2017-05-16

Hakikatnya..?






Hasil "live chat" via website GreenAard pagi tadi ðŸ˜‚.
Tak sangka aku owner brand ni reader blog aku rupanya. Eh bukan reader, tapi stalker ðŸ˜‚😂.
Panjang lagi sebenarnya chat ni, tapi sampai tu je la aku capture.

Seronok tengok ramai orang berbisnes, berjaya.
Tapi pastikan kita benar-benar berjaya - bukan bajet-bajet berjaya tapi hakikatnya kita agak semput.

Macam reader ni cakap, dia buat marketing sebab trend.
Tak dinafikan semua channel yang dia buat tu bagus - masuk paper, masuk majalah, billboard, iklan, upah artis, upah instafemes, upah blogger - semua ni channel yang bagus.
Tapi, pastikan apa yang kita buat tu bukan kerana kita nak potray kita big brand.

Ada orang keliru dengan marketing.
Ada yang buat mass marketing keluar paper, keluar majalah, keluar semua channel - tanda aras kejayaan.
Alasannya, bukan semua orang mampu nak keluar duit untuk buat marketing besar-besaran.
So kalau berjaya buat marketing yang gempak, maknanya kita bisnes yang berjaya.

Hakikatnya, belum tentu.

Perlu faham, tujuan marketing adalah untuk marketkan produk.
Setiap duit yang dilaburkan untuk marketing MESTI dapat balik.
Ia bukan bertujuan untuk tunjuk kat semua orang kita berjaya tapi ia sebagai satu medium untuk tarik lebih banyak sales.

Tapi ye lah aku faham, salah satu cara untuk tarik lebih banyak pembeli adalah bila kita potray bisnes kita besar. Bila kerap masuk paper, majalah, iklan sana sini, of cos orang akan lebih percaya pada this brand. Itu betul juga. Tapi hakikatnya...?
Yang penting HAKIKATNYA tu.
Satu contoh dah ada dah - reader aku ni.
Iklan dia dia kata ada 24 keping kat hiway. Kontrak iklan dalam majalah setahun.
Tapi expenses tinggi.
Bukan tak untung tapi sepatutnya keuntungan dia tu jauh lebih banyak considering amount yang diua dah letak untuk buat marketing.
Aku tak tau la berapa untung dia sekarang. Tapi keuntungan tu tak setimpal dengan apa yang dia dah spent.

Contoh macam Dato Vida la.
Kes yang dia tarik tajaan bolasepak tu.
Kan dia buat statement, dia frust dia dah spent banyak untuk melabur.
Depan stadium ada kiosk Qu Puteh, ada jual jersi Qu Puteh tapi orang beli hok tak ori jugok dia kata.
Orang tak support pun beli produk Qu Puteh.
Rugi dia taja.

Of cos dia tak jadi miskin pun projek tu tak jalan. Sebab dia ada banyak bisnes lain.
Tapi keuntungan yang dia spent untuk that projek tu zero!
Maksudnya, marketing yang dia spent untuk that projek hangus, tak dapat balik.
Itu yang kita taknak sebenarnya.
Orang memang nampak kita gah, kaya, brand besar, mampu taja itu ini, mampu iklan sana sini tapi HAKIKATNYA... kita saja tau.

Sebab itu, apa yang kita buat jangan kerana ikut-ikut orang, ikut-ikut trend.
Kalau tak buat semua tu pun bukan bermakna kita tak berjaya, bukan makna kita tak besar.
Kita kena semak balik jauh ke dalam, cari balik punca kita kerja/bisnes.
Untuk apa tujuannya.
Sometimes bila kita terlalu nak bersaing, nak potray lebih hebat, lebih gah, kadang-kadang kita hanya dapat gah je. Sebab itu niat kita. Kita niat nak gah, Tuhan bagilah kita gah. Tapi sales kita tak dapat.
Ni aku bukan perli Dato Vida ya. Ni general statement untuk mengingatkan diri aku jugak.

Mungkin ada betulnya reader ni cakap, aku untung sebab reader aku ramai. Crowd aku dah besar.
Walaupun macam tu, aku tetap buat marketing.
Tapi aku hanya pilih buat FB ads.

Kenapa aku tak buat marketing besar-besaran?
Sebab aku tak target untuk jual kat semua orang.

Kebanyakkan orang berbisnes target nak jual kat semua.
Sebab tu marketing kos jadi tinggi.
Sebab bila kau nak jual kat semua, kau akan terpaksa buat marketing kaw-kaw sebab orang tak kenal siapa kau, jadi kau kena 'kenalkan' diri kau dengan cara yang meyakinkan.
Aku fokus pada reader sebab reader aku kenal aku dari zaman jahiliah dulu.
Reader aku tau aku study background apa.
Reader aku tau work hostory aku apa.
So keje marketing aku dah tak banyak.
Dan reader-reader ni jugaklah yang baik hati pi promote suka-suka kat kawan-kawan lain.

Ambik contoh Vivy.
Siapa yang beli banyak produk dia?
It's her readers/followers, bukan orang luar.
Sebelum dia keluar TV, dia tak pakai iklan besar-besaran pun. Dia punya FB ads pun tak banyak respond. Dia banyak sell kat blog and IG dia je. Tapi still she sells a lot.
Pre-order 3 bulan pun orang sanggup tunggu.
Sebab apa? Sebab orang beli kerana dia. Dia bukan saje jual baju, tapi dia 'jual diri' dia.

Neelofa.
Pagi ni aku tengok Neelofa tunjuk sejadah Naelofar.
Kalau nak ikut lojik la kan, sape nak beli sejadah harga mahal macam tu? Kompleks PKNS bersepah jual sejadah.
Tapi Neelofar buat sejadah bukan nak jual kat semua orang.
Dia tau orang luar takkan beli sejadah dia sebab orang akan kata sejadah dia mahal.
Dia buat untuk followers. Sebab dia tau followers akan beli. Sebab tu dia berani keluarkan sejadah walaupun sejadah dia mahal dan sejadah lain bersepah kat Malaysia ni. Sebab dia buat untuk target customer saje.

Fatah Amin dapat anugerah buku baru-baru ni.
Macamana dia boleh menang anugerah tu? Buku dia ramai yang kutuk.
Tapi sebab buku dia yang beli adalah fan dia.
Fan based dia powerful!
Pastu korang nak pertikaikan buku dia nonsense.
Ini bukan soal nonsense, ini soal bisnes.

Dulu, aku pernah jual produk orang.
Owner produk tu kata sales paling banyak adalah dari aku.
Sedangkan boleh je beli direct dengan company tu. Tapi alhamdulillah ramai beli dengan aku.
Dari situ aku dah faham - marketing bukan satu jenis je. Ia pelbagai.
Sometimes orang beli sebab orang suka kita.
Maybe orang yakin dengan kita.
Atau produk kita memang bagus.
Sebab itulah artis paling senang nak buat duit bila berbisnes.
Because they are selling themselves.

Maksud aku kat sini, dalam dunia bisnes bukan semua channel marketing akan membuahkan hasil. Not all. It depends on banyak faktor. Dan bergantung pada objektif kita. Check balik apa objektif.





Thank you yang beli Nutrijuice untuk Mother's Day Special.
Dah tamat dah offer tu malam tadi.

Makeup Remover new package insyallah akan sampai esok.
Paling awal kita akan pos Khamis.
Tapi aku maintain bukak offer ni sampai Jumaat.

Boleh check details pasal Pre-Order Promo ni KAT SINI.
Form ada kat situ as well.
Atau refresh je page ni, and isi email kat pop out window tu.