2017-06-09

Hidup jangan dibawa susah



Mana-mana orang yang pernah bekerja lebih dari satu majikan akan alami masalah ni.
Sebab dah boleh buat comparison.
Selalunya yang pertama kali bekerja, takkan alami masalah ni. Kerana itu adalah pengalaman bekerja yang pertama kali.

Masalah macam ni akan berlaku bila kita dah kerja dengan majikan kedua, ketiga, and seterusnya.
Lebih banyak lompat tempat kerja, lebih banyak 'masalah' yang kita nampak.

Dan selalunya, 'masalah' akan jadi besar bila kita tahu kita ada pilihan untuk pilih kerja.
Jarang orang yang memerlukan pekerjaan nampak 'masalah' di tempat kerja.
Sebab mereka terdesak dan tak ada pilihan. Maka, apa saja masalah depan mata semua dipandang mudah sebab fokus utama adalah nak ada pekerjaan.

Tapi bila kita dah ada pengalaman berkerja di beberapa tempat, tumpuan kita dah bukan kepada gaji semata-mata tapi keselesaan, pangkat, respect, tekanan and persekitaran tempat kerja.

Majikan pertama aku MOSTI. Kerajaan. Satu agensi besar dan establish.
Buat apa pun proper. Workstation cantik. Bilik air cantik. Surau selesa. Cafe makan sedap.
Shuttle bas disediakan untuk ke komuter station.
Colleague semua melayu, jadi nak bertolak-ansur tu lebih mudah sebab dengan orang kita.
(takde soal racist di sini).

Majikan kedua aku Prudential HQ di Jalan Sultan Ismail.
Cubicle lebih kecil, surau crowded sebab satu floor je so semua orang cramp dalam satu surau.
Cafe boring, nak makan sedap kena lintas jalan pi bangunan apa ntah kat depan tu, lupa dah aku.
Nak balik kena menapak ke stesen Dang Wangi, pastu stop KL Sentral tukar komuter ke Subang Jaya pulak. Jenuh!
Colleague kebanyakkannya non-malay. Yang kerja admin memang ramai malay.
tapi Medical Underwriter ramai non-malay. Tak salah aku, 5-6 orang je melayu yang jadi Medical Underwriter masa tu.

Majikan ketiga Biotech company.
Masa ni lagi lah company dia shop lot je.
Just imagine, aku start kerja dengan agensi besar kat Putrajaya tu, then ke Prudential (boleh tahan besar jugak), lepas tu ke shop lot?? Kejadah.
Workstation sempit gila.
Kalau kat MOSTI and Prudential tu at least boleh la letak kalendar, lilin, frame gambar - kat biotek company ni jangan harap. Meja kecik.
Kat sini setiap orang ada sales target. Kau rasa ada ke yang nak work as a team kalau masing-masing ada target nak kena hit? Jangan harap! Semua pun selamatkan diri sendiri. No such thing work in a team. Kalau nak mengular je baru kitorang work in a team ðŸ˜‚. Kalau nak capai sales target, pandai-pandai la nak hidup ya.
Mujurla aku memang jenis suka buat keje sorang-sorang. Jadi, takde masalah.

Majikan seterusnya, company Devil Wears Prada.
Yang ni lagi la aku sorang je melayu Islam. Surau pun takde. Solat lah kau dalam stor.
Kalau nak pikirkan stress memang stress sebab segalanya bergerak sorang.
Nak makan pun sorang.
Yang aku tak berani nak join dorang makan. Yang dorang pulak tak berani nak ajak aku join makan tempat dorang.
Belum lagi dengan bos yang terpekik setiap hari Isnin. Baling-balik sales report kat muka lagi.
Kalau pikir nak benti, lama dah aku benti. Tapi, aku pikir balik apesal orang lain boleh stay?

Aku pun pernah berfikiran macam tu dulu.
Bila pindah tempat keje - tempat baru tak best. Takde geng. Colleague berlagak. HR sombong. Macam-macam.
Tapi lama-lama (mungkin perlukan masa untuk faham benda ni), seiring dengan peningkatan usia, aku mula faham.
Tempat kerja sebenarnya tak ada masalah.
Kalau tempat kerja tu ada masalah, takde orang pun yang kejer kat situ.
The problem is, KITA YANG BERMASALAH.

Masalah utama adalah kita buat perbandingan dengan previous majikan.
Bila kita start compare, of cos apa saja yang ada depan mata sekarang kita tak boleh terima.
Sebab kita dah set satu benchmark, at least kena sama macam majikan lama.
Come to think of it, kalau previous majikan kita ok sangat, kenapa kita quit?

"Saya bukan berhenti sebab tempat kerja tak best, tapi sebab company pindah lebih jauh dari tempat tinggal sekarang. Jadi saya cari keje yang lebih dekat dengan rumah".

Ok, reason yang lojik.
Tapi masalahnya tetap pada kita, kan?
Sebab kita yang tak boleh follow company berpindah.
Kalau kita tak bermasalah, kita willing keluar cari tempat tinggal baru supaya dapat terus kerja dengan company tadi.

Masalah ada di mana-mana.
Kadang-kadang kita tak sedar masalah kita bukan masalah itu sendiri, tapi bagaimana kita respond kepada masalah.

Konsepnya macam kita nak ambik exam
Kalau kita well-prepared, secara lojik kita akan dapat outcome yang bagus.
Tapi jangan over konfiden, dalam masa yang sama kena bersedia yang tak semua yang kita nak akan jadi kenyataan.
Sebab itulah, kita kena prepare for the worst juga. Jangan hanya expect yang best je.
Semakin kita bersedia untuk sesuatu yang tak best, semakin ringan masalah tu nanti.

Selalunya bila dapat tempat kerja yang tak se-best previous work atau tak se-best previous boss, kita cenderung berfikir "Kalaulah aku stay....", "Kalaulah ada offer lain....", "Kalaulah aku blaja rajin lebih sikit dulu mesti aku dapat keje lain yang lagi best"......etc.

Sejenis "kalau" yang macam ni yang buatkan hati tak tenang.
Dan selalunya kita akan berpikir ulang-ulang benda yang sama what if what if what if.
Benda ni lah yang buatkan kita stress.
Ramai orang stress bukan sebab perkara yang dah terjadi tapi sebab taknak terima kenyataan.
Bila taknak terima kenyataan, ini lah yang payah sikit nak terima nasihat.
Nasihat sampai berbuih mulut pun tak guna, sebab dia taknak terima kenyataan.

Manusia jadi stress bukan sebab masalah tapi sebab banyak memikir.
Kita menderita stress kerana fikiran kita sendiri.
Isu ni berbalik semula kepada topik syukur.

Ramai orang stress sebab banyak fikir benda yang belum ada/tak ada, bukan mensyukuri benda yang dah ada.
Sebenarnya inilah masalah yang paling besar.
Masalah apabila kita tak mampu mensyukuri apa yang kita dah ada.

Berdepan dengan masalah, kena ingat bahawa tak ada satu pun masalah yang takde jalan keluar.
Tak ada cikgu yang bagi soalan tanpa ada jawapan.
Tak ada satu pun lubang kunci yang takde pasangan kuncinya.

Salah satu cara untuk dapatkan jawapan dari masalah adalah dengan bertaubat.

"Eh ntah hape hape, masalah dengan tempat keje je pun, apehal nak bertaubat pulak?"

Aku pernah tulis pasal ni dulu, malas pulak nak korek balik entry mana satu.
Kalau rajin, carilah.

Kalau berdepan dengan kesulitan, buatlah solat taubat.
Tak kisah la apa perkara pun asalkan perkara tu buatkan kita rasa susah, buat solat taubat.
Belum tentu masalah tu datang sebab kesalahan orang lain. Mungkin puncanya kita.

Nabi Adam dihantar ke dunia sebagai hukuman.
Tapi Nabi Adam tetap jadi mulia, bukan kerana dia menyalahkan iblis yang menghasutnya tapi sebab dia bertaubat.
Macam tu jugak dengan Nabi Yunus. Dia dimakan ikan paus kerana putus asa dengan umatnya. Tapi dia terselamat kerana bertaubat.

Masa aku final year dulu aku kena buat projek Plasmid Bakteria.
Banyak kali aku run DNA tapi tak dapat-dapat DNA band.
Penat oi, berjam-jam punya keje. Sampai menangis aku extract DNA.
Until one day, aku dapat band DNA. Tak sharp, tapi ada.
Aku tak puas hati, aku buat lagi dengan harapan dapat yang lebih sharp.
Buat buat, tak dapat. Buat buat, tak dapat. Stress balik semula.
Aku pun stop, terus start buat tesis dengan modal gambar DNA yang berbalam-balam tu.
Padahal DNA yang aku dapat tu tak cantik pun tapi sebab daripada takde, baiklah ada kan?
Lepas dah half way menulis, aku start masuk balik lab.
Buat lagi, terus dapat. Kali ni DNA sharp, siap boleh nampak plasmid sekali.

Masa tu aku belum paham lagi konsep syukur. Now dah faham.
Tuhan sebenarnya nak uji kita ni tamak atau syukur orangnya.
Apa yang ada, gunakan dulu, dalam masa yang sama usaha untuk ke peringkat seterusnya.

Dia macam masak nasik bulan puasa lah.
Ingatkan jadi nasi, rupanya jadi bubur.
Takkan nak termenung depan periuk nasik tu mikir "Kalaulah aku kurangkan sikit air tadi".
Bukannya bubur tu takleh dimakan.
Takyah pikir-pikir. Kau pi goreng bilis, goreng kacang tanah, rebus ayam, buat sambal kicap.
Konfem sedap licin bubur kau.

Tapi kalau masak nasi terlupa tekan suis, yang tu pandai-pandai la kau jawab ngan laki kau.





LAST DAY HARI INI.
Refresh page ni dan isi form.
Ataupun whatsapp 012-7728976.
Kat website takde option harga RM78.