walk on wings, tread in air: Memang duit aku banyak. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Memang duit aku banyak.
2017-05-15



Ada jugak "kakak ipar" yang email aku pasal entry yang lepas-lepas.
Harap-harap reader yang email aku pasal isu ni, bacalah pulak luahan "kakak ipar" ini pulak.
Ini bukan kakak ipar dia, tapi ini luahan hati dari kakak-kakak ipar di luar sana.

Orang menilai kita berdasarkan apa yang kita ada.
Sebab itu aku kadang-kadang jadi serba-salah nak bagitau aku pi mana, aku beli apa.
Takut orang salah ertikan.
Kadang tu bila berkumpul dengan sedara-mara kita seronok bersembang tak tersedar kita tershare cerita-cerita yang bersifat kemewahan - like beli barang, pegi melancong, tempah baju raya kat designers, bukak puasa RM150/head. Kadang tu kita cakap je, takde niat apa pun, biasa la kan kalau dah syok bersembang tu. Orang lain yang dengar ada yang mula buat andaian - "Makan kemain kat hotel, tapi takde pun nak bawak mak bapak makan hotel sekali".
Padahal bukan kita tak ajak, tapi mak bapak kita yang taknak. Tak selesa katanya makan berprotokol.

Semalam ada sorang reader whatsapp ngan aku.
Dia kata hari tu dia pi bercuti. Pastu balik dari bercuti ahli keluarga pakat tanya macamana percutian.
Dia share tentang hotel yang dia duduk.
Niat cuma nak share-share je tapi mak mertua kecik ati.
Mak mertua kata "Bercuti mahal-mahal tapi mintak duit nak repair dapur pun bagi RM1000 je".

Tu lah dia andaian orang lain bila kita bercerita tentang apa yang kita ada.
Kadang-kadang jadi susah bila orang menganggap kita sentiasa ada lebih.
Sometimes orang yang nampak berduit tu bukannya duit dia kepuk-kepuk sangat.
Kau tak nampak dia kerja keras siang malam cari duit.
Kau tak tau time kau membuta, dia dah bangkit pukul 3 pagi siapkan keje.
Yang kau nampak dia melancong, dia shopping, dia besarkan rumah.

Bila kita ada lebih, orang sentiasa expect kita bagi lebih.
Kalau tak bagi lebih, kita dikata kedekut. Kalau tak bagi lansung pun kena cop kedekut.
Dah satu hal pulak kita tak boleh nak bercuti, tak boleh nak shopping hanya semata-mata taknak orang tau yang kita mampu. Kalau orang tau kita berduit, dah jadi satu masalah pulak bila duit kita ni asiklah kena spare untuk bagi orang. Macamkan kita ni tak bersedekah lansung, segala apa yang kita beli, kita pergi, semuanya dicop membazir. Beli barang sikit kena sound "Baik sedekah", pegi bercuti sikit kena sound "Baik sedekah", makan tempat mewah sikit kena sound "Baik sedekah".
Aku je lah kena sedekah, abis kau?
Kadang aku terpikir gak, dorang ni memang suka memerhati ke apa kita ada?

Aku rasa macam pernah tulis kat blog pasal sorang reader ni kata, sejak dia beli kereta baru, asal nak balik kampung je, adik-beradik suami tetiba dah jadi tak pandai nak balik sendiri. Kalau dulu pandai je naik bas. Bila abang dia beli kereta besar sikit, asal nak balik kampung semua pakat tumpang. Pulak tu barang dorang yang banyak. Dia cakap, dorang beli kereta besar sikit sebab anak makin besar, jadi biar selesa berjalan jauh. Tapi bila adik-beradik asik nak tumpang je, at the end dia tetap kena meriba anak dia sepanjang jalan. Memang lah balik kampung bukan selalu, apa salahnya bagi adik-adik tumpang. Tapi yang adik-adik pun consider la sikit, disebabkan kau, akak ipar kau kena riba anak sepanjang jalan. Ringankan lah sikit mulut tu offer nak ribakan anak. Cuba ada budi bahasa sikit.

Kalau tengok cerita melayu dulu-dulu, selalu digambarkan orang yang berduit adalah orang jahat, kedekut, sombong, suka menindas, lupa diri.
Tapi dalam beberapa kes yang aku lalui sendiri, orang yang tak berduit ada yang jauh lagi teruk perangainya.
Time takde duit, mintak. Bila tak dibagi kita dikata sombong.
Tapi bila kita bagi, time dia ada duit, dia pulak lupa diri hutang taknak bayar. Menyombong dengan kita pulak tu!
Kalau orang kaya menyombong, ada la jugak lojiknya. Dia sombong sebab kekayaannya.
Yang orang susah ni nak menyombong sebab apa? Sebab kesusahannya?

En Wan always pesan "Kalau sembang ngan orang kampung, takyah cerita-cerita sangat pasal kita. Kalau dorang cerita, biar".
Bukan sebab kedekut.
Tapi tak suka orang ingat kita ni berduit sangat.
Sebab manusia ni ada macam-macam jenis.
Ada yang bila nampak kita berduit dia meluat.
Ada yang bila nampak kita mewah, dia expect kita je yang hulur lebih untuk apa-apa keperluan.

Kalau tengok En Wan bersembang dengan orang kadang-kadang macam orang tongong je aku tengok laki aku ni. Nak lagi kalau set-set baru balik melancong kat Jepun bercerita beria-ia. Laki aku senyum je angguk-angguk kepala, seolah-olah dia tak pernah jejak Jepun. Aku tengok muka laki aku alahai, sardin nau. Penah masa kitorang baru kawen, nak pi tempah baju kat tailor di Kajang. Glemer la tailor ni, taraf artis-artis tempah baju. Aku nak buat baju kurung dari kain yang En Wan bagi untuk hantaran. Owner tu sembang ngan aku sambil ukurkan badan. Pastu dia tanya En Wan :

"Keje mana?"

En Wan jawab "Shah Alam".

Dia tanya lagi "Keje apa tu?".

En Wan jawab "Keje kilang".

Terus dan-dan dia kondem kain aku tu "Kain ni kasar ni, kalau jadi baju pun tak cantik sangat".
Dalam hati aku "Oiiii, tu Korean silk laki aku beli kat Korea sendiri tuuuu".
Tapi takpelah....keje kilang kan 😂😂. Diam je lah.


p/s : "kita" dalam entry di atas bukan bermaksud aku.




HARI NI LAST DAY PROMO NI.
Aku tutup offer ni 11.59 malam ni.
Siapa yang nak, masih sempat lagi.
Refresh page ni and isi form. Nanti aku reply.

posted by aveo757 @ 12:36 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER