2017-05-14

Membangga-banggakan anak.


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu yang baca post ni.

Aku balik Bangi jumpa Mak Aji tadi.
Tapi tak celebrate apa-apa, semuanya kena postpon, tunggu sampai Ima balik Bangi baru seronok nak celebrate sama-sama. Mak Aji pun mesti rasa tak best anak-anak kat sini bersuka-suka dengan dia, nanti dia terkenang anak dia kat JB tu. So, kita wish-wish je lah hari ni, celebration tunggu semua kumpul cuti skolah nanti, insyallah. Bulan puasa pun puasa lah, janji celebrate.

Tadi sembang ngan adik aku, dia kata hari tu gi spital melawat, makcik katil sebelah tu tak habis-habis cerita pasal anak-anak dia. Agak sebal jugak lah dengar dia kata.
So aku cakap, itu biasa lah, orang tua-tua kalau sesekali bersembang dengan orang luar pasal anak-anak, selalunya memang suka membangga-banggakan anak.
Dan style orang-orang tua kalau bersembang selalunya anak dia je yang paling best.
Takyah tengok jauh lah, mak mertua aku ni kalau sembang pasal cucu, cucu dia je yang pandai. Cucu orang lain 'bodo' dia kata. Hahaha.
Rilek je mak mertua aku bagi statement bodo kat orang lain.
Dia takde cakap "Cucu si anu tu kurang bijak".
At least berlapik la sikit kalau guna ayat KURANG BIJAK tu kan. Ni takkk. Dia bagi direct "Cucu dia bodo".
Dia punya konsep, kau nak accept ke taknak accept ke, kau kena accept jugak. That's it. Mbhahahaha.

Aku pulak, kalau orang-orang tua bercerita pasal anak-anak, aku layankan je.
Sebab faham dah, memang style orang tua-tua cakap macam tu.
Apa lagi yang dia nak cerita betul tak?
Nak cerita pasal kebun belakang rumah nampak macam tak best sangat.
Kalau cerita pasal anak-anak tu best sikit. Nak pulak kalau sorang anak jadi dokter, sorang jadi lawyer, sorang jadi akauntan. Pehhh.

Aku pernah baca dalam satu buku, writer (omputih) tu cakap, manusia akan bercerita tentang perkara yang dia proud of. Kalau balik-balik dia cerita benda yang sama, maksudnya itulah perkara paling hebat yang dia pernah ada.

Jadi, kat sini kalau kita terdengar orang tua-tua bersembang nampak macam bragging sangat pasal anak-anak dia, kau layankan ajelah. Mungkin itu sajalah harta yang dia ada untuk dibanggakan.
Nak cerita pasal kereta, mungkin kereta dia biasa-biasa je.
Nak cerita pasal rumah, rumah dia sederhana.
Nak cerita pasal keje, dia pun keje kampung je.
Kebetulan anak-anak semua success, maka sebab itu balik-balik dia sembang pasal anak.
Kadang tu dia dah pencen, tapi asal bersembang je dia akan cerita pasal keje dia dulu. Walaupun benda tu dah dia tinggalkan sejak 30 tahun lalu. Boleh jadi itu adalah perkara yang paling dia banggakan dalam hidup dia.

Frankly, aku memang takde masalah nak melayan orang sembang pasal anak-anak sendiri. Layan je lah. Jadi tukang dengar.
Kadang-kadang dorang ni bercerita sebab nak ada orang dengar je. Jadi, dengarkan je.
Kalau bagus, komen. Kalau tak bagus, diamkan.

Tapi sejujurnya aku tak berapa suka sangat join bersembang pasal anak-anak.
Bukan menyampah, tapi aku takut aku yang akan dipengaruhi oleh cerita dia.
Sebab aku pernah rasa macamana rasanya bila kita sebagai anak kecik yang sentiasa disuruh untuk 'jadi' macam orang lain.
Orang tu exam dapat nombor 1, kita kena jadi macam tu.
Orang tu khatam umur 7 tahun, kita kena jadi macam tu.
Orang tu wakil skolah untuk mana-mana competition, kita kena jadi macam tu jugak.

Aku takde masalah kat pencerita, tapi aku takut aku yang bermasalah bilamana aku nanti terpengaruh untuk membandingkan anak aku dengan anak dia. Padahal anak aku dah ok dah, tapi lepas dengar cerita dia, terus aku rasa anak aku banyak kekurangan.

Betul, kadangkala apa yang orang ceritakan tentang anak-anak boleh dijadikan rujukan.
Tapi sebaiknya, biarlah kita ambik contoh dari anak/orang yang dah terbukti berjaya, bukan dari orang/anak yang masih sedang proses nak berjaya.
Aku dapat tengok anak-anak yang mak bapak aku kata bagus sangat dulu, now hmm...malas cakap lah. True, some of them memang pandai masa skolah, tapi kehidupan dorang sekarang sangat berbeza dengan apa yang kita predict masa kecik dulu.

Selalunya, anak-anak yang dipaksa untuk 'jadi orang lain' semasa kecil, bila besar nanti dia akan jadi manusia yang sangat competitive. Competition takde masalah, tapi mental yang competitive akan membebankan. Dan anak-anak ni nanti akan hidup dalam suasana persaingan bukan persahabatan.
Sebab tu ada situasi dengki-mendengki pada orang yang tak pernah bersua muka.
Kenal kat internet je pun. Tapi bila orang tu sekarang lebih dari dia, mulalah "Dulu aku yang paling glemer, macamana dia pulak sekarang lagi famous?"

Boleh jadi haters-haters dan keyboard warrior yang asik kondem kelebihan orang lain, semasa kecilnya mereka diajar begitu tanpa sedar. Diajar untuk sentiasa jadi seperti orang lain. Bila dia tak boleh jadi seperti orang tu, dia akan cuba deny dengan cara mengkondem. Mungkin ini salah satu cara memberontak yang dorang tak dapat luah depan mak bapak dulu.

Ada juga some parents yang aku kenal yang pada satu ketika, always cerita pasal anak dia. Balik-balik up status pasal anak tu je. Sampaikan aku ingat itu anak tunggal. Padahal dia ada anak-anak lain tapi dia tak pernah cerita sangat tentang anak lain. Rupanya anak yang dia cerita tu je lah anak yang paling bijak. Takpelah, itu pilihan dia. Cuma bila aku kaitkan balik dengan buku yang aku baca tu, mungkin ada betulnya. Manusia hanya akan bercerita tentang sesuatu perkara dengan kerap kalau perkara itu adalah perkara terbaik yang dia ada.




  Ni form lanjutan dari entry 2 hari lepas.
Kalau yang belum tau apa ceritanya, pi baca entry semalam KAT SINI.
Isi form di bawah kalau nak order. Yang beli pre-order saja dapat diskaun ni.

Name:
Email Address:
Quantity:
Address:
Phone No: