2017-04-06

Warna pilihan


Amaran : Entry ni ada gambar muka yang hampir penuh frame dan juga video orang yang sama.
Rasa-rasa tak sanggup tengok jangan tengok. Bukan apa, takut takleh move-on. Kahkahkah.

Hari ni aku nak tunjuk eye shadow yang aku blend guna Huda Beauty Eye Palette, again.
Hari tu kaler lain, hari ni blend kaler lain.
Ini sentuhan amateur saja. Mekap senget itu dah pasti 😂.

Semalam, aku punya Huda Beauty Lip Matte lagi 2 batang dah sampai.
Yang ni aku order kat @designers.re.edit. Dia ni orang Singapore. Confirm original.
Tapi yang tu nanti dulu, ni aku nak tunjuk mata.



Ni gambar di-snap kat luar ofis. Cahay natural waktu pagi.
Nampak la jugak dia punya kilat-kilat kat kelopak tu.
Aku letak warna Flamingo kat hujung (pink). Pastu ebelah hujung lagi satu aku pakai kaler Dubai.
Then tengah aku tepek kaler 24K biar ada shimmer sikit.
Suka lah au dengan Huda Beauty Eye Palette ni sebab warna dia not so bright. Kena je ngan kulit aku yang tak berapa nak bright ni. Pueh hati beli.
Pastu lipstik aku pakai tajuk Spice Girl. Memang ngam sangat. Aku suka lipstik yang brown-brown macam ni. Overall En Wan kata lulus 👍.



Ni gambar dalam opis, membelakangkan cahaya.
Ok la kot, takde la nampak merelip sangat. Sesuai untuk bawak pi opis. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok hat ni ambik napas dalam-dalam sikit sebab ai dah lama tak buat keje ni.
Korang pun dah lama tak hadap muka aku berderet-deret dalam satu entry, takut demam nanti.
Ok, review warna lipstik.



Ya, semua kaler gelap-gelap je. Tapi sebenarnya takde la gelap sangat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tajuk : Huda Beauty Trendsetter
Very nude color, sesuai untuk pakai ke pasar malam.
Sebab kaler dia antara nampak ngan tak nampak.
Kalau korang nak pi Giant ke, pasar malam ke, tapi taknak nampak selekeh nau, boleh la sapu sikit Trendsetter. Takde la nampak kepam sangat muka kau pi Giant.
Sometimes kita nampak apesal orang tu nampak sweet sangat walau tak pakai mekap?
Eh hello, orang tu pakai okeh. Cuma dia pakai warna nude-nude, kau mana tau kau tengok dari jauh je.

Teringat aku kat satu MUA cerita, ramai yang mintak upah mekap tapi nak mekap light-light biar nampak natural je. Dengan harapan kalau mekap light-light harga tak berapa mahal lah.
Nan ado!!! Sebenarnya mekap natural la jauh lebih susah sebab MUA tu berhempas pulas nak jadikan muka kepam kita se-sweet yang boleh tanpa nampak macam pakai mekap.
So, jangan ingat mekap natural tu murah ya. Mahal okeh!



Tajuk : Huda Beauty Spice Girl
Ni pun aku suka. Sebab not so bright. Gelap sikit dari Trendsetter. Spice Girl ni boleh dikatakan warna-warna terkini. Ramai dok pakai warna macam ni sekarang. Kalau orang yang free hair pakai Spice Girl ni memang dari jauh nampak macam Victoria Beckham 😱.



Tajuk : Huda Beauty Vixen
Phewwwww!! Tanjat akak tengok bibir akak 😆.

Masa aku pakai warna ni tadi dah nampak macam Whoopi Goldberg pakai tudung. Kahkahkah.
Whoopi kan suka pakai kaler gelap-gelap macam ni.
Kaler ni macam kaler Shu Uemura Code Wine.
Dia sebenarnya merah tapi merah yang menyengat mata.
Nak tengok macamana rupa Vixen ni dipakai oleh orang kulit tak berapa nak cerah macam aku, sila tengok video bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ok je kot warna ni, tapi ni warna berani.
Tak leh pakai selalu-selalu nanti orang tak berani dekat 😆.
Yang buat one-to-one sales tolong jangan warna macam ni, ok?
Nanti customer hilang fokus kat presentation kau asik tengok bibir kau je.

Ni dah alang-alang aku dok bertukar-tukar warna lipstik tadi, aku buat demo terus Makeup Remover GreenAard. Nak tunjuk berapa punya level senang nak tanggalkan lip matte yang super power payah nak tanggal ni. Tak jalan punya dengan pencuci muka. Wet wipes mau kena pakai sampai 3 helai depan belakang. Selalunya aku guna GreenAard Makeup Remover ni macam guna pencuci muka - basahkan muka dan cuci. Itu memang cara paling efektif sebab makeup remover ni ada formula 2 in 1 (makeup remover dan pencuci muka sekaligus). Tapi sebab aku kat ofis, so tunjuk guna pakai kapas je lah. Pun boleh je, takde masalah.

Actually tisu yang pertama tu je dah tanggal semua kesan lipstik. Tisu kedua tu cuma ada kesan bedak and sisa lipstik yang terkena kat kulit muka tadi. Video ni 1 minit je tapi kesan lipstik tu tanggal beberapa saat je. Kalau korang guna Makeup Remover just like guna pencuci muka, lagi senang tanggal - 1 minit bersih terus kesan lipstik, eyeliner, waterprroof mascara, foundation,






March Best Buy ada tinggal 2 hari je lagi.
Klik gambar untuk tau apa offer kita.







W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools