2017-03-15

Kenapa ada bapak yang sanggup buat anak macam ni?



Aku tak ada pengalaman macam reader ni.
Pengalaman dia hebat. Belum tentu aku setabah dia.
Kalau nak cerita pasal kisah rumahtangga yang ada masalah macam ni aku pun tak pandai.
Tapi rasanya kalau cakap pasal tanggungjawab semua orang pun tau.
Cerai, ayah tetap kena bertanggungjawab terhadap anak selengkap-lengkapnya.
Yang putus hubungan cuma dengan isteri, bukan dengan anak.
Ini soal nasab.
Kuat tak kuatnya nasab ni, ia adalah pengakuan syarak hubungan antara anak dengan keturunan ayahnya. Anak tu dah jadi anggota keluarga dari keturunan tu dan berhak dapat hak akibat dari nasab.
So, celah mana yang kita nak buat diam kat anak dengan alasan kita dah bercerai?

Walaupun benda tak terjadi kat semua, tapi kebanyakkan kisah-kisah yang sampai kat aku, nampaknya macam dah jadi fenomena bila bercerai je, bapak lepas tanggungjawab kat anak. Tak tau lah kenapa.
Samada memang sejak dari awal hidup berkeluarga dah terbiasa tak ambik tau hal anak, atau sakit hati ngan ex-wife, atau ex-wife demand macam-macam?
Entah. Aku tak sure.
Tapi mesti ada reason.
But, macamana sekalipun, anak tetap anak. Mesti jenguk anak.
Anak tu kecik lagi, dia bukan tau pun hal nafkah-nafkah ni semua. Dia cuma tau nak tengok muka bapak, nak tengok muka mak. Kalau dah bercerai tu, cerailah. Itu hal kita dengan pasangan kita. Cerita lain.
Hal anak ni cerita lain pulak.
Janganlah campur-adukkan.
Isteri kalau dah berpisah, jadi bekas isteri. Tapi anak, takde lagi istilah bekas anak kandung ok?

Walaupun tinggal dengan mak yang cukup serba-serbi, ex-suami tak bagi duit nafkah pun dia masih boleh sara anak (contoh), tapi tak bermakna ex-suami boleh lepas dari tanggungjawab bagi kasih-sayang dan perhatian kat anak.
Aku tak sure lah kenapa ex-husband reader ni tiba-tiba berdiam.
Mesti ada sebab cuma kita tak pasti apa sebabnya.
Boleh jadi dia baru kawen lain dan masih dalam proses nak menjaga hati isteri baru. Siapa tau kan, entah-entah isteri baru kuat jeles. Jadi dia takde pilihan.
Tapi janganlah sampai melampau sangat call anak pun tak boleh. Takkan 24 jam duduk celah kangkang bini pulak kan. Kat opis tu apa salahnya call ex-wife kejap tanya khabar anak. Eh, aku tak rasa hidup manusia ni terlampau busy sampai takde masa lansung nak call anak kejap.
Ini bukan soal masa sebenarnya, ini dah jadi soal priority.
No such thing as NO TIME.
Kalau kita anggap seseorang itu priority, kita sure akan MAKE TIME.
Bila selalu sangat cakap takde masa takde masa takde masa, itu maknanya bukan takde masa, tapi sebab you are no longer his priority anymore.

Kesian kat anak. Apetah lagi kalau ayah tu ada anak perempuan.
Mana-mana anak perempuan akan jadikan ayah as role model.
Percayalah cakap aku, orang pompuan ni nama je suka tengok laki hensem.
Nampak Fattah Amin je menggelinjang.
Nampak Lee Min Hook je menggeletis (aku bantai je nama ni asal ada bunyik Korea).
Tapi, kalau nak cari suami, anak perempuan akan tetap letakkan benchmark ciri-ciri bakal suami mesti ada sikit macam ayah dia.
Jarang ada ayah yang sakitkan hati anak perempuan. Jarang sangat. Sebab tu anak pompuan akan selalu rasa ayah dia lelaki paling best.
Dah kalau ayah kandung sendiri kecewakan anak perempuan, agak-agak apa je yang anak tu dapat harapkan dari lelaki lain?

Aku ada kenal satu famili ni yang dah ada 3 orang anak, then bercerai.
Aku kenal this famili masa dorang dah bercerai.
Masa aku kenal tu the husband dah kawen lain, the ex-wife belum.
Kids tinggal dengan wife.
Tapi tiap-tiap Jumaat ex-husband datang rumah untuk jemput anak-anak gi solat kat masjid.
Then, the wife pulak kawen lain.
Still the ex-husband datang ambik anak-anak solat Jumaat.
Aku dapat rasakan dorang ni the best divorced parents. At least itu dari apa yang aku nampak dengan mata lah. Apa jadi kat belakang aku tak tau. But sekurang-kurangnya apa yang aku nampak begitulah. Jelas yang ex-husband tetap ambik tanggungjawab bawak anak-anak bersolat Jumaat.
Maksudnya kat sini, walaupun masing-masing dah ada family lain, tapi anak tetap anak. Jaga sama-sama mana yang dapat.
Anak-anak ni tau kalau mak bapak ada masalah. Dia tau. Dia sedih. Tapi dia tak dapat nak masuk campur.
Kalau boleh kita as parents cubalah kurangkan kesedihan anak-anak dengan buat mana yang dapat.

Aku tau ada some single mother kat frendlist aku always membebel kat status FB pasal ex-husband tak bagi nafkah.
Ok, yang tu aku tak nak ambik tau lah, pandai-pandai korang nak bertekak ke nak bertikam ke.
Nafkah duit is one story. But perhatian to anak is another story. Because anak takkan faham.
Jangan kata "Anak aku faham situasi aku".
No. Yang dia faham tu is dia faham mak bapak dia bercerai.
Tapi dia takkan faham apesal korang yang bercerai tapi dia yang jadi mangsa diabaikan oleh salah sorang.

Toksah kata anak yang ada masalah keluarga, anak aku yang takde masalah klorga ni pun takkan faham kalau aku cakap "Papa tak balik malam ni. Papa work. Papa balik esok".
Berbuih aku explain. Kejap je dia paham. Lagi 30 minit dia tanya lagi "Papa gi mana, Ma?"

Kes reader ni insyallah boleh selesai.
Sebab nampak dari gaya, this reader takde masalah nafkah dari segi duit.
Yang dia persoalkan kenapa ex-husband tak datang jenguk anak and buat senyap macam tu je.
Benda ni boleh settle, insyallah boleh.
Ini zaman teknologi, takde yang susah. Manusia hujung dunia pun kalau dicari masih boleh jumpa.
Tinggal lagi kena guna psikologi sikit, kena rendahkan diri, tebalkan muka, mengalah.

Cubalah cari wife dia (isteri ex-husband).
Jumpa, tanya khabar, try make frens dengan the new wife, kenalkan dengan anak-anak.
Jarang orang perempuan tak tersentuh bab anak-anak. Dia mesti faham kalau anak tu rindu.
Apetah lagi masing-masing dah ada family sendiri, takde apa yang nak disakithatikan.
Aku always ada prinsip "If you can't beat them, join them".
Kalau kita rasa kita tak boleh menang the battle, then don't fight. Work with them instead.
Kita akan menang tanpa kita sedar.
Nak menang tak perlu sentiasa jadi nombor 1.
You can be pushed or you can do some of the pushing. It’s your choice.




Klik gambar atas untuk join contest. Semua yang join akan dapat diskaun RM15 untuk beli GC Plus.
Tarikh tutup contest 19 Mac 2017.





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools