2017-04-19

"Kesian kat orang yang tak mampu"


Semalam masa tengah basuh pinggan kat dapur, aku tengok progress rumah belakang punya renovation. Hari tu aku tak perasan lansung dia tengah renovate, kali ni dah jelas sebab bumbung dah naik so belakang tu jadi gelap sikit. Sambil-sambil basuh pinggan tu aku dok terfikir pasal dulu kan pernah viral tentang kalau makan jangan update kat FB nanti kesian orang lain yang tak dapat makan, jangan update kalau pegi melancong nanti kesian kat orang yang tak mampu melancong, etc.

Aku terpikir kalaulah semua benda kita nak buat kena pikir apa orang lain rasa, camanalah hidup kita agaknya. Nak renovate rumah pun tak boleh, nanti orang sebelah menyebelah kata apa pulak tengok kita besarkan dapur. Nak buat kenduri pasang 3 biji khemah nanti apa pulak kata orang sebelah dia tak mampu buat kenduri besar. Nak beli kereta baru apa pulak kata orang sebelah nampak kita mampu tukar kereta. Ya ampunnn payahnya hidup.

FB sama lah macam 'rumah'.
Kita cuma 'jiran'.
Takkan kita nak marah tuan rumah share gambar dia pi makan kat hotel? Dia bukan share gambar tu kat 'rumah' kita pun.

Salah sorang yang ada sifat timbangrasa yang tinggi yang payah aku nak brain adelah Pak Aji.
Pak Aji kan kalau aku nak buat BBQ kat Bangi, nanti dia kata "Beli la lebih sikit, nanti jiran sebelah nampak kita buat BBQ apa pulak dia kata, boleh ajak dia sekali".
Aku macam...dah kenapa kalau dia nampak kita buat BBQ nak kena ajak jiran sekali sedangkan kita nak buat untuk family gathering?
Dah satu hal pulak lepas ni asal nak buat makan-makan kena book hotel biar jiran tak tau.
Dah kalau macam tu setiap kali aku nak buat makan-makan untuk family, aku kena put budget lebih sikit untuk pelawa jiran sebelah-menyebelah, depan rumah dan mungkin untuk yang lalu-lalang depan rumah.

Sifat timbangrasa tu memang mulia.
Tapi disebabkan terlalu memikir orang tu kata apa, orang ni kata apa, penyudahnya setiap kali buat makan-makan, rumah tu jadi penuh dengan manusia.
Sebab tak nak pasang khemah.
Nanti kalau pasang khemah apa pulak kata jiran, kita buat makan-makan tak panggil dia sekali.
Padahal bajet kita bukannya besar sangat, hanya untuk famili kita yang 50 orang tu je.
Jadi bila mengenangkan 'apa orang kata' maka, terpaksa la semua 50 orang ni sumbatkan dalam satu rumah.

Maybe konsep ni la yang berjangkit kat FB.
Penyakit 'apa orang kata'.

Masa aku buat akikah Rayyan, aku pasang 4 khemah terus.
Tapi tak kuasa aku nak jemput satu row tu punya penduduk.
Aku jemput 5-6 rumah sebelah, rumah belakang and 5-6 rumah depan.
Yang lain aku jemput frens and family. Itu je pun dah 300 orang.
Just imagine kalau asal kita buat kenduri pasang khemah je kita nak kena jemput satu row penduduk kat situ, tak ke dah jadi satu beban pulak kat kita nak keluar bajet lebih hanya semata-mata 'apa orang kata nanti?'
Dah satu cerita pulak semata-mata taknak 'apa orang lain kata', maka tuan rumah terpaksa buat kenduri tanpa khemah, konon-konon macam kenduri kecik-kecik je tapi sumbat segala sanak-sedara dalam satu rumah makan bertimpa-timpa? Series, aku tak leh hadam konsep ni.
Eh tapi wujud lagi ke zaman sekarang orang yang kisah dia tak dijemput datang kenduri?

Aku rasa jiran yang sebenar pun tak kecoh.
Even yang fren dalam FB pun tak kuasa nak terasa apa-apa kalau kawan dia upload gamba makanan. Selalunya yang kecoh lebih ni yang entah sape-sape. Apa benda yang dia menyirap sangat entah.

Isu ni adalah disebabkan salah tafsir hadis kot.

Memang dalam hadis ada cakap kalau jiran tu terbau masakan kita, kita wajib hantar lauk. Kalau kita taknak bagi jiran makan buah yang kita beli, kita kena sorok buah tu dan jangan makan depan dia".

Tapi bak kata Umar, sesuaikan ajaran dengan zaman.

Aku pernah dengar Ustaz Kazem cakap tentang hadis solat berjamaah bila dengar azan.
Hadis tu kata, ada seorang buta datang menemui Rasulullah saw - "Wahai Rasulullah, saya tak memiliki seseorang yang boleh menghantar saya ke masjid, apakah ada keringanan bagi saya untuk solat di rumah?" Rasulullah tanya "Adakah engkau mendengar azan?" Dia menjawab "Ya". Maka Rasulullah saw kata "Maka penuhilah".

Maknanya kat sini, yang buta pun takde keringanan untuk solat kat rumah kalau dia dengar azan dari masjid.

Ustaz Kazem kata hadis itu betul, tapi zaman dulu masjid tak pakai speaker.
Jadi, kalau bilal azan (tanpa speaker), dan kau boleh dengar, itu maknanya rumah kau sangat dekat dengan masjid maka kau dah jatuh hukum wajib solat kat masjid.

So, aku rasa (maybe sape-sape boleh betulkan kalau salah), hukum wajib hantar makanan kat jiran tu pun hanya terpakai bila ada syarat-syarat tertentu.
Rumah kita sekarang semua rapat-rapat, bukan macam rumah zaman dulu jauh-jauh.
Apetah lagi yang duduk rumah flat.
Kalau dah hari-hari masak, konfem rumah sebelah bau.
Ce imagine kalau hari-hari jiran kau bau apa kau masak? Jawabnya hari-hari la kau buat kenduri sebab nak kena hantar lauk je kejenya.

Sama lah juga dengan isu tunjuk gambar makanan, gambar bercuti, gamba besday anak, etc.
Tak adil untuk larang orang share apa yang dia ada hanya semata-mata sebab 'nanti apa rasa orang yang tak mampu'.
Bukan semua orang sedih bila tengok orang lain lebih mampu dari dia.
Ada yang sangat berterima kasih kalau ada yang share gambar makanan, apa dia beli, kat mana shopping, berapa harga - ada orang yang perlukan information ni semua.
Sekarang people get connected thru online. Lebih mudah dapat info kat online berbanding kita nak meredah setiap satu kedai untuk cari barang. Kat sinilah the beauty of sharing.
Aku ok je kalau nampak orang share gamba bershopping. At least aku tau kat mana ada buat sale. Kalau semua benda nak bantai 'kesian apa orang yang tak mampu kata nanti' maknanya takleh up gamba kawen kesian kat orang yang belum kawen, takleh up gamba pi umrah kesian kat yang tak mampu pi umrah, takleh up gamba diri sendiri nanti kesian kat orang OKU takde tangan kaki kecik ati tengok kita ada tangan ngan kaki, takleh up gamba anak nanti kesian kat orang yang takde anak lagi --- hoih kau dah kenapa?? Semua benda nak kesian kesian kesian tak sudah-sudah. Semaklah pulak kepala otak aku ada isu-isu remeh macam ni.






3 HARI LAGI.
DISKAUN RM10 MASIH LAGI ON SAMPAI 21 APR.
DOUBLE POINTS. KLIK GAMBAR.