2017-03-16

Misi cari jodoh



Tadi pagi aku post status ni kat both IG and FB.

Ada sebabnya.

Semalam, ada sorang reader lelaki PM.
Dia tanya aku ada kenal mana-mana reader aku yang masih single tak.
Aku cakap aku tak sure mana satu yang single.
Dia kata, dia nak cari calon isteri. *jeng jeng jengggg!!*
Iskk aku pulak yang berdebar dah kenapa. Kahkahkah.

Aku cakap apesal tak suruh makbapak je yang carikkan.
Dia kata kalau boleh nak cari sendiri dulu. Nak kenal-kenal.

Dah tu kenapa pulak kau tanya aku.
Tang jawapan dia ni yang aku terharu ni. Iskk.
Dia cakap, "Kalau di kalangan follower atau reader blog Kak Di rasanya lebih bagus. Sebab dah tentu dorang baca blog and status FB Kak Di jadi sikit sebanyak tindakan dan pemikiran dorang mungkin banyak dipengaruhi oleh Kak Di".

Wahhh gitu kau.
Tak sangka ada orang boleh terpikir jauh macam tu nak cari jodoh.
Kreatif jugak budak ni.
Aku dulu main tengok gambar je. Agak-agak hensem try lah kenal.
Kalau tak hensem, malas.
Walaupun aku macam tu tapi naluri tetap nak yang hensem. Kahkahkah.

Kalau tak salah aku, dulu ada gak sorang budak pompuan PM aku tanya pasal ni.
Tapi aku takde cara nak tolong macamana.

So, today aku naikkan status ni kat both FB and IG.
Tujuan asal cuma nak fokus yang point number 2 tu je.
Yang point number 1 nak create engagement.

The comment is increasing kat dua-dua FB and IG.
Boleh la pi tengok sana.
Aku bukan nak jual orang ya.
Tapi nak bukak peluang.
Apa salahnya kenal-kenal dulu.
Tak boleh bawak kawen, bawak jadi kawan pun boleh. Mana tau ada jodoh dengan cousin dia ke, adik dia ke.

Sekarang zaman dah berubah.
Gunakan apa saje medium yang ada.
Dulu zaman aku, medium nak berkenalan paling hebat pun URTV je lah. Tak pun Dewan Pelajar.
Ruangan kenalan/sahabat.
Hantar gambar and alamat pastu letak hobi apa.
Sama je modus operadinya dengan apa yang aku cuba buat ni.

URTV : Gambar tu dihantar untuk tunjuk muka.
FB : Now boleh tengok kat pic profile (tu pun kalau letak gambar betul la).

URTV : Ada alamat untuk kau pilih kot nak kenal-kenal orang senegeri.
FB : Boleh tengok "Hometown dan Live"

URTV : Hobi tu untuk create interest. At least kalau tau hobi dia apa, ada la jugak bahan nak jadi pembuka bicara. "Eh hobi awak kumpul setem? Saya pun sama kumpul setem jugak tapi rembat mak saya punya".
FB : Create engagement.

Dulu aku pun guna kekdah ni.
Tapi bukan nak cari balak la, zaman tu baru Darjah 6 kot.
Cuma nak cari kawan.
Tapi masa tu aku ada gak berangan kalau dapat kawan lelaki best gak. Kahkahkah.
Malangnya takde yang nak kenal sangat ngan aku.
Muka tak berapa nak Jennifer Aniston nak buat camne kan.

Pastu zaman Uni dah ada medium chat pulak.
Ramai jumpa jodoh kat chat.
Tak kurang juga jumpa bodoh kat dalam tu. Boleh tahan ramai yang bodoh dan gila seks kat situ.
Pastu ada Friendster, MySpace, and entah apa lagi. Aku tak sure.
Now lagi lah dengan blog, dengan FB, dengan IG - lagi loud and clear kau boleh kenal orang tu macamana. Kalau tak 100% pun at least 80% kau dah boleh kenal dia - dari mana, suka apa, keje apa, maintenance tinggi ke tak, makan apa, boleh masak ke tak, suka lepak mana, - just tinggal lagi 20% untuk kau usaha.

Masa ni la gunanya setiap kali masak kau upload gambar.
Kau tolong kenduri ko uplaod gambar.
Kau sidai baju ko uplaod gambar.
Kau lipat baju ko upload.
Ko mengaji ko upload.
Senang orang nak kenal kau camana orangnya.

😆😆😆😆😆😆😆

No lah, joking je.
Maksud aku, ada kebaikkannya jugak setiap apa yang kita tulis dan gambar yang kita up kat media sosial. Tak semuanya buruk. Kalau kita gunakan media sosial dengan cara yang betul, kita akan dapat imbuhan sesuai dengan apa yang kita kerjakan. Semua perbuatan dan tindakan kita akan kembali kepada diri kita sendiri.

Contohnya reader tadi.
Aku pun tak pernah terpikir ada orang nak cari jodoh dari kalangan reader/folower aku hanya semata-mata dia rasa kalau saper baca blog aku mungkin pemikirannya macam aku jugak.
Tapi kalau itu compliment, alhamdulillah. Aku pulangkan balik pada Yang Maha Memberi Ilham untuk aku menulis.

Setakat ini, aku terfikir cara itu.
So, kalau sesape yang baca entry ni, kebetulan dalam misi mencari jodoh, boleh la ke FB atau IG aku.
Yang tulis '2' je kau tegur ya, yang tak tulis tu semua bini orang.

Perempuan pun sama.
Kalau ada lelaki tulis 2 je kau tegur ya, karang tak pasal-pasal kena hentak ngan bini dia.

Jangan malu nak start.
Dah terang-terang dia tulis '2', maknanya dia sedang bukak peluang untuk kenal orang.
Just tegur and say "Hi".

Tak tau nak start?
Meh aku bagi pick up line mudah "Hi, awak pun baca blog Kak Di?"

Kahkahkah.
Boleh la kot kan ayat tu.

Ladies, kalau ada di kalangan lelaki yang tegur tu ada ciri-ciri gila seks, bagi nama dia kat sini, biar aku kenalkan pada dunia 😂.




Klik gambar atas untuk join contest. Semua yang join akan dapat diskaun RM15 untuk beli GC Plus.
Tarikh tutup contest 19 Mac 2017.





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools