walk on wings, tread in air: Side positif je? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Side positif je?
2017-03-17


Tak.

Doa aku tu bukan sebab En Wan.
Tapi sebab banyak perkara lain.

Makin lama kita hidup, makin ramai kenal orang, makin banyak isu yang akan timbul.
Tak semua kita boleh terima bulat-bulat.
Jadi kita perlukan 'something' untuk membolehkan kita terima banyak situasi supaya kita boleh terus bergerak dengan selesa.

Keyword is hikmah.
Kalau kita tak dapat cari hikmah, kita akan mudah rasa tersinggung, sakit hati, frust and susah nak memaafkan.
Hikmah ni macam 'roh' dalam dakwah.
Hati yang keras macam batu sekalipun akan lembut kalau nampak hikmah.

Aku start baca doa tu setiap hari sejak aku ke umrah kali kedua tahun 2015.
Masa nak ke umrah 2015 tu aku tak tau nak mintak apa.
Dari kat rumah lagi aku dok pikir apabenda aku nak mintak kat sana kali ni.
Nak kata semua yang aku nka dah dapat pun tak jugak.
Tapi aku terasa nak something yang berbeza.
But still aku tak nampak apabenda yang aku nak mintak.

Kat sana, doa ni tiba-tiba muncul dalam kepala.
Dan sepanjang kat sana memang itu aje lah yang aku dok ulang-ulang.
Seolah-olah macam mulut aku tak terluah nak mintak benda lain.
Fikiran tu terbayang nak mintak macam-macam tapi everytime aku baca doa ni aku rasa macam cukup dah. Rasa macam ni lah yang paling penting sekali.

Tapi masa tu aku belum faham sepenuhnya maksud hikmah.
Apa yang aku faham waktu tu, hikmah ni macam petunjuk. Tu je yang aku faham.
So aku rasa doa tu dah cukup hebat.

"Ya Allah, bukakan hijab hatiku agar aku nampak hikmah disebalik setiap perkara".

Best gila doa tu.
Aku pun tak pernah terpikir nak berdoa macam tu. Nak susun ayat macam tu pun tak terpikir.
Dah macam ayat orang warak-warak je bunyiknya.
Tau-tau je kat sana dapat ilham berdoa macam tu.

Dalam surah Maryam ada sebut pasal hikmah, "Dan kami berikan kepadanya hikmah sedari ia masih kanak-kanak (Maryam : 12).

Dalam surah An-Nahl pun ada sebut, "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik (An Nahl : 125)

Dalam Al-Baqarah pun ada, "Allah memberikan hikmah kepada siapa saja yang Dia kehendaki (Al Baqarah : 269)

Lepas baca tafsir ni baru aku faham, hikmah ni bukan sekadar petunjuk macam yang aku faham selama ni.
Selama ni aku faham petunjuk tu adalah satu bantuan dari Allah. Macam miracle.
Rupanya lebih dari tu.

Hikmah rupanya bermaksud kefahaman. Kefahaman tentang ilmu yang disertai amal.
Sesuatu yang mampu membuatkan penerima hikmah itu menempatkan sesuatu pada tempatnya (adil/fair). Yang menjadikan perbuatan penerima hikmah itu dilakukan pada waktu yang tepat dengan cara yang tepat.

Doa tu hebat tau.
Lengkap dari semua sisi.
Sebab tu dalam entry umrah aku dulu aku share doa ni.
Aku rasa mustahil doa ni Tuhan ilhamkan kat aku sorang.
DIA tau blog aku ramai reader.
DIA nak tengok aku gunakan tak medium blog tu untuk share doa ni atau aku nak pulun doa ni sorang-sorang.
So aku share.
Bila aku dah share tu buat lah ya?
Kasik la aku share pahala korang pulak.

Balik dari umrah aku semakin praktikkan doa tu luar dan dalam.
Maksudnya, doa is doa, dalam masa yang sama aku cuba pratikkan apa yang aku doa tu dalam kehidupan harian.

