walk on wings, tread in air: Jual produk murah tapi dia sendiri pakai produk mahal. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Jual produk murah tapi dia sendiri pakai produk mahal.
2017-02-10


Semalam dapat whatsapp dari reader.
Dia ni kerja kat company supplier barang makmal.
Seronok pulak sesekali dapat mengimbau kenangan buat sales biotech.
Tetiba aku teringat hujung tahun lepas aku ada offer nak buat sales coaching, kan?
Alamak sorry, serious aku terlupa. Busy gila, tau-tau je dah Feb.
Aku tak sure bila boleh start, tapi kalau rasa-rasa nak PM aku tanya apa-apa macam budak ni buat, insyallah boleh la kot share sikit-sikit pengalaman.

Pastu tadi pagi ada sorang lagi hantaq email.
Tapi bukan pasal sales, but pasal integriti katanya.
Dia kata dia terserempak dengan sorang owner produk beli produk skin care kat kaunter padahal owner tu sendiri jual produk skin care dan rajin up muka sendiri dengan kulit floless. Katanya hasil penggunaan produk sendiri. So this reader tanya soal integriti.

Ok, mula-mula sekali, kita kena bersangka baik. Selagi boleh cari sudut positif, kita cari positif dulu.
Sebab kalau kita cari negatif, memang akan jumpa punya. Jadi, apa kata kita cari positif dulu, insyallah jumpa jugak.

Aku pun pernah ternampak sorang owner produk masuk Sephora beli barang mekap.
Tapi, takde yang pelik.
Sebab kita kena paham, dia produce produk yang lebih kurang sama, bukan produk yang sama.
Jadi, bila dia produce produk yang lebih kurang sama, maka tak salah untuk dia beli produk orang lain juga yang nampak macam sama tapi sebenarnya tak sama.
Contoh, aku jual shawl, tapi aku beli shawl Neelofa. Salah ke?
Shawl aku dengan shawl Neelofa dah tentu tak sama.
Mungkin tak sama dari segi warna, material, and design.
Takkan kita nak pakai produk sendiri je. Sebagai produk owner, berapa juta produk pun yang aku ada, kan. Nak juga try produk lain.

Mungkin betul, owner tu ada juga pakai produk lain untuk tambah-tambah tapi itu tak bermakna produk dia tak bagus.
Kalau orang lain guna produk dia dan kata bagus, apa sebab pulak kita nak pertikaikan kenapa dia beli produk kat kaunter?
Tujuan sesuatu produk dihasilkan adalah untuk menyelesaikan masalah.
Produk yang dia hasilkan mungkin menyelesaikan masalah korang tapi belum tentu selesaikan masalah dia sendiri.

Contoh, customer yang guna Cleansing Bar aku dia kata sabun tu rupanya boleh cerahkan kulit.
Aku baca testimoni pun macam....eh ye ke? Aku tak tau pun ada added value.
Setau aku produk aku ni khas untuk jerawat, ekzema and oily skin.
Celah mana yang boleh cerahkan kulit?
Pastu aku baru teringat, itu kulit dia.
Kulit aku mungkin takde efek. Kah Kah Kah.
Mungkin kulit aku memang jenis takkan bertukar warna walau kau rendamkan aku dalam klorox.

So kat sini kita kena faham, keperluan kita tak sama.
Mungkin owner tu beli another skin care kat kaunter sebab kulit dia perlukan extra care yang produk dia tak boleh bagi.

Sama la macam orang yang jual lipstik tapi kau nampak dia kat kaunter beli lipstik.
Pastu pi jaja cerita "Jual lisptik murah tapi dia sendiri pakai lipstik mahal".

Salah tu!
Dia pi kaunter bukan sebab nak beli lipstik mahal.
Tapi sebab warna yang dia nak tu hanya ada kat kuanter tu saja,
Kan senang kalau pikir positif? Selesai masalah.
Nak serabutkan kepala pikir negatif pasal orang lain buat apa.

Sesetengah orang kita ni punya perangai pulak yang aku perati, dia suka pertikaikan kenapa owner produk beli produk mahal sedangkan dia tak pakai pun produk dia sendiri yang dia jual murah tu.

Macam yang aku cakap tadi, keperluan kita tak sama.
Orang kita ni suka kalau wujud produk 17 Dalam 1 tapi harga less than RM50.
Kalau boleh dalam satu produk mesti boleh lebatkan rambut, cantikkan kulit, putihkan celah kangkang, bagi tenaga, susuk kemut, panjangkan bulu mata, putihkan gigi - serentak semua dalam 1 botol.
Pastu pertikaikan apesal harga mahal sangat.

Memang boleh nak sumbatkan semua kebaikkan dalam 1 botol.
Contoh paling mudah aku bagi bahan pemberi tenaga.
Bahan yang nak boost energy banyak.
Kopi boleh. Badam boleh. Even pop corn pun boleh (sebab karbohidrat). Bawang putih pun boleh.
Tapi ada jugak bahan lain macam ikan salmon dan hummus. Tapi mahal lah sikit sebab energy booster dia lagi kuat.
Nak lagi powerful pun ada, pakai vitamin premix terus. Lagi powerful.

Maksudnya kat sini, produk A memang boleh bagi energy, tapi sebab kebanyakkan orang nak yang murah, jadi pengeluar gunakan kopi atau badam saja.
Memang boleh bagi tenaga, tapi kalau dia guna vitamin premix lagi berdesup tenaganya.
Tapi mahal lah, selalunya kalau mahal orang taknak beli.
Nak murah tapi nak semuanya powerful, abis camno?

Sama lah jugak macam skin care.
Mungkin betul founder tu beli skin care untuk diri sendiri kat kaunter.
Dia tak gunakan skin care sendiri sebab dia nak dapatkan result lagi wow.
Bukan bermaksud tak percaya pada produk sendiri, tapi dia nak cari produk yang kandungannya jauh lebih wow.
Tak salah pun.

Pernah tak dengar ada orang yang dah biasa pakai produk contohnya SKII, dia takkan bertukar dah kepada produk lain?
Sebab walaupun pada pandangan mata kasar kita nampak macam eh sama je hasil muka dia dengan muka aku yang pakai produk murah ni.
Hakikatnya takkan sama.
Lebih kurang yes, tapi takkan sama.

Macam aku dulu pakai compact powder Clinique, pastu tukar SKII, pastu try Dior then Shu Uemura.
Rasa macam serasi dengan Shu Uemura.
Ada sekali tu Clinique buat promotion, aku beli Clinique.
Tetiba rasa eh awat berat je muka aku ni?
Padahal dulu aku pakai Clinique powder.
Bukan maksudnya tak bagus powder Clinique ni tapi sebab aku dah pernah pakai yang lebih bagus. Now aku teruskan dengan Shu Uemura je.

Harapnya entry ni menjawab kemuskilan penanya.



Siapa yang beli COMBO DEAL GREENAARD dapat extra 20 points ok? 
Kalau selama ni untuk Combo Deal dapat 360 points, now kita bagi 380 points.
Valid sehingga 19 Feb only.
Klik link kat bawah tu untuk beli.





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 2:56 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER