walk on wings, tread in air: Redza ke MRSM Langkawi - gambar termahal abad ini! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Redza ke MRSM Langkawi - gambar termahal abad ini!
2017-02-09

Ok baru ada masa update blog.
Jenuh la 2 minggu asik ada je program nak buat.
Mula-mula kenduri kawen anak sedara En Wan, pastu prepare hal Redza pulak.
Semalam sengaja laki bini lepas Subuh tido balik, memang deep sleep terus.
Terasa segar je bila bangun. Hilang letih terus.

Nak siapkan preparation Redza ni ingatkan macam takde apa sangat, paling-paling pun buat medical check up and beli baju skolah je yang paling heavy. Sekali, bila list down apa benda nak kena buat, 3-4 helai jugak la. Dari medical check up, beli kasut skolah, beli baju skolah, beli new sport shoe, buatkan extra cermin mata, pi scaling gigi, ambik ubat kat klinik. Pulak tu Redza takde baju berkolar sebab dia suka hanya round neck, sekali MRSM lansung takleh pakai round collar, jenuh la pi shopping baju T Shirt berkolar. Redza tak pernah ada seluar slack, semua jeans. Tapi jeans tak boleh bawak. Terus pi shopping seluar slack pulak. Pastu segala tok nenek cermin muka, nail clipper, toiletries, tambah spender, tambah baju melayu, bla bla bla bla bla - settle RM6K. Ni blom masuk buku skolah lagi ni. Buku skolah belum beli lagi sebab tak dapat senarai. Belum masuk flight ticket. Belum sewa kereta. Belum hotel.

Ada satu hari tu aku tengok bil macam - eh, baru pagi tadi aku keluarkan duit RM3K, apesal petang dah tinggal RM500?

Pastu teringat En Wan kata.
Masa Redza dapat tawaran tu, En Wan join group parents yang anak-anaknya dapat MRSM kat Malaysia.
Dalam tu ada some parents yang tanya MARA tak ada sediakan dana ke untuk pinjaman mak bapak buat preparation anak-anak ke MRSM?
Aku baca pun macam ... hmm... eh banyak nau ke belanjanya sampai nak mintak dana?
Sekali sendiri buat preparation - nangis.

Korang yang anak-anak ambik UPSR or PT3 tahun ni, put aside at least 10K.
Tahun depan entah-entah barang lagi naik harga 😱.

Redza dapat offer SBP serentak dengan MRSM on the same day.
SBP dia dapat Sek Men Sains Sultan Ahmad Shah Kuantan.
Aku tanya dia "Nak masuk mana? Kalau Kuantan dekat sikit".
Dia yang pilih nak MRSM Langkawi sebab hari tu interview sana jadi dia dah tau keadaan skolah macamana.
Ok fine. Kau yang pilih, kalau kau melalak, siap!



Antara preparation bapak dia - tempah sticker nama untuk gosok kat baju.
Aku tak tau menahu wujudnya sticker macam ni sebab zaman aku dulu bapak aku tulis pakai marker je. Tapi disebabkan En Wan nak buat, jadi kau lah yang gosok, ok? Aku taknak terlibat 😆.



Kitorang pegi naik flight je. Senang. Pak Aji and Mak Aji join.
Patut Acu and Mak Su dia ikut sekali tapi Acu demam.
Jadi dia hantar sampai airport je.
Masa masuk departure hall tu yang kemain melambai-lambai si Rayyan.
Beria-ia dia melambai-lambai Acu, macamkan kau pulak yang masuk MRSM. 



Sedang belajar men-skema-kan diri - pakai T Shirt berkolar butang sampai atas 😂.



Naik Malindo - sebab Mak Aji ngan Pak Aji belum pernah naik Malindo lagi. Tu je reasonnya.



Thank you this reader.
Lepas touch down aku dapat copy whatsapp ni dari another reader.
Dia ni tinggal kat Langkawi, willing nak tengok-tengokkan Redza.
Terharu aku. Terima kasih.



Masa sampai airport Langkawi, kereta sewa belum datang.
Dia lambat sikit sebab pi basuh kereta dulu.
Oklah tak kisah. Pi mentekedarah dulu apa-apa hal.
Aku simple je, janji ada tempat nak mencekik, settle.



Ntah apa punya konsep restoran ni, mangkuk-mangkuk dia semua besar-besar.
Aku konfius ni mangkuk ke besen?
Dah macam boleh benamkan muka aku dalam mangkuk.



Mula-mula keluar airport, terus pi MRSM.
Sebab nak beli cadar, selimut and top up baju skolah sekali.
Cadar and selimut kena beli kat ko-op.
Sementara mak bapak belum ramai sampai Langkawi, meh le kita terjah dulu beli apa-apa yang patut.



Aku kagum ko-op dia ada jual kinder egg 🤔.
Ada jugak yang makan kinder-egg kat sini ya?
Aku ingatkan Rayyan je yang berkenan ngan kinder egg ni.
Masa interview hari tu kitorang tak bawak Rayyan ke sini.
Dia tinggal kat hotel dengan nenek dia sebab masa tu dia baru lepas bersunat, payah nak jalan.
So hari tu dia masuk sini kemain riang lagi "Ma, adik suka la datang sini. Macam kat Shell!".
Dia ingat ko-op ni sejenis Select kot.
Aku cakap kat En Wan, ni kalau si Rayyan yang blaja sini mau sebulan masukkan RM300 pun tak cukup.



Lega aku bila ko-op ada jual baju skolah sekali.
Aku top up lagi baju Redza, just in case kot dia jadi bertambah gemuk kat sini kan, beli yang besar sikit. 



Hotel lobby.
Kitorang duduk hotel 3 star je kali ni - Langkawi Seaview.
Supaya nak dekat dengan skolah. Ingatkan takde orang nak duduk sini. Rupanya ada 3-4 family yang hantar anak ke skolah sama lepak hotel ni gak.
Hotel ni not bad sebenarnya. Kitorang ambik Premier Suite - lebih besar.
Dalam RM250+ 1 malam. Ambikkan 2 bilik, connecting door biar senang Rayyan keluar masuk jumpa atuk dia.

Food dia ok, semua sedap.
Breakfast ada nasik lemak, mee utara, kueytiaw, nasik beriani, bubur nasik, waffle, egg station, cereals, selection of cakes and breads - kira boleh makan and sedap kat tekak aku.




Macam biasa, walaupun baru lepas lunch, tapi kalau masuk hotel je aku akan order club sandwich. Itu memang sumpahan kalau masuk mana-mana hotel. Lagipun aku kena be ready sebab budak-budak ni semua lepas terjun kolam selalunya kebuloq. Jadi makanan kena standby.



Petang malas nak ke mana-mana sebab panas. Tengok laut dari balkoni je lah. En Wan saja round sorang-sorang jumpa pasar malam. Lalu, menapau berjenis-jenis kuih. Maka petang tu melepak beramai-ramai dalam bilik Mak Aji minum teh sambil makan kuih.



Untuk kali ketiganya, aku dinner kat Restoran Bamboo ni.
Dekat je ngan hotel. Dekat jugak dengan Bayview Hotel.
Restoran ni seafood dia banyak pilihan, dan tak berapa ramai orang sangat. Jadi cepat sikit dapat makanan. Yang penting tomyam sedap.

Hari tu kitorang makan :

ikan siakap bakar 🐟.
butter prawn 🦐.
crispy squid 🦑.
tomyam seafood 🍜.
kangkung goreng ikan masin 🥕.
ayam goreng 🍗.

Siap minum, untuk 5 orang makan (Rayyan share ngan aku) - baru RM150.
Heaven tak?
Untung jadi orang Langkawi.
Tapi ini harga kat pekan Kuah. Kalau kau makan kat area Cenang insyallah double kot.




Pagi esoknya.
First round ambik bubur ikan and omelette.
Makan dengan anak kera.

Second round aku ambik french toast, cheese and fries.

Third round aku balun nasi goreng.
Dah round ketiga masih boleh sumbat nasi ok? Kau, mampu?



See?
Ok lah breakfast kat sini. Untuk standard hotel hanya 3 star, aku rasa ini dah bagus sangat.
3 star Langkawi dengan 3 star KL beza kot.
Kalau 3 star KL tu cokia sangat aku tengok makanannya.
Ini baru main station. Belah kiri aku ada 2 small stall lagi tempat makanan. 



Tua sangat nampaknya laki aku dalam gambar ni.
Muka kepenatan.
Memang En Wan penat siapkan urusan Redza kat sana.
Aku cuma follow masa baju skolah, beli kasut and beli toiletries je.
Yang lain dari medical check up, buat spek, pi dentist, shopping baju and seluar dan segala urusan booking hotel, flight, kereta sewa - semua dia.
Dia kata kalau bawak aku leceh. 
Kalau aku, anak-anak berani bagi second opinion. Tapi kalau dengan En Wan apa je bapak dia tunjuk maknanya that is final say. Kau takde pilihan lain melainkan setuju 😂.

Memang sakit ati sebenarnya.
Tapi most of the time, apa yang dia suggest tu selalunya praktikal.
Aku dah kebal dah kalau suggestion aku kena reject. Aku rasa Redza pun dah slowly mengebal.
Yang belum kebal lagi Rayyan. Manjang je bapak dia kena sound balik ngan dia 😂😂.



Ahad takde apa plan pun sebenarnya. Cuma nak gosokkan baju-baju Redza je and berehat kat hotel bagi budak-budak ni spend time dalam kolam. Tapi, En Wan ni mana reti memerap kat hotel. Dia ajak semua keluar. Memandangkan Mak Aji ada, jadi dia ajak pi Idaman Suri. Aku belum pernah masuk lagi Wisma Idaman Suri. Kalau Idaman Suri shoplot tu pernah. Mula-mula masuk macam takde apa nak beli je. Saje melayankan Mak Aji nak cuci mata.

Rupanya aku masuk salam column.
Bila aku nampak Mak Aji ada kat column pinggan mangkuk, aku pun zassssssssss.
Dan terjebak....

Sebenarnya takde plan lansung nak shopping pinggan.
Sebab aku bukan jenis yang kumpul pinggan mangkuk.
Set dinner kat rumah aku ada 2 jenis je.
Dua-dua beli kat Langkawi.
Yang satu tu Mak Aji belikan 16 tahun lepas sempena aku nak kawen. Corak bunga tu pun dah tak jumpa dah sekarang.
Lagi satu aku beli 4 tahun lepas masa ada keje kat utara.
Tapi bukan selalu pakai pun. Kalau buat open house aku pakai pinggan plastik gak 😂.



"Mama beli yang tu"

Tapi En Wan yang minat set dinner bunga-bunga pink tu.
Dia yang nak beli ok, bukan aku. Pelik tak? Hahaha.
Mak mertua aku kan duduk sekali, jadi dia saja la beli set pinggan baru, seronok sikit mak dia kalau barang-barang kat dapur tu bertukar.

Bila dah bungkus-bungkus baru pikir, ni camne ceritanya nak angkut naik flight ni?
Aku 3 kotak, Mak Aji 1 kotak. Dah ompek.
Cekelat belum beli lagi time ni.
En Wan kata "Takpe, itu pikir kendian".




Lepas Idaman Suri, singgah Hj Ismail. Sebelah je pun.
Kali ni aku just beli biskut Nutella ni and Daim je. Dua-dua pun stok Rayyan.
Sebab cokelat yang aku beli masa hantar Redza interview dulu tak berganjak pun lagi. Masih penuh satu drawer sayur.

Penat merebut cokelat, lepak jap kat warung depan Hj Ismail.
Sebelum pi Cenang....



Masa ni aku ngan Mak Aji duduk dalam kereta. Sebab panas sangat. Malas nak keluar.
Saje je layankan budak-budak ni nak cecahkan kaki kat air laut.
Cadangnya cecah-cecah kaki je, tapi bila masuk kereta baju Rayyan kuyup. Aku tak tau la dia cecah kaki ke badan.

Kegedikkan beliau....






Selesai menggedik, pengsan dalam kereta.

Aku baru tau kereta Alza seat depan dia boleh duduk sorang lagi.
Seronok nau anak aku dapat duduk depan sederet ngan mak bapak.
Siap suruh aku beli kereta ni terus.



Jeng Jeng Jenggggggg.
Deretan lauk-pauk yang best gila!
Jangan tanya kat mana, sebab kitorang pun tak ingat warung ni kat mana.
Kitorang dalam perjalanan balik dari Cenang ke hotel bila nampak ramai orang kat kedai ni, terus stop dan makan.



Ada hantu ulam kat sini?
Warung ni banyak ulam.
Another thing yang best kat sini - air sirap, teh o ais and air putih semua free flow!



Kolam dia indoor, jadi ko boleh berendam sampai 10.30 malam.
Tapi En Wan kata air dia sangat sejuk sebab in door.



Sampai je hotel, budak-budak ni berendam dalam kolam.
Aku orderkan makanan, dan silakan makan kat bilik atuk ya.
Sebab mak kau nak membuta tanpa sebarang gangguan 😊.



Bapak beliau tengah adjust sampin MRSM.
Dorang kena pakai sampin ni every week untuk solat Jumaat jadi nak kena adjust kan labuh dia supaya Redza tau nak lipat paras mana nanti.



Akhirnya setelah 3 kali percubaan, barulah malam tu dapat makan kat Wan Thai.
Semua sedap. Patutlah sentiasa penuh orang kat sini.

Malam tu kitorang makan :

🍏 tomyam campur
🍏 siakap 3 rasa
🍏 crispy squid
🍏 ayam pandan
🍏 kerabu mangga
🍏 telur bistik
🍏 air
🍏 free buah tembikai

Total RM220.

Aku rasa kalau makan kat area Cenang mesti harga dia around ni jugak walaupun gerai biasa.




Next morning.
This is the day.

Macam nak hantar orang pi haji oii.
Beg besaq sampai 2 bijik.
Yang dua orang kat tepi tu mengimbau kenangan la tu.
Sorang pegang baju-baju yang bergosok. Sorang lagi pegang X-Ray.
27 tahun yang lepas dorang hantaq aku masuk asrama.
Kali ni dorang hantar cucu pulak.
Alhamdulillah panjang umur. Semoga berterusan boleh tengok semua cucu-cucu dia kawen.



Anak kera jangan tinggal.



Kalau tanya aku excited ke tak bila Redza masuk asrama, honestly jawapan aku "Biasa-biasa je".
Aku lebih rasa takut dari rasa excited.
En Wan lebih excited.
Dan aku sangat faham kenapa dia excited.
Sebab aku sendiri witness macamana dia monitor Redza dari kecik sampai Redza darjah 6.
Aku tengok how sistematik dia susun jadual study Redza.
Dia yang bersengkang mata tunggu Redza buat latih tubi setiap hari.
Dia yang handle, aku tak.

Kalau tengok cara Redza, takkan ada sorang pun sangka dia akan dapat masuk boarding school.
Sebab honestly sepanjang dia darjah 6, tak ada 1 hari pun dia lalui tanpa tak main game.
Everyday main game. En Wan allow dia untuk terus main game dengan alasan - everyday dia study degan abang.
Ok fine.

Waktu yang Redza betul-betul stop main game was on UPSR week je. Pastu sambung balik.
Jadi, bila Redza dapat masuk boarding school, En Wan memang menangis.
Pulak tu result keluar serentak dengan SBP.
Tambahan lagi En Wan tak pernah masuk asrama, jadi ini pengalaman pertama dia.
Dia wajar lah rasa seronok. Aku bagi chan 😆.

As for me, ini kali yang ketiga aku masuk asrama 😂😂.
Maka lojiklah la aku rasa biasa-biasa je.
Yang aku takut Redza ni bertahan ke tak.
Aku takleh imagine kalau kau tak bertahan macamana ko nak hadap bapak kau. Tu je yang aku pikir. Sebab tu aku tanya dia ko nak masuk ke tak? Kau nak masuk, ko jangan keluar. Kalau kau keluar memang ko hadap la bapak kau punya bentan.



Teacher Nurul 'Izzah, biology teacher kat MRSM Langkawi yang juga blog reader.
Nasib kau lah Redza ada spy mak kau kat sini 😂.



First time aku masuk blok asrama lelaki oiii. Hahahah.



Mak Aji mengulang sejarah mengaturkan barang-barang untuk cucu dia.
Dulu dia aturkan barang-barang anak, now cucu.
Aku biorkan je. Kasik chan.



Hasil susunan Mak Aji dan menantu beliau.
Aku buat apa?
Aku ambik gambar. Kahkahkah.



Taklimat pengetua dan pengenalan program IGCSE.



Masa dengar taklimat tetiba Redza tarik tangan aku, genggam
Allah...macam nak gugur airmata aku.
Tapi aku tahan. Sampai habis sepaket Strepsil aku kunyah semata-mata nak distract diri sendiri dari menangis. Sudahnya apa pengetua cakap kat depan pun aku tak dengar sebab sibuk nak tahan airmata.

Aku taknak nangis kalau boleh nanti Redza sedih.
Aku nak bajet cool je kalau boleh.



Lepas taklimat, perjumpaan homeroom teacher dengan anak-anak homeroom.



Aku Janji.
Aku janji aku tak lari asrama macam mak aku.
Kahkahkah.



Mana-mana pun boleh tido.
Tido sambil duduk tegak macam ni pun bolehhh.




Walaupun MRSM Langkawi program IGCSE, tapi dorang ada mini ulul-albab.
Ini surah-surah hafazan yang wajib hafal ikut tahun.



Beberapa jam sebelum aku tinggalkan dia.




Gambar paling mahal abad ini, kan?
En Wan lah pen-spoil!
Aku dah tahan airmata menjak pagi lagi tau.
Aku ingat aku dah berjaya dah.
Sekali time balik dia peluk Redza terus dia nangis, aku pun apa lagi, berderai la sama.
Redza cool lagi masa papa dia peluk dia.
Bila dia peluk aku, terus dia nangis.

Walaupun mak kau memetir tiap hari, ternyata sedih jugak kau nak tinggal jauh dari mak ko kan.
Semoga dia tabah kat sana.
Aku tau dia ok, cuma maybe dia homesick sikit.
Harap dia tak ikut jejak langkah mak dia 2 kali masuk asrama, 2 kali keluar.




Gambar terkini dapat dari homeroom teacher and Teacher Nurul.
Ni gambar semalam masa team building.

Ada yang tanya Redza homesick ke tak?
Homesick tu memang ada la.
Selalu sms, kadang nangis gak.
Tapi yang pelik tu dia cari aku je. Ngan bapak dia tak berani dia.
En Wan cakap sebab dia tau aku boleh bertolak-ansur dengan dia. Kalau ngan bapak dia memang kau kena tengking balik lah.

Biasa la kan, sebenarnya ok.
Tapi ada certain time dia akan jadi down especially waktu-waktu hening like Subuh and Maghrib.
En Wan kata kalau susah-susah sangat mintak warden rampas je henfon dia.
Hahah, Kejam kan laki aku?

Tapi tadi Mummy homeroom dia bagitau "Based on kaunselor yang dok tengok-tengokan kan dia ni, he ate well, even masa picnic tu pun, makan nasi goreng habis semua, and an hour later makan spageti pula, habis juga. By right it shows that he's okay. Sebab ada budak mogok tak makan sebab nak balik. But Redza isn't like that. Just to make you feel a bit okay, Redza is fine here. In fact, they are going to have a talent time, and Redza came out with an idea about friendship. He prepared the script tadi".

Sakit ati kan baca?
Ngan aku kemain lagi kau mengongoi-ngongoi.
Tapi sebenarnya kau ok je kat sana.

Doakan Redza ok kat sana ya.



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 4:51 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER