walk on wings, tread in air: Review cerita <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Review cerita
2017-06-13


Review Cerita 1 - The Mummy 2017

Ahad lepas, aku ngan En Wan gi tengok movie The Mummy.
Memang hari tu aku nak tengok sangat, tapi sebab bulan puasa ni masa terhad jadi terpaksa membayangkan yang aku hanya akan dapat tengok The Mummy kat DVD je.
Balik dari terawikh En Wan ajak pi tengok The Mummy, dia kata dah book.
Aku on je lah sebab memang nak tengok sangat pun walaupun membayangkan esok pagi mau terlajak sahur ni sebab movie start 11.10 malam. Memandangkan Rayyan pun tak buat hal, kitorang pun bertenet berdua.

Aku ingatkan kat One City je, rupanya En Wan bawak pi The Summit.
Aku cukup tak suka tengok movie kat The Summit sebab cinema dia tak best, plus, lift dia lembab nak mampus, selalu aku kena naik turun tangga. Jenuh la wei dari tingkat atas sekali nak turun tangga ke B1.
Rupanya cinema dia dah baru weiii.
Kaunter sebesar-besar kaunter.
Ok, aku pun dah naik syok, terus order popcorn siap-siap.
Masa tu 10.40 malam. Takpelah, kitorang tunggu sambil makan pop corn.

Pastu dah pukul 11.10 masih lagi lampu hall kitorang tu tak nyala-nyala.
En Wan dah penat tunggu, terus pi tanya budak kat gate tu.
Rupanya salah cinema!
Dia yang pi book kat IOI Mall Puchong pastu angkut aku ke Summit.
Ntah hape yang dia pikir tak tau la.

En Wan dah mula hilang mood nak pegi tengok. Aku faham sangat la perangai dia ni.
Dia takkan tengok cerita yang dah start walaupun baru start 10 minit.
Aku cakap takpelah, bila-bila nanti boleh tengok.
Agaknya dia kesian kat aku, dia pecut gi IOI Mall gak.
12 minit je kau dia bawak dari Summit sampai IOI.
Kejung je aku kat dalam tu.
Sampai sana, kebetulan ada show pukul 11.30pm. Tanya kaunter tu boleh tak tukar waktu sebab tiket dah beli. Budak tu kata kena tanya manager dulu. Kalau boleh tukar pun tak boleh pilih seat. Kalau dapat seat depan sekali pun hadap je la mendongak.
Alhamdulillah manager kata boleh tukar and manager bagi kitorang duduk 'backup seats'.
Aku tak tau apa fungsi 'backup seats' ni tapi barulah aku tau rupanya setiap cinema ada backup seats.
Not bad gak, kitorang dapat duduk kat tempat yang mata aku setara dengan skrin. Mendongak takyah, menunduk pun takyah. So aku rasa backup seats ni sebenarnya special seats yang dorang reserve-kan untuk kuncu-kuncu dorang agaknya, tapi malam tu dapat kat kitorang.

Cerita The Mummy ni mula-mula dah best dah bila scene kat tanah Arab.
Bila dia bawak balik ke England dah macam kureng best dah jalan cerita.
Macam over sangat tak lojik pun ada gak.
Mummy kena gari la, pastu ada banyak zombie. Towards the end tu banyak action, tapi aku dah start menyampah sebab banyak berkisarkan mat salleh punya jalan cerita.
Lagi best The Mummy 1999. The Mummy 1999 dia punya jalan cerita lagi banyak tunjuk magic and power yang ada pada The Mummy tu sendiri. Lebih mensuspen dan menakutkan.

Aku nak sangat tengok The Mummy ni sebab aku nak tengok rahsia zaman-zaman Firaun dulu, tu je.
Aku memang suka sangat cerita zaman Firaun dulu tak kisah lah Firaun ke berapa pun sebab zaman tu macam sangat misteri. Macam cerita The Mummy 1999 memang banyak sangat scene misteri zaman tu. The Mummy 2017 - TAK BEST. Pakkal ada Tom Cruise je. Tu pun dah tua. Boleh la dari takde.


Review Cerita 2 - Hero Seorang Cinderella.

Ni sebenarnya tadi aku ingatkan tajuk dia Hello Mr Cinderella.
Jenuh aku type kat YouTube tak keluar apa-apa. Last-last type Fattah Amin. Hah, kau melambak.
Baru nampak tajuk sebenarnya Hero Seorang Cinderella.

Aku sebetulnya tak tengok pun cerita ni dari awal.
Last week, aku balik Bangi. Aku tanya adik ipar aku Siti, sedap ke cerita ni sebab selalu nampak iklan kat TV. Dia kata sedap sangat, jalan cerita laju tak meleseh-leseh.
Ok lah aku cakap aku nak tengok lah nanti.
Sebab sebenarnya aku memang rekod cerita tu cuma tak tengok lagi, tau-tau dah rekod sampai Episod 12.
Aku memang ada habit rekod drama bersiri biar dah habis baru start tengok sebab aku tak suka tengok sambil stress menunggu next episod.
Tapi banyak aku tak tengok pun.
Isteri Tuan Ehsan rekod tapi sampai ke sudah tak tengok, last-last aku delete.
Pastu cerita apa yang Alif Satar berlakon baru-baru ni pun rekod tapi tak tengok, dan delete.
Pastu Remy Ishak ngan Sariyanti pun aku rekod tapi akhirnya delete.
Yang aku rekod dan tengok berulang-kali adalah Keluarga Iskandar. Kahkahkahkah.
Nampaknya slot drama bersiri, Fattah Amin jugak yang berjaya suruh aku tengok.

Aku tengok Sabtu lepas Episod 1 sampai 12.
Tengok dengan En Wan lak tu.
Memang satu benda yang rare ni nak tengok laki aku layan cerita melayu. Drama bersiri lak tu.

Habis episod 12 (tapi cerita dia sebenarnya belum habis lagi), aku dapat simpulkan jalan cerita dia best. Pace laju, tak meleret-leret.
Yang paling pentingggggggggg - karakter tak bodoh. Kecuali bapak si Fazura tu karakter dia bodoh sangat. Dah kaya pun bodoh. Rumah besar tapi takde CCTV dalam rumah nak skodeng bini kau dera anak tiri. Aku yang belum kaya macam kau pun ada 4 biji kamera dalam ofis.

Dalam drama ni karakter utama Fattah Amin and Fazura sangat best.
Sebab hero berani, bijak dan berfikiran lojik.
Same goes to heroin berani, bijak dan tak cembeng.
Ni la baru namanya hero and heroin.
Takde la nampak hero and heroin kejap-kejap kuat merajuk, kuat sentap. Jalan cerita habis kat melayan korang sentap ngan merajuk je. Jenuh.

Dalam kebanyakkan cerita melayu aku tak faham apesal mesti heroin wajib lembik dan pasrah kena buli.
Yang si hero pulak wajib bodoh tak reti nak beza mana betul mana salah.
Macam dah takde couple lain yang lagi bijak ke kau nak highlitekan sampaikan yang couple bodoh jugak kau nak tayangkan.
Tapi karakter hero dalam Cinderella ni, dia tak mudah termakan dengan kata-kata orang lain, dia rajin selidik sendiri kebenaran and berani bertindak.
Penulis skrip/novel ni bijak. Dia wujudkan Cinderella yang berani. Bukan Cinderella yang pasrah berserah.

Dan karakter kawan-kawan hero and heroin pun strong-strong.
Jenis yang menyokong dan sama-sama bijak dalam berfikir and bekerja.
Barulah betul statement - siapa kita berkawan melambangkan diri kita.
Ini tak, selalunya kawan je yang bijak, tapi hero heroin bangang terlajak. Kita yang menengok pulak yang stress apekehal bodoh sangat kau ni.

Aku melayan cerita ni dengan tenang je, tak stress pun.
Maybe sebab aku tengok back to back.
Mungkin jugak sebab pace cerita ni laju, tak meleret-leret dan karakter semua strong.
Siapa belum tengok, aku recommend tengok.
This is what a hero and heroin perlu ada. Karakter bijak, berani and tak ego. Yang penting tak bodoh. Aku taknak tengok sambungan dia lagi. Nak biar sampai cerita ni habis baru aku tengok back to back.






Get Ready Promosi Father's Day.
SOON.


posted by aveo757 @ 3:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER