2017-05-17

Ragging



Agak pelik jugak bila dapat pertanyaan macam ni.
Sebab soalan ni ditanya kepada mangsa ragging skolah asrama 😂😂.
Tapi aku quit asrama bukan sebab ragging, but homesick. Tu je. Tapi penah la kena ragging jugak.
Kalau rumah aku sebelah skolah asrama, mesti aku tak homesick. Agaknya kekal aku blaja kat skolah asrama.

Skolah asrama aku dulu, memang ada kes ragging.
Baik skolah agama, baik skolah asrama penuh. Sama je perangai. Ragging tetap ada.
Tapi takde la sampai kena tumbuk kena belasah. Setakat suruh buat maggi, angkatkan baju, basuhkan kasut skolah tu ada la. Kalau budak pompuan kena ragging basuh baju, basuh kasut, masak maggi - ni semua takde hal sangat. Sebab selalunya budak pompuan mak-mak dah ajar buat keje rumah dari kecik. Jadi setakat angkatkan baju tu boleh dikatakan macam 'mintak tolong' ataupun maybe ragging-ragging manja je.

Tapi kalau budak laki mungkin 'tolong masakkan maggi' adalah benda berat untuk dorang buat sebab aku percaya kebanyakkan budak lelaki masa sekolah rendah mak dorang tak ajar pegang dapur. Macam Redza. Dia tak pernah tau camana nak nyalakan dapur sampai sekarang. Dia tau guna microwave je. So bila dia masuk asrama tetiba tau masak maggi (rendam), aku dah bersyukur dah. Kira kau boleh survive la jugak makan maggi rendam rupanya. Aku cuak gak dulu nak lepaskan Redza. Boleh ke tak dia ni. Sebab dari kecik sampai ke besar dia ber-bibik. Kasut skolah Redza bibik basuhkan. Sepanjang 6 tahun dia skolah rendah, aku rasa tak sampai 10 kali dia basuh kasut skolah sendiri. Sebab bibik aku very hardworking. Budak tu balik skolah hari Jumaat, dia terus angkut, rendam dan lagi sejam terus basuh. Memang tak sempat anak aku nak nampak mana kasut dia pergi tau-tau dah berkapur. Jadi, melepaskan Redza masuk asrama memang berat. Aku risau dia takleh adapt dengan semua benda dia kena buat sendiri.

Tapi memang betul pun.
Awal-awal bulan kat sana, huru-hara aku nak handle dia.
Soalan feveret dia "Ma, macamana nak basuh baju? Berapa kali nak berus bahagian tangan? Berapa kali nak berus bahagian belakang baju? Kolar nak kena berus tak? Butang nak kena berus jugak ke?..."

Mendidih jugak la aku nak jawab.
Sometimes aku terfikir dah kenapa anak aku ni sampai tak leh pikir lojik? Berus je la baju tu yang nak berkira depan berapa kali berus, belakang berapa kali berus nak buat apa?

Tapi pastu aku pikir-pikir balik - lojik dia berfikiran macam tu.
Sebab dia tak pernah buat.
Kat rumah, bukak baju, campak masuk mesin basuh.
Redza tu, dari kecik sampai besar, bapak dia yang tentukan dia pakai baju apa.
Setiap kali dia masuk je bilik air mandi, En Wan akan masuk bilik Redza keluarkan apa baju and seluar dia kena pakai and letakkan atas katil siap-siap.
Anak aku tu keluar je bathroom takde pikir apa dah, terus ambik baju bapak dia dah readykan and pakai.

Tu belum lagi beg skolah.
Dari Darjah 1 sampai Darjah 6, Redza tak pernah pack buku skolah sendiri tau.
Semua bapak dia uruskan.
Aku tak tau la adekah sebab bapak dia OCD maka Redza jadi macam ni? Hahah.

Aku dulu lain.
Aku bukan tak tau pack buku skolah sendiri. Aku cuma tak pernah ada jadual waktu je.

No wonder la bila masuk asrama hari tu Redza huru-hara kejap.
Aku dah sikittttt lagi nak angkut dia balik. Terasa kesian, tak sampai hati aku. Sebab aku rasa aku and En Wan sama-sama bersalah. Kitorang yang jadikan dia macam tu. Niat kita cuma nak mudahkan urusan anak-anak, biar anak-anak selesa, tak payah buat keje rumah macam aku dulu, fokus hanya kat blaja. Dalam pada aku and En Wan suruh dia fokus kat blaja, kitorang lupa, kalau dia excell, dia kana masuk asrama. Di asrama semua benda kena buat sendiri, sedangkan kitorang tak pernah ajar dia untuk buat apa-apa kerja. Jadi bila rezeki dia masuk asrama, dia jadi shock. Tiba-tiba kena basuh baju sendiri, pilih baju sendiri, basuh kasut sendiri, etc. Nampak macam benda simple je kan? Macam alahaiiii basuh kasut je kot. Tapi kalau budak tu tak pernah buat, dia tetap akan kekok dan stress.

Now, aku tanya dah basuh baju?

Dah.

Siap kata "Redza hari-hari basuh baju, Ma"

Rajinnya?

"Redza rendam je ngan softlan, pastu kacau-kacau sikit, sidai".

Kuang hasam betul.

Tapi En Wan kata takpe. Jangan stresskan dia. Biar dia buat. Itu memang benda biasa budak lelaki.
At least dia ada effort gak nak basuh baju hari-hari katanya.
Ada budak yang sanggup kepamkan baju 2 minggu.
Ya lah, whatever.

Now, disebabkan Redza, Rayyan dah jadi mangsa 'buli' aku pulak.
Baju ambik sendiri dalam almari.
Buku skolah pack sendiri.
Oh tapi Rayyan ni over lah pulak.
Lepas mandi siap pakai perfume bapak dia sekali
Bersilih ganti bau perfume pi skolah tau tak?



Terasa lega bila dapat whatsapp ni.
Pandai pulak kau beriadah sekarang.
Kalau dulu mengangkang je main Nintendo. Nak ajak keluar rumah pi mamak pun payah.
Now reti pulak berexercise bagai.
Hari tu dia kata tiap-tiap petang dia jogging 3 round maktab.
Haaa baru kau tau nak jaga badan kan. Agaknya tengok orang lain semua slim, dia je gemuk, terus teruja nak kurus jugak.

Alhamdulillah sekolah Redza belum pernah dengar lagi ada kes pukul.
Mudah-mudahan berterusan.
So far Redza takde pulak kata ada kes ragging. Maybe takde kot.
Dia kata dia main tennis partner dengan abang senior. Maybe dia dah geng ngan senior tu so abang long jagalah agaknya.

Apa yang reader ni adukan, ada lojiknya ragging tu sekadar 'sakat-sakat' je.
Tapi mungkin yang disakat tu adalah spesis macam Redza yang lansung tak pernah buat keje rumah.
Jadi, bila diragging kena masakkan maggi pun dah jadi satu masalah besar kat dorang.
Benda ni payah nak elak. Sebab ni melibatkan perangai.
Perangai manusia ni payah sikit nak ubah. Kalau perangai sendiri pun liat nak ubah, lagikan perangai orang lain kan.

Yang senior pulak kadang tu dorang ragging sebab saja nak menyakat, nak isi masa lapang, nak seronok-seronok ngan member ataupun sebab menyampah ngan junior.
Tak dinafikan la memang ada senior yang kategori jahat.
Yang poyo dan bajet abang kawasan sangat.
Tapi selalunyanya yang poyo ni sorang dua je, dan yang poyo selalunya yang paling takde apa sangat la kat sekolah tu, tu pasal buat perangai, biar nampak outstanding.
Yang poyo ni yang kena basmi terus. Jangan biarkan membiak.
Tapi senior-senior yang nakal-nakal tu biasa. Dorang ni baik sebenarnya tapi sengaja suka menyakat. Jangankan dengan junior, dengan cikgu pun dorang sakat. Selalunya yang senior nakal-nakal ni hensem-hensem. Eh.

Aku rasa dalam kes skolah reader ni, takde apa sangat yang boleh diubah sebab ini bukan kes pukul.
Kes ragging ni benda lumrah kat skolah asrama. Cuma ada dengan takde je.
Maybe kalau nak ubah pun, just mintak senior blaja untuk faham situasi junior.
Statement dorang bagitau mak bapak yang dorang "dibuli" tu mungkin betul.
Maksudnya dorang mendifinasikan masakkan maggi, basuhkan kasut, gosokkan baju tu sebagai "buli" sebab dorang tak pernah disuruh buat benda-benda ni kat rumah. Jadi bila disuruh buat oleh senior, of cos dorang akan anggap itu adalah sejenis buli.
Aku percaya kebanyakkan junior tu tak pernah buat kejer-kejer rumah, ditambah lagi masih homesick, jadi kalau kena cuit sikit dah tentu dorang bertambah homesick.
Senior pun kena la faham benda ni. Kau pun pernah jadi junior kan. Agak-agak le.





Ok ini sudah sampai petang semalam.
New packaging. Colourful and katun - so me 😁😁.
Susah nak jumpa packaging katun-katun macam ni tau, Kat Disneyland je jumpa macam ni. Mbhahaha.

Masih dalam harga pre-order/introductory price.
Refresh page ni dan hantar email kat pop out window.
Boleh tengok video aku buat demo KAT SINI.