2017-03-18

Perigi cari timba waklu!


Tak sangka ramai rupanya kawan-kawan reader/follower yang masih single.
Terasa aku muda seketika ðŸ˜‚😂.

Actually, hari yang aku up post ni, aku ada buat video kejap kat IG, aku bagitau aku on FB setting kepada public selama 1 jam. So siapa yang bukan fren kat FB, silakan masuk post pasal single tu untuk komen kat situ. IG aku kan private, jadi sayang pulak kalau calon-calon suami/isteri korang ni 'tersekat' kat dalam IG aku tu. Ada yang sempat komen kat FB, ada yang tak. So hari ni, aku tepek pengkomen-pengkomen kat IG, di sini. Ramai budak-budak muda kat IG aku ni. Ramai nau single ni. Iskkk, ni kalau En Wan tau, mau sama naik dia join. Kahkahkah.








Silakan berkenal-kenalan.
Jangan buat onar ya. Aku jentik dahi sorang-sorang karang.

KLIK SINI UNTUK TENGOK LIST FB PULAK

Kebiasaan masyarakat kita, yang berusaha mencari adalah lelaki. Yang pompuan kebanyakkannya menunggu dan diam. Maksud menunggu dan diam tu bukanlah tunggu je kat rumah orang datang merisik. Rasanya zaman tunggu orang datang merisik ni masih lagi ada, tapi tak ramai mana dah. Kebanyakkannya berkawan dan 'menunggu'. 'Menunggu' kat sini maksudnya tunggu lelaki tu bukak mulut dulu like - "jadi girlfren I, nak?" (ni ayat En Wan dulu). Atau "Kita kawen, nak?".
Kiranya, menunggu lelaki offer. Padahal dah kenal, dah berkawan.

Itu bagi yang ada kawan.
Kalau yang belum ada kawan macamana?
Nak kena tunggu je ke orang datang merisik. Tak kisah la sape-sape pun janji kawen? Gitu?
Boleh, silakan buat kalau nak buat.
Tapi kalau nak pilih sendiri pun tak salah.

Antara ikhtiar yang boleh dibuat - luaskan pergaulan.
Zaman internet ni lagi mudah nak bersosial.
Siapa tau bakal suami/isteri sedang berada di tempat yang tak pernah kita sampai lagi.
Cara nak jumpa bakal jodoh salah satunya adalah dengan memperluaskan pergaulan.

Aku salah satu living proof jumpa jodoh kat internet.
Alhamdulillah, jumpa jugak pelamin ðŸ˜„.
Dulu aku ingat kalau bercouple tu mesti dengan orang kat situ-situ jugak.
Contohnya, antara kawan sekolah, antara kawan sekolej, antara kawan seopis.
Masa aku couple dengan ex-bf dulu, aku ingat teori tu betul.
Sebab aku bercouple dengan kawan sekolej.
Tapi rupanya teori bercouple tu je lah yang betul.
Kawen tak ikut teori tu pun.
Aku sendiri tak sangka, dalam pada aku bercouple ngan ex-bf bagai nak rak, rupanya waktu tu bakal suami aku ada kat Jepun.

Ikhtiar lain, boleh mintak tolong pada orang perantara yang boleh jadi orang tengah untuk bertemu dengan jodoh. Antara paling senang, mintak tolong makbapak je lah. Nak pulak jenis mak bapak orang surau, orang yang selalu join kenduri kendara - konfem banyak 'maklumat' dorang dapat anak siapa yang masih single. Boleh jugak gunakan orang tengah contohnya, kawan, tak salah. Tapi pastikan orang tengah takde kepentingan tertentu yang menyebabkan pemilihan pasangan menjadi tak objektif. Contohnya, atas sebab perniagaan, atau nak settlekan hutang.

Paling hebat sekali, contohi isteri Rasulullah saw - Khadijah.
Ini wanita yang sangat berani menyampaikan niatnya untuk kawen dengan Rasulullah saw.
Siapa kata perempuan yang ajak lelaki kawen takde maruah?
Tu semua orang takde ilmu punya mulut yang cakap.
Perigi carik timba lah konon.
Kalau betul pompuan yang ajak lelaki kawen dikatakan takde maruah, explain Khadijah.

Khadijah offer Rasulullah saw kawen bukan kerana harga dirinya rendah, tapi dia ikhlas nak bantu Muhammad. Dia tawarkan dirinya demi kebaikan.
Korang pun boleh buat macam tu.
Gunakan konsep yang sama.
Khadijah pun bukan tak kenal Rasulullah, dia mesti dah tau siapa Rasulullah, then baru ajak kawen.
Apa salahnya, korang (ladies) yang mulakan perkenalan.
Kenal je dulu, bukan jam tu kenal jam tu ajak kawen. Kalau aku jadi laki pun aku lari.

Offer diri untuk berkawan boleh dilakukan dengan macam-macam cara.
Kalau dulu, guna surat (ruangan berkenalan kat majalah).
Now media sosial ada, gunakan kemudahan tu.
PM, tanya khabar.
Yang kau pun kalau dah tau nak berkenalan, pakailah gambar muka sendiri, nama tu biar senonoh sikit jangan pakai nama Batang Keras. Tu memang tak sempat mukadimah konfem kena block.
Tapi perlu be prepared - salah satu consequences adalah - perkenalan ditolak.
Tapi takpelah, itu lebih baik daripada tergantung-gantung je, kan?

Ikhtiar.
Kadang-kadang Allah tahan jodoh bukan apa.
DIA nak kita bersiap-sedia dengan ilmu dan tanggungjawab supaya sepadan dengan jodoh yang Allah dah sediakan untuk kita. Jadi, sebelum kita sepadan dengan jodoh, maka Allah terus uji kita. Ingat, jodoh adalah cerminan diri. So, design our destiny.
Perbaiki akhlak, mantapkan ilmu, cantikkan apa yang boleh dicantikkan - niat kita nak cari jodoh kerana Allah Taala.

Kena yakin.
Jangan bersangka buruk dengan Allah.
Kalau sekarang umur dah 39 tahun, jangan rendahkan diri sendiri "Aku dah nak masuk 40, mana ada laki nak. Takkan ada laki umur 30 tahun nak kot".

Eh, tak mustahil.
Tak mustahil dapat yang umur 25 tahun!

Hidup kita belum berakhir.
Jadi, jangan buruk sangka kat Allah bahawa DIA tak akan temukan jodoh kita.
Takde yang mustahil, sungguh!
Alangkan The Beast pun rilek je dapat The Beauty. Kau yang tak beast apesal tak yakin pulak?






Klik gambar untuk dapat diskaun kod. Masih on sehingga 19 Mac. LAST ESOK!





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools