Semalam ada reader PM aku gambar-gambar ni and mintak pandangan aku tentang cara pemakaian Neelofa. Aku tak tau la ni gamba bila, maybe baru-baru ni kot. Antara 'nasihat-nasihat' yang dia dapat. Aku tak tau dari mana maybe dari IG dia lah kot.
Kalau tanya pendapat aku yag jahil ni, aku takde masalah besar dengan pakaian Neelofa.
Bagi aku pakaian dia betul, cuma kurang tepat. Itu je.
Walaupun nampak macam apa yang dia pakai ni 'keterlaluan' untuk seorang yang dah berhijab, ia masih boleh diterima (at least untuk aku, aku accept).
Kenapa?
Look.
Neelofa ni artis, celebriti, public figure.
Kerjayanya dalam industri hiburan. Dia bukan keje pejabat 8-6pm dok depan PC.
Bukan senang untuk someone yang berada dalam industri hiburan untuk bertudung. Not easy.
Persekitaran dia sebenarnya tak membantu untuk dia terdorong untuk berhijab.
Industri yang dia ceburi ni demand someone yang tak berhijab.
Those yang berhijab dalam industri ni lebih kepada 'cukupkan syarat' je sebab kita ada program-program agama. Tapi semua pun tau program-program yang macamana yang lebih menonjol. Jangan hipokrit lah, kita semua tau kita lebih suka program yang macamana.
Belum tentu kita sekuat Neelofa untuk kekal berhijab dalam industri yang dia pilih.
Berapa ramai artis yang mula berhijab last sekali tanggal tudung?
Apetah lagi dalam family dia adik-beradik dia pun ada yang tak berhijab, tapi dia memilih untuk kekal berhijab, don't you think itu satu pilihan yang susah untuk dia buat? Dan untuk kekal dengan penampilan tu di kala ahli keluarga kau ada yang bergaya sakan free hair, itu bukan satu benda yang senang untuk istiqomah tau.
Dah hebat dah tu bila di tengah-tengah kelompok anak seni, yang newcomers bertambah setiap hari, dia masih boleh kekal berhijab.
Semua pun boleh nampak berapa kerat je artis yang dulunya glemer tapi bila berhijab dorang dah tak 'diterima' dan akhirnya ramai yang slowly buat kerja lain.
Kalau yang kuat tu alhamdulillah, kalau kena pada yang tak kuat? Jam-jam tu jugak balik ke asal.
Bila balik ke asal, yang mengutuk pun korang-korang ni jugak.
So please, beri mereka ni peluang untuk blaja jadi taat. Persekitaran dorang dan kita tak sama. Apa yang susahnya bagi dorang masa? Tuhan pun masih bagi kita 'masa' walaupun kita sedap mengutuk dia. Kalau Tuhan cakap masa kita dah cukup, baru datang akai!
Dia berhijab sebab nak jual tudung bak kata orang.
Well, tak kisahlah kalau niat asal dia macam tu. Apa masalahnya?
Mungkin itu asbab untuk dia kekal bertudung sampai sekarang. Alhamdulillah.
Kalau tengok dalam anugerah apa-apa, boleh kira berapa kerat artis bertudung dalam dewan tu, sebahagian besar tak bertudung, bergaya sakan macam nak rak. Ko rasa kalau kau jadi artis, ko kuat nak stay bertudung dengan persekitaran macam tu? Bukan sehari dua punya job tau, ini kena hadap hari-hari selagi masih dalam industri tu.
Dah cukup bagus dah set-set artis bertudung ni kekal bertudung walau dalam industri seni.
Yang kita ni, model pun tak, artis pun tak. Kiri kanan kat opis kawan bertudung tapi kau tetap togel, apa cerita?
Sorry, aku takde niat nak kutuk sesape.
Ini satu perbandingan sikap untuk bagi faham je.
Kita yang dah bertudung ni pun belum cukup tepat lagi cara berpakaian. Jangan kerana seluar kita tak seketat dia, tudung kita tak sependek dia, baju kita tak sesingkat dia maka kita dah lulus.
Patutnya orang macam kita ni la yang harus jauh lebih baik bukan setakat biasa-biasa je sebab persekitaran kita tak sesusah dia. Sepatutnya lah.
Bagi aku, untuk orang macam Neelofa, Che Ta, Ziana Zain, Era Fazira and sesape entah lagi yang bertudung tapi masih lagi berpakaian ketat - please be fair to them.
Dorang ni dalam industri seni.
Bukan aku membenarkan, tapi cubalah untuk faham situasi dorang.
Ko rasa dorang tak 'berperang' ke dengan diri sendiri bilamana terpaksa memilih untuk terus bertudung at the same time harus kekal bergaya selari dengan task atau job yang dorang ambik.
Dorang bertudung bukan nak jadi ikon muslimah pun.
Korang je yang angkat dorang sebagai ikon muslimah.
Padahal dorang bertudung untuk berubah dan blaja jadi taat, bukan untuk jadi ikon.
Bila korang yang memandai-mandai angkat dorang sebagai ikon, once dorang buat silap macam ni, yang meroyan pun korang jugak.
Itu la pasal lain kali, kalau nak pilih idola, ikut berdasarkan kebenarannya, bukan ikut disebabkan orangnya.
Sebab manusia sifatnya tak sempurna dan buat salah.
Bila kau pilih ikon disebabkan orangnya, once dia buat silap, korang takleh terima.
Padahal orang tu tak hadap pun kau jadikan dia ikon.
Kita always nilai orang berdasarkan apa yang kita nampak 1-2 kali.
Kita tak kenal dia pun secara personal. Takat tengok paper je pun!
Tapi bercakap macamkan kita kenal luar dalam dan faham situasi dia sedang lalui.
Tang orang tu pakai sendat ramai yang kutuk.
Tapi tang orang tu pi umrah tetiap tahun, blaja Al-Quran, share buku apa yang dia always baca - eh takde pulak yang nak viralkan.
Dia sedang berusaha memperbaiki diri. Mana ko tau dia tak berusaha?
Yang kita nampak, pakaian dia ketat. Yang kita tak nampak entah berapa banyak benda baik dia dah buat.
Neelofa tu pakai seluar ketat pagi, malam dia taubat, dosa dia settle. Dosa dia dengan Allah.
Ko yang kutuk dia ni, dosa tak settle ok?
Sendiri angkut esok dosa ni bawak masuk lubang kubur, boleh?
Tau tak Neelofa ni wakafkan aircond untuk surau kat MRSM Langkawi?
Kat skolah tu budak-budak tak boleh solat dalam bilik tau, semua kena solat kat surau.
Berapa ratus budak ko rasa kat skolah tu yang solat kat surau?
Setiap kali guna surau, aircond bukak okeh.
Pahala dia berpanjangan tau selagi aircond tu ada dalam tu.
Kau punya pahala cukup panjang yang kemain ngutuk dia ni?
Nak nasihat orang bukan kat publik.
Itu bukan nasihat, itu nak bajet baik je.
Cubalah blaja-blaja cari baik orang.
Cari sampai jumpa.
Kau cari salah, memang akan jumpa punya sebab manusia ni semua buat dosa.
Dah tau kan manusia memang semua berdosa, yang kau cari salah buat apa. Tak ke keje bodoh namanya?
Cubalah carik baik dia.
Bila kita carik baik dia kat mana, orang bukan saja nampak dia baik tapi orang nampak baik kita juga.
Tapi kalau kau cari buruk dia, bukan saja orang nampak buruk dia tapi buruk kau jugak.
Bagi mereka peluang untuk blaja jadi taat.
Sebagaimana Tuhan bagi kita peluang untuk berubah jadi manusia yang sepatutnya lebih banyak perbetulkan buruk diri sendiri dari buruk orang lain.
Ya, aku tau dah April. Tapi offer March Best Buy ni sampai 7 April.
Klik gambar untuk baca offer bulan ini.
Klik gambar untuk baca offer bulan ini.