walk on wings, tread in air: Eye Palette <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Eye Palette
2017-04-03

Hari ni aku nak tayang kelopak mata.
Last week, eye palette Huda Beauty aku dah sampai, together the lipstick (matte) dia sekali.
Susah gila kot nak dapat online seller yang jual original Huda Beauty.
Konfius kejap aku bila tengok harga lipstik Huda RM25. Huda ni produk Malaysia ke hape, takkan murah nau dah siap convert duit Malaysia setakar RM25 je sebatang.
Nyaris aku dah nak terbeli. Pastu bila gugel-gugel baru tau ori RM100+ sebatang.
Memandangkan cousin aku ada kat Qatar, aku mintak dia pi belikan Huda Beauty kalau-kalau ke Dubai. Akhirnya dapat, alhamdulillah.
Aku eyeing for dia punya eye palette je. Tapi dah alang-alang dia beli tu, aku selit sekali lipstik code Trendsetter. Try sebatang dulu, kalau ok nanti pi beli lagi.



Kat sini online seller jual range RM345-360 (ori).
So kalau range harga sekitar ni masih acceptable lagi.
Ni kira murah banyak gak ni sebab ada 18 warna.
Satu warna jatuh harga RM20 je.
Aku punya Shu Uemura eye shadow kena beli warna asing-asing, satu warna range RM45-55. Casing beli lain lak tu. Tapi warna dia memang cantik so patut la dengan harganya pun.

Aku suka eye palette Huda ni sebab semua warna dia aku suka.
Warna yang earth tone sikit.
Kulit akak tak berapa nak terang dik, kalau pakai warna neon karang dari jauh aku dah macam Finding Nemo.

Aku berkenan dengan warna MANEATER tu.
Sebab merah nau.
Pelik jugak aku ada ke orang nak pakai warna merah menyala camni?
Tapi sebab dia pelik maka aku beli.
Bila dah test, rupanya not bad gak warna merah bubuh kat mata.
Kulit aku bukannya terang nau, jadi takde lah nampak menyala sangat.



Ni gambar fresh pagi ni.
Satu tu aku ambik dalam kereta, saja tadah muka kat cahaya matahari nak tengok apa rupa mata aku bila kena cahaya siang.
Pastu yang bawah gambar dalam ofis, keadaan gelap sikit. Boleh nampak beza warna tudung.
Bila dalam ofis, warna mata tu tak nampak bright sangat, kira ok lah untuk pakai pi opis kaler ni.

Kat mata tu aku blend warna Flamingo and Bossy.
Pastu tengah-tengah aku tepek warna 24K nak bagi ada efek shiny sikit.
Lipstik aku pakai Huda jugak tajuk Trendsetter.
Ada beza sikit bila snap kat luar ngan dalam opis.
Warna sebenar is warna luar opis tu.

Pastu baru-baru ni aku terpandangkan Violet Voss punya eye palette - Drenched Metal Eye Palette.
Sangattttt la teruja tengok warna dia.
Kat Malaysia tak ramai yang ada stok ni.
Banyak dah sold out, sebab palette ni released August 2016 kot.
Aku kan alwayssssss ketinggalan ketapi.
Dah suam-suam baru nak beli.



Aku stumbled upon this sorang mat saleh punya blog, dia buat review eye palette ni.
Cantik gila warna dia, walaupun tang biru ngan purple tu macam terang nau tapi takpelah, kita try dulu kat mata, mana tau bila dah blend-blend nanti jadi cantik.
Jenuh la jugak cari sape la yang still ada stock.
Sekali ada sorang seller masih ada available 1 lagi stok.
Dia jual RM250. Kalau in USD harga dia memang around USD45-49 gitu, so RM250 kira ok lah.

Aku beli kat sini @atrouvaille.
Nanti kalau dah sampai aku try review kalau teringat.
Matilanak camwhore buat comeback pasni.
Siapa hari tu new reader yang cakap blog aku best sebab takde gambar selfie. Kahkahkah.

There's one more seller yang boleh ambikkan order kalau korang nak palette ni, nama dia @designers.re.edit tapi yang ni Singapore based. Tapi price tak jauh beza aku rasa sebab dua-dua ni pun ada jual overseas cosmetik, harga lebih kurang je aku tengok. Boleh la try.
Aku pun tak kenal dorang ni sape, so jangan tanya aku if aku kenal ke tak.

By the way, GreenAard akan buat contest - Makeup Remover free Shu Uemura lipstik.
Sebab berdasarkan survey kita buat kat FB GreenAard last week, 36% vote for Shu Uemura.
Aku suggest kat big boss 4 batang lipstik Shu Uemura, so ada 4 pemenang.
Tapi dia kata nanti dia pikir.
Aku harap dia setuju la 4 batang sebab boleh tambah point aku. Kahkahkah.
Korang yang guna GreenAard, pastikan follow FB GreenAard ok, mana tau esok lusa kita up contest ni.






Klik gambar untuk baca offer GREENAARD bulan ini.









W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools





posted by aveo757 @ 10:29 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER