut kan.

Kita isteri kan, kita boleh tau samada suami kita memang nak belikan atau just nak manis mulut.
Kalau En Wan lata "Di nak beli apa-apa ke?", aku akan cakap "Takde".
Tapi kalau dia kata "Ambik la kalau Di nak apa-apa".
Atau kadang-kadang tu bila aku cakap taknak dia akan balas "KFC taknak? AnW ke?".
Haaaa...itu maknanya memang dia nak belikan. Ok masa tu jangan jual mahal. Bukan ambik kesempatan, tapi bagi dia peluang seronok dapat belanja isteri. Ambik, walaupun kau tak rasa sangat nak makan.

Isteri perlu beza mana satu suami mana satu biawak.
Suami adalah lelaki yang tau jaga keperluan anak isteri. Biar tak mewah, asalkan semua cukup.
Kalau jenis yang memang lansung tak reti keluar duit untuk keperluan anak isteri, ini namanya biawak. Tinggalkan.


5. Suami tak berupaya untuk dari segi suxual, atau tak berlaku adil dengan isteri-isteri.
Yang ni pun boleh kalau nak bercerai. Memang tak salah. Tapi bab poligami tu kena hati-hati. Kena identify betul ke nak bercerai sebab suami tak adil ataupun sebb kau sakit hati dengan madu. Kalau suami adil dengan semua isteri, rasanya kau takde kes.




Now dah ada pakej untuk beli 2 botol terus.