Kalau ada benda yang En Wan buat aku tak berapa setuju, aku try to cari apa hikmah, apa perkara yang baik disebalik apa yang aku tak suka tu.
Kalau kau cari benda buruk, walau buruk tu sikittttt, kau akan anggap itu besar.
Sama juga dengan baik.
Kalau kau nak cari benda baik, walaupun baik tu sikittttt sangat, kau akan nampak benda baik tu besar.

Kalau nak kata aku always amik side positif, rasanya tak jugak.
Entah, aku pun tak perasan if aku always ambik positif side.
Tapi aku lebih kepada - malas layan.
Maksudnya, apa benda yang boleh mengurangkan serabut, aku akan elakkan.
Kalau membagi kau menang tu lebih baik dan tak menyerabutkan, why not kan?
Dah tak jadi keje pulak aku nak sentap-menyentap semata-mata nak menangkan diri. Eh tak kuasa.

Aku spesis degil.
Mak bapak aku tau aku memang degil.
Kalau aku kata aku nak, aku akan buat sampai aku dapat biarpun aku terpaksa gerak sorang.
Daripada kecik aku dah biasa buat benda tak ikut majoriti. Maksudnya nak buat sesuatu tu aku tak kisah kalau takde geng, atau takde sokongan majoriti.
Takde sokongan pun aku tetap akan buat kalau aku rasa apa aku nak buat tu betul.
Aku takkan kacau orang. Aku buat je keje aku.
Aku punya konsep, kau tak sokong takpe. Asal kau diam jangan kacau aku, cukup.

Tapi En Wan ni jenis yang kacau orang! 😆😆
Dan apa yang dia nak buat mesti ada sokongan (paksa orang sokong. Kahkahkah).
Contohnya kan, dia nak buat satu projek.
Dia akan bincang dengan aku. Tapi dia punya bincang tu sekadar memberitahu je lah.
At the end kau suka ke kau tak suka ke, kau kena suka jugak apa dia buat.
En Wan jenis ikut majoriti. Dia tak berapa berani buat sesuatu berseorangan. Dia jenis yang lebih berhati-hati. Sebelum dia buat apa-apa dia mesti nak kena pastikan dari setiap sudut apa yang dia buat tu ok.
Kiranya, apa benda yang dia nak buat kalau takde sokongan dan keyakinan yang kuat, dia takkan buat.
However kalau dia tetap nak buat jugak, maknanya kau akan dipaksa untuk sokong dia supaya dia yakin apa yang dia nak buat tu betul. Kahkahkah.
Kau paham tak agak-agak?

Aku bukan cuba nak bajet positif dengan apa je yang En Wan buat.
Tapi macam aku cakap tadi, dalam buruk mesti ada baik.

Buruk : En Wan ni garang.
Baik : Garangnya bertempat.

Buruk : Sangat teliti sampai aku rimas!
Baik : Dia berhati-hati, mengurangkan risiko kerugian.

Buruk : Sangat berkira dengan duit.
Baik : Tak boros.

Buruk : OCD 😂😂
Baik : Kemas.

Buruk : Suka paksa aku ikut pilihan dia.
Baik : Dia anggap sokongan aku sangat penting.

Nak cari salah orang memang senang.
Tapi nak cari baik orang pun bukan susah sangat, ye tak?

Ilmu hikmah bukanlah ilmu magik yang dijadikan bahan untuk tarik perhatian.
Ilmu hikmah ni adalah panduan untuk membimbing kita kenal ajaran Allah dan Rasul, sehingga kita faham mana boleh mana tak, mana yang diperintahkan dan mana yang dilarang. Dengan ilmu hikmah itulah kita akan jadi orang yang benar dalam perkataan dan perbuatan.

So macamana nak blaja untuk nampak hikmah?

Jauhkan gosip.
Jauhkan dari baca banyak artikel gosip dan berunsur fitnah.
Bila jauh dari perkara ni, hati akan bersih.
Banyakkan amalan zikir.
Banyakkan tabaruk (tawassul).

Insyallah, kita buat, kita dapat.





Klik gambar untuk dapat diskaun kod. Masih on sehingga 19 Mac. Lusa LAST DAY!





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools


posted by aveo757 @ 4:10 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER