walk on wings, tread in air: Kegigihan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Kegigihan
2017-05-13


Kadang-kadang sejenis hantu Cina akan masuk ke dalam badan secara tiba-tiba.
2 hari lepas tak pasal-pasal aku teringatkan cerita The Breaking Point.
Ni antara cerita cina pukul 6 petang yang popular gila. 3/4 rakyat Malaysia tengok kot cerita ni.
Dulu rancangan TV apa ajelah yang ada pun. Cerita cina dah jadi rancangan wajib tengok.
Bila aku gugel-gugel The Breaking Point, maka berjangkit-jangkit ke cari lagu-lagu Leon Lai zaman skolah menengah dulu.

Ini salah satu lagu yang mengundang memori.
Zaman dulu, tahun 1994-1995, mana ada internet lagi (tak sure samada memang belum ada, atau rumah aku yang belum ada komputer lagi masa ni). Nak dapat cerita pasal artis-artis Hong Kong ni semua kena beli magazine baru tau cerita. Takde de layan internet ni semua masa tu. 
Kalau sekarang, artikel in tulisan cina pun masih boleh faham lagi - guna google translate. 
Tapi masa dulu, semuanya menggunakan keazaman dan kesungguhan yang padu!

Ko just imagine gigih tak gigihnya aku dulu nak cari lagu-lagu Cina and artikel artis Hong Kong camne.

Mula-mula kena layan Jade Solid Gold dulu.
Agak-agak lagu tu macam layan sikit, aku akan hafal melodi dia on the spot!
Itu kebolehan luar biasa aku. Melodi tu aku boleh hafal on the spot and ingat sampai minggu depan. Sebab minggu depannya baru boleh beli kaset (aku tusyen kat pekan Kajang seminggu 2 kali). Humming je sebab lirik tak tau. Gila kuat memori aku boleh ingat melodi tu sampai seminggu. Tapi buku skolah aku hadap setengah tahun belum tentu boleh ingat 😂.

Minggu depannya, pegi tusyen awal sikit sebab nak singgah kedai kaset dalam Billion Kajang. Tak pun kedai kaset kat Great Wall. 
Mula-mula aku akan scan dulu kaset-kaset Leon Lai ni. Aku cuba baca tajuk lagu kat belakang kaset tu sambil cuba ingatkan balik bentuk tulisan yang appear kat JSG. Agak-agak yakin itu lagu yang aku cari, aku akan mintak akak kedai tu pasangkan kaset. Selalunya betul. Tapi ada gak la 3-4 kali salah. 
Kalau salah, aku akan humming lagu tu depan kaunter.
Tapi aku pastikan yang jaga kaunter Cina la, kalau melayu sampai kiamat dia tak kenal.

Itu kaset.
Kalau artikel dalam magazine pun gigih jugak.

Kalau singgah kedai runcit (dulu semua kedai ada jual majalah), aku akan selak majalah cina dulu.
Tokey kedai tu menjeling-jeling je tengok aku.
Mesti dia konfius. Kulit itam tapi baca majalah cina 😂.
Maybe sebab dia konfius tu yang dia tak pernah larang aku membaca tanpa bayaran. Dia syak aku tak betul kot. Biarlah budak ni dia kata.

Aku akan selak selai-selai.
Nampak je gamba artis yang aku kenal, walaupun seconet je artikel dia, aku akan beli.
Jaranglah aku tak beli. Sebab masa tu kan gila artis Hong Kong, hampir semua artis sana aku kenal kot. Jadi, majalah konfem beli. Paham tak paham belakang kira, janji beli dulu. Tak paham pun takpe, asal boleh tengok gamba.

Esoknya gi skolah aku akan tunjuk artikel tu kat kawan sekelas aku. Dia sorang je cina jadi dialah orang harapan aku. Dia akan bacakan artikel tu. Tak tau la betul ke tak. Si Leong ni kadang bukan leh percaya sangat. Boleh tahan kuat membahan gak dia ni. Tapi aku rasa apa dia baca tu betul sebab macam best je jalan cerita dia. Hahaha.

So tadi masa layan lagu Leon Lai ni aku terkenang zaman kegigihan aku dulu.
Betapa zaman takde internet telah menjadikan aku seorang yang sangat luar biasa gigih!
Zaman dulu berita-berita pasal artis luar ni mana boleh dapat di hujung jari. Hujung jari dulu buat korek idung je. Ko nak tau cerita pasal dorang, kena keluar duit, beli kaset, beli magazine, beli video.
Duit belanja skolah memang kumpul semata-mata nak beli kaset ngan majalah.
Tak macam sekarang, semuanya free.
Layan movie free, donwload lagu free, tekan-tekan je keyboard dah boleh dapat macam-macam cerita.

Dulukan aku nak dapatkan lagu Hacken Lee yang aku nak, sampai terpaksa beli 3 kaset.
Beli hari ni, tak jumpa lagu yang aku nak.
Minggu depan beli lain pulak, masih takde lagu yang aku nak.
Kali ketiga beli baru dapat lagu yang aku cari.
Gigih aku keluar masuk kedai kaset cari lagu cina.

Dulu kan, Great Wall dengan Billion tu boleh tahan jauh.
Tahan aku menapak ulang-alik dari Great Wall ke Billion nak cari kaset.
Kadang tu dari Great Wall check harga kaset, pastu pi Billion pulak nak compare harga. Rupanya harga Great Wall murah RM2. Patah balik ke Great Wall beli.
Sekarang nak pegi buang sampah kat depan pun bertolak-tolak ngan En Wan, punyalah pemalasnya.

Radio kat rumah aku dulu sebijik je. Itupun radio bodoh je yang ada satu je kaset player.
Dah beli kaset walaupun excited, kena blaja bersabar. Sebab bukan boleh dengar sekarang. Kena tunggu besoknya, lepas balik skolah. Sebab waktu tu je mak bapak aku takde kat rumah dorang blom balik keje lagi. Agak-agak pukul 4pm karang kena benti main, kasik sejuk radio. Nanti mak aku tau aku buat konsert kat rumah, berbirat pantat aku karang. 

Betapa satu perjuangan nak dengar lagu cina.
Menahan lapar nak kumpul duit belanja skolah, berhabis duit, berhabis tenaga, kadang-kadang kulit pantat aku pun habis jugak kena libas ngan Mak Aji sebab banyak sangat dengar lagu cina. Dah excited dapat kaset kena bersabar pulak tunggu masa sesuai nak pasang. Ya ampunnn, baru aku tau sesungguhnya aku ni orang yang sod ba ro rupanya. 
Now, nak dengar lagu cina? Nak tengok video Leslie? Tet tet tet tet kat YouTube, settle!

The good old days.







  Ni form lanjutan dari entry semalam.
Kalau yang belum tau apa ceritanya, pi baca entry semalam KAT SINI.
Isi form di bawah kalau nak order. Yang beli pre-order saja dapat diskaun ni.

Name:
Email Address:
Quantity:
Address:
Phone No:

posted by aveo757 @ 10:40 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER