2017-04-04

Seen tapi tak reply


Semalam kan, ada sorang budak ni sembang ngan aku kat Live Chat. Kebetulan aku free, jadi aku layan kejap Live Chat tu. Boleh la pulak dia menyembang cerita pasal kawan dia. Dia cakap kawan dia ni ada perangai sikit. Jadi dia selalu tegur tapi tegur kat PM FB je. Pastu dia cakap kawan dia ni macam tak boleh terima nasihat dia sebab dah seen tapi tak reply.

Tegur kat PM tu dah betul dah.
Sebab dia tegur sembunyi-sembunyi, bukan kat khalayak ramai. Bagus.

Kita kena ikhlas dengan apa yang kita tegur.
Maksudnya, kita tegur sebab kita ikhlas.
Dia tak reply ke, tak respon ke, itu bukan urusan kita.
Yang penting, kita dah tegur dengan cara baik, cukup.
Kalau kita ikhlas, kita takkan expect apa-apa dari orang yang ditegur.
Kerja kita bukan untuk ubah orang. Kat akhirat esok pun kita tak ditanya kenapa orang tu tak berubah walaupun kita dah tegur, tapi kita ditanya macamana cara kita tegur. So cara kena betul. Dia nak terima, taknak terima, bukan urusan kita.
Sebab tu jangan sentap kalau nasihat kita orang tak respond, atau orang blok kita dari frenlist dia.
Kalau kita ikhlas, kita takkan sentap.
Melainkan kita ada tujuan lain, memang lah sentap.

Menegur ni samalah macam kita berdakwah.
Kena dengan hati-hati dan penuh hikmah, insyallah sampai ke hati.
Jangan sedih kalau dakwah kita tak diterima, sebab kita dah laksanakan kewajipan, bermakna dah bebas dari tanggungan dan hisabnya kembali pada Allah. Biar DIA selesaikan the rest.
Masalah yang jadi masalah sekarang, kebanyakkan kita tegur dan expect orang yang ditegur tu respond. Bila dia tak respond kita buat assumption dia keras hati, keras kepala, tak boleh dinasihat, etc.
Bila kita ada perasaan macam tu, itu bermakna kita melabel diri kita lebih baik dari dia.
Nak tau jahat kita datang masa bila?
Ketika kita rasa kita lebih baik dari orang yang kita tegur, kat situlah jahat kita.
Kerana sewaktu kita merasa kita lebih baik itulah, ketika itulah setan duduk dalam diri.
Waktu tu lah kita dengan setan tak jauh beza.
Nak tau kenapa?

Sebab ada perasaan "Aku lebih baik dari dia!".

Statement tu kan dah sama macam statement Iblis masa kat syurga dulu.

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?"
Iblis menjawab, "AKU LEBIH BAIK DARIPADA DIA (Adam). Kau menciptakan aku dari api sedangkan dia Kau ciptakan dari tanah." (Al-A'raf : 12).

Sama, kan?

Of cos, manusia tu tak sama.
Ada orang yang levelnya lebih rendah dari kita, be it dari segi ilmu, pengalaman, harta benda, dan pemahaman agama, tapi itu bukan alasan untuk kita rasa orang tu perlu ikut cakap kita.
Pengalaman kita lebih banyak, betul.
Ilmu kita lebih tinggi, betul.
Pengalaman dan ilmu tu kita boleh share, mudah-mudahan boleh dijadikan panduan untuk orang lain.
Tapi kalau orang lain taknak ikut, kita tak boleh paksa.
Sama lah macam nasihat.
Kita boleh bagi nasihat, tapi kita takde hak untuk rasa sakit hati bila nasihat kita tak diterima.
Bila kita ada rasa sentap, sakit hati, itu maknanya kita yang sombong sebab rasa diri lebih baik.

Boleh jadi kita rasa diri kita lebih baik mengikut firasat sendiri tapi entah-entah pada Allah, kebaikkan tu tak berlaku pun.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu dan perbuatan-perbuatan kamu." (HR. Muslim)

Nampak tak ada perkataan HATI?
Itu menunjukkan Allah menilai keikhlasan.
Tegurlah dengan ikhlas, dengan lembut, dengan hikmah dan jangan harapkan apa-apa respond.
Siapa yang lebih tahu isi hati selain Allah?
So, hati-hati jangan sampai ada perasaan lebih baik, lebih beriman, lebih dermawan, sebab kita pun tak sure darjat kemuliaan kita depan Allah.

Memiliki perangai buruk yang sangat obvious sehingga mendapat aib memang suatu musibah.
Tapi kalau semua aib tak terlihat sehinggakan kita menyangka diri tak ada aib sama sekali, inilah musibah yang paling besar sebenarnya. Kerana, "Tidak akan masuk surga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi." (HR Muslim).

"Tapi macamana pulak dengan orang yang sombong nak beli barang branded je?"

Mana kau tau dia sombong??
Dia pakai barang branded sebab dia mampu, bukan sebab sombong - Kan boleh kalau pikir positif macam ni. Apesal susah sangat?
Selalu kita ingat orang yang bergaya mewah, hanya nak beli barang-barang mewah tu adalah orang sombong.
Salah anggapan tu.
Tu bukan orang sombong, itu kita yang sombong sebab bersangka buruk.
Maksud sombong bukan macam tu.

Ada seseorang yang bertanya, "Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain." (HR. Muslim) 

Menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.
Yang ni baru namanya sombong.

Semoga bemanfaat.
Untuk ingatan diri sendiri juga.




Ini short video aku tentang contest Makeup Remover yang akan diadakan tak lama lagi.
Semua orang pasti menang.
Tapi pemenang utama dapat hadiah special.
Follow FB GreenAard sebab contest ni valid kat FB je.









W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools