2017-04-07

Suami lalai solat





Untuk pengetahuan, Encik Sang Nila Utama super duper busy now.
Jadi dia tak sempat dah nak buat new artikel untuk blog ni. Nak reply whatsapp aku pun, aku hantar pagi dia reply petang. By the time dia jawab, aku pun dah tau apa jawapan kepada soalan tu. Tapi aku forward juga email ni kat dia kot-kot dia sempat nanti dia respon.

Seorang ustaz pernah kata "Apa saja perkara buruk yang menimpa orang lain yang memberi kesan kepada kita, kita perlu bertaubat".

Maknanya, apa saja benda yang berlaku pada orang lain tapi perkara tu membuatkan kita terganggu, maknanya kita yang kena banyak buat solat taubat.
Sebab, apabila kita merasa disturbed oleh sesuatu, itu sebenarnya satu ujian Allah untuk kita.
Datangnya tak secara direct pada kita tapi tempiasnya ada.

Aku rasa aku pernah tulis kot kat blog sebelum ni, tentang sorang lelaki yang tanya soalan kat ustaz dalam satu ceramah. Dia tanya "Macamana nak tegur bapak mertua yang tak solat?"

Ustaz tu jawab "Awak perlu bertaubat".

DANG!!!!!
Boleh bayangkan tak cuak muka laki tu? Mesti dia kata dah kenapa aku lak yang kena ni?
Semua yang dengar ceramah tu pun terperanjat.

Ustaz kata, apa benda yang berlaku di sekeliling kita yang menggangu kita, itu adalah ujian Allah untuk kita juga. Kalau tak, kenapa kita nak terasa terganggu?

Kita tak mampu nak ubah orang lain.
Kita hanya boleh ubah diri sendiri.
Bila kita ubah diri, persekitaran akan turut berubah sama.
Orang akan berubah bila kita berubah.

Contohnya blog ni.
Aku percaya blog aku ada ramai new readers. Sebab aku banyak terima email, everyday - sebahagian besar semuanya mengaku new reader. Ada yang discuss pasal agama, ada yang bagi luahan perasaan macam ni, tapi kebanyakkannya discussion.
Kat situ aku dah nampak, bila kita berubah, persekitaran akan berubah.
Bukan bermakna aku dah jadi baik. Itu bukan pointnya.
Aku percaya ramai pembaca yang dari dulu masih lagi follow blog ni, cuma aku tak kenal sebab dorang pun tak tonjolkan diri.
Dan aku jugak percaya ada yang dah tak follow blog ni lagi sebab aku dah tak fun macam dulu.
It's ok. Yang tak follow bukan makna dorang tak baik, tapi dorang cari sesuatu yang sesuai dengan citarasa masing-masing.
Itu menunjukkan kita akan dapat persekitaran sesuai dengan perubahan kita.
Sebab tu lah kalau kita nak persekitaran kita berubah dan nak orang di sekeliling berubah seperti perubahan diri kita, kita yang kena berubah dulu.
Bila kita berubah, orang lain akan berubah sama - samada dorang cenderung pada perubahan kita atau dorang bergerak menjauhi kita ke persekitaran yang lain.

Dalam kes reader ni tadi, susah untuk dia expect suami menjauhi dia.
Kita pun taknak la jadi macam tu kan.
Cara paling baik, kita (the reader) yang kena berubah.
Kalau boleh jangan buruk sangka yang ujian tu datang kerana suami tak solat.
Dan jangan ingat asal yang datang tu susah, namanya ujian.
Kalau datang senang, namanya rahmat.
Ujian ni datang dalam bentuk sulit dan senang, baik dan buruk. Allah bagi ujian kat kita untuk uji siapa hambaNya yang BERSYUKUR atas ujian nikmat dan BERSABAR atas kesusahan yang menimpanya.
Susah pun ujian, senang pun ujian.
Belum tentu lagi ujian tu datang sebab suami tak solat.
Boleh jadi ujian tu datang sebab Allah nak test kita punya sabar sebab DIA tau kita kurang sabar.
Dan boleh jadi Allah hantar ujian sebab DIA nak tengok adakah ujian tu cukup kuat sampai membuatkan kita bersungguh nak bangun tahajud merayu pertolongan DIA?
Kalau tak cukup buatkan kita bangkit solat malam, tak cukup buatkan kita bangun buat taubat, itu maknanya ujian tu tak cukup kuat.

Boleh jadi Tuhan rindu kita merayu-rayu kat dia disepertiga malam.

Pernah tak terjadi dalam hidup korang, ada orang mintak sedekah.
Korang nak bagi RM1 je, tapi terhulur RM50?
Nak tarik balik, malu, so kau bagi je?

Aku pernah.
Itu memang cerita aku sebenarnya pun. Zaman-zaman rambut karat skirt terbelah dulu.

Sorang ustaz pernah bercerita, dia kata "Antara orang yang diberi rahmat Allah adalah apabila seseorang itu berat nak melakukan sesuatu kebaikan tapi Allah paksa dia buat jugak contohnya bersedekah. Nak bagi singgit tapi terbagi RM50. Nak ambik balik malu, jadi dia bagi juga".

Ohoiiii meremang bulu roma aku time tu.
Aku terpikir ustaz ni ke yang jadi peminta sedekah tu? Macam perli aku je ni.

No, ni bukan cerita pasal nak bagitau aku dapat rahmat Allah, tapi aku nak bagitau yang rahmat Allah ni datang dalam macam-macam cara. Boleh jadi Allah timpakan ujian kat kita sebab DIA nak PAKSA kita buat kebaikkan.
Dia nak paksa kita bangun malam.
Dia nak paksa kita solat taubat.
Dia nak paksa kita belajar sabar.

Benda-benda ni semua bukan benda yang seronok tau nak dibuat saje-saje.
Kat mana seronoknya orang lain mengeroh tapi kau bangun pukul 4 pagi bersolat?
Kat mana seronoknya orang lain buat perangai tapi kau yang kena sabar?
Memang tak seronok.
Tapi mungkin itulah rahmat Allah.

Aku bagi tips macamana nak keluar dari kesulitan ni. Kalau nak cuba, cubalah.

Apa benda yang always kita fikirkan, perkara itulah yang akan kita dapat berkali-kali.
Bila kita always fikir tentang suami kita kenapa tak solat, bila lah nak bersolat, bila la nak jadi imam aku, apesal tak macam orang lain - all the negative thoughts tu akan buat kita terpaksa berdepan dengan isu yang sama berkali-kali. Makin kita fikir, makin depan mata kita nampak suami kita tak solat. Makin kita sakit hati, makin kita nampak suami kita leka abaikan solat.

Dia punya contoh lain macam ni.
Pernah tak korang tak suka gila ngan someone, tapi orang tu lah jugak yang balik-balik kau nampak.
Samada kau nampak gambar dia, atau kawan kau tiba-tiba bercerita pasal dia, atau kau terserempak dengan keluarga dia (yang membuatkan kau akan teringat dia) atau kau ternampak kereta dia lalu depan mata kau.
Benda tu terjadi sebab kita balik-balik fikir pasal dia.
Kan Allah dah kata apa yang kita cakap, buat dan FIKIR dalah doa?
Cuba bayangkan kalau sepanjang masa kita sentiasa berfikiran negatif terhadap seseorang, dalam erti kata lain, kita dah membuatkan segala perkara baik yang sedang menuju ke arah kita terhenti seketika sebab kita bagi laluan benda negatif masuk bertimpa-timpa kat kita.

Dalam kebanyakkan kes, kalau kita tak puas hati, kita tegur sekali je cukuplah.
Lepas tu kita ubah diri kita, banyakkan buat taubat, nanti Tuhan akan ubahkan.
Kalau DIA tak ubahkan orang tu, DIA akan ubahkan kita ke persekitaran yang lebih baik. Insyallah.






Ni Diskaun Terkejut namanya.
Entry aku semalam pasal video Makeup Remover tu dapat respond ramai orang rupanya.
Ramai berminat nak beli lepas tengok aku buat 'magic' dengan Makeup Remover tu.
So hari ni aku up kat FB Discount Code untuk Makeup Remover.
Cuma 2 HARI je offer ni.
Dari RM39 ke RM33 saja. Diskaun RM6.
Cut off Ahad 9 April, 11.59 malam.
Klik gambar untuk tengok apa syaratnya. Klik Klik Klik!







W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools