2017-04-05

Be grateful



Sedih baca email reader ni.
Kuat dia - memilih untuk stay kerana anak-anak.
Bukan sikit orang setabah dia ni, ramai. Cuma kita je yang tak tau.
Aku banyak terima email-email macam ni, kadang-kadang tu aku takut pulak nak blog pasal ni.
Bukan apa, takut yang bujang-bujang jadi takut nak kawen.
Aku mungkin antara yang 'terselamat' diberikan petunjuk untuk buat pilihan.
Maybe sekarang exbf aku tu dah berubah, entah, aku tak tau. Tapi dulu, memang dia bukan pilihan.
Aku ni risk taker. Mungkin disebabkan perangai aku tu buatkan aku berani pilih En Wan.
Entah lah, benda-benda macam ni kadang tu hanya penyebab, yang benarnya memang itulah jodoh kita.
To this lady, aku harap dia jumpa hikmah disebalik semua ni.
Mungkin kisah dia ni dapat buka mata pembaca-pembaca lain, who knows, kan?
Tuhan nak bagi petunjuk macam-macam cara, kadang-kadang tu melalui pengalaman orang lain.
Aku mintak readers doakan dia kuat dan terus tabah, mudah-mudahan suami dia berubah. Amin.

Orang kata hidup ni kena banyak bersyukur.
Tapi kalau hidup dah merana hati dan perasaan, celah mana nak datang syukur ye tak?

Come to think of it, takde yang kekal dalam dunia ni.
Selalunya kita lebih 'negatif' bila sebut pasal kekal.
"Duit takkan kekal selamanya"
"Harta benda takkan kekal, bukan boleh bawak mati"
"Kecantikan tu tak kekal, lama-lama tua juga"

Cuba kita tukar sikit, jangan nampak negatif sangat.
Why not kita be positif sikit, using the same concept tentang kekal, tapi lebih positif.
"Kesedihan takkan kekal"
"Tak selamanya kita akan susah. Satu hari nanti kita akan jadi senang juga"
"Sakit pun takkan kekal, ada ubatnya. Paling tak pun mati terus, hilang rasa sakit"
"Sampai bila nak menangis, lama-lama berenti juga"

Bila aku fikir-fikir balik, ye tak ye.
Kita semua pernah lalui dengan saat-saat feeling lonely, sedih, frust, lost, demotivated - pernah.
Tapi benda tu semua tak kekal pun.
Takde yang kekal dalam dunia ni, be it kesenangan mahupun kesusahan, termasuklah masalah.
So, mana boleh kita tak jumpa anything untuk disyukuri. Mesti ada!

Sebenarnya, jalan keluar dari segala kesulitan adalah dengan bersyukur.
Tapi yang tu lah yang orang payah sekali nak buat. Kadang tu bukan payah, tapi lupa.
Selalunya orang bersyukur bila dalam keadaan senang. Kejap-kejap "I won free tix to Paris! -feeling blessed ðŸ‘¼". Gitewwww.
Memang lah senang nak feeling-feeling blessed kalau tengah senang hati, betul tak?
Cuba kalau tengah susah, berapa kerat yang nak feeling blessed?
Kunci kepada jalan keluar dari kesulitan adalah bersyukur - ini rahsianya.

Dalam Quran dah cakap "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat kepadamu, tapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), azabKu sangat berat." (Ibrahim 14: 7)

Ni bukan dalam Quran je tau.
Even dalam Bible pun ada cakap "Whoever has will be given more, and he will have an abundance. Whoever does not have, even what he has will be taken from him" (Bible).

Tahun 2009, masih dalam tahun pertama XZIZ Biotech.
Waktu ni partner aku dah left for UK.
Tinggal aku sorang terkontang-kanting nak handle bisnes.
Sebelum tu aku tak pernah ambik tau hal bank akaun syarikat.
Bila aku ambik alih bank akaun baru aku tau duit dalam company tak banyak.
Sebab agensi kerajaan kan always lambat sikit bab bayar hutang. Ada yang pending sampai 90 hari. Masak lah oii kalau kau beli instrument harga RM60K pastu nak tunggu sampai 90 hari baru dapat bayaran. Bisnes lain nak kena teruskan jugak.
Pernah satu ketika tu dalam bank ada 5K je.
Aku dah cuak. Ni kalau aku bagitau En Wan bulan ni gaji aku sangkut mahu dia menjerit ni.

Tapi aku wat lek wat pis je.
Aku buat keje macam biasa as if bisnes aku berkembang dengan pesatnya! 😂
Bangun pagi, bukak laptop, buat quotation, pi jumpa customer, bla bla bla bla. Rutin yang biasa.
Yang aku tau setiap kali hujung bulan, gaji aku tetap ada, bil tetap berbayar, barang customer tak pernah pending.
Sejujurnya, aku sendiri tak tau macamana aku buat.
Tapi memang akan ada jalan keluar.
En Wan tak pernah dengar aku mengeluh company takde duit walaupun waktu tu aku je la yang tau betapa hazabnya aku nak keep the bisnes alive.

Later (2 yahun lepas) baru aku tau yang rahsia untuk jadi senang adalah dengan bersyukur.
Tahun 2009 tu aku belum paham sangat konsep syukur ni.
Yang aku ingat aku memang jarang sangat mengeluh.
Mungkin kerana aku tak mengeluh maka aku dipermudahkan untuk terus bangunkan XZIZ. Agaknya lah...

Sejak 2 tahun lepas, benda wajib aku buat setiap kali bangun tido is bersyukur.
Kalau korang tak biasa buat, try lah.
Bangun pukul 4.30am tu, lepas solat sunat, lepak jap, cakap "Terima kasih Allah sebab......".
Kadang-kadang aku sebut benda yang merepek-repek, macam :

"Terima kasih Allah sebab pagi ni bangun tido dapat terus minum air, suami aku dah bawak naik air siap-siap rupanya malam tadi, aku tak payah turun dapur ambil air"

"Terima kasih Allah sebab semalam tido lena sangat"

"Terima kasih Allah sebab pagi ni bunyi je alarm terus bangun takde tangguh-tangguh 5 minit...5 minit..."

"Terima kasih Allah sebab bagi aku heater, pagi ni mandi tak sejuk"

"Terima kasih Allah dapat baca Yasin pagi ni"


Kau cakap je la apa pun. Be detail.
Say thank you. Bersyukur. Allah tambah lagi. Percayalah cakap aku.
Bila kau sebut secara detail macam tu, baru kau realize nanti rupanya banyakkkkk sangat benda yang boleh kau syukuri. Lama-lama nanti kau jadi lupa apa benda yang susah dalam hidup kau. Serius, kau akan lupa dan tak jumpa lansung sebijik benda yang susah dalam hidup.

Dan aku biasakan hari-hari tulis apa yang aku syukurkan.
Beli satu buku, khaskan untuk tulis apa benda yang kau nak syukurkan.



Matilanakkkk dapat makan nasik goreng pagi ni pun aku tulis ðŸ˜‚😂.

Siap bersyukur ni sebab baru dapat tau rupanya boleh transfer duit dari Tabung Haji ke akaun Maybank. Kah Kah Kah. Habis la duit TH aku pasni aku transfer masuk akaun bank sendiri.

Oh yes, kenapa #Day1?
Sebab hari ni aku ada misi untuk diri sendiri - rahsia.
So #Day1 tu untuk aku buat remark.

Oh by the way, semua ni aku tulis setiap pagi sebelum aku bersiap ke ofis.
Mesti korang pelik kenapa aku boleh tulis "bersiap cantik ke opis" sedangkan aku belum bersiap lagi?
Haaaa...itu lagi satu rahsia aku nak bagitau korang.

You design your life.

Biasakan tulis siap-siap apa nak buat hari tu.
Bila korang biasakan tulis apa nak buat hari tu, 95% memang akan jadi punya.
Aku tulis ni lepas Subuh tau, pukul 7 pagi pun belum tapi aku dah imagine aku makan nasik goreng with telur kat kedai bawah opis.
Aku dah imagine apa yang akan berlaku hari tu - pegi opis - letak beg kejap - pastu turun masuk restoran - nampak nasik goreng - ambik - makan.
Sebab tu aku tulis "Saya bersyukur dapat makan nasik goreng....", kita bersyukur dulu sebelum dapat. Imagine as if benda tu dah berlaku. Insyallah, ia akan berlaku sama macam yang kau plan.

No. 5 tu nampak tak tajuk Passion? Ni semalam punya list of syukur.
Aku tulis "Dapat update blog lagi today".
Padahal masa aku tulis tu waktu pagi, opis pun tak sampai lagi, tapi aku dah say thank you siap-siap sebab dapat update blog.
Hasilnya, blog aku semalam berupdate jugak ðŸ˜€.

Try lah buat hari-hari - jangan skip!
Insyallah nanti korang akan payah nak jumpa susah atau nak rasa susah.
Life will be much easier. Amin amin.






March Best Buy ada tinggal 3 hari je lagi.
Klik gambar untuk tau apa offer kita.
Oh by the way ada yang tanya aku kenapa tak share testimoni GreenAard kat blog.
Testimoninya banyak donggggg. Kalau nak share semua kat sini muntah korang nanti.
Sebab tu kat bawah ni ðŸ‘‡ ni ada tab untuk korang klik. 
Pilih nak baca testimoni ke, nak beli Ephyra ke, nak tau pasal produk ke, semua situ.
Maybe sebulan sekali aku tepek testimoni kat blog.
Lain-lain hari klik tab bawah ni, ok? ðŸ‘‡






W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools