walk on wings, tread in air: Hak yang mana? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hak yang mana?
2017-02-02


Status malam tadi.
Dan seperti yang dijangka, disebabkan status ni, pagi ni berjujuk email masuk.
Dan 95% cerita tentang suami masing-masing dan semuanya cerita pasal nafkah.
1-2 email baca sampai habis.
Email yang seterusnya aku scan-scan je sebab macam lebih kurang je jalan cerita.
Maka dengan ini, aku jawab sekali harung je lah kat sini sebab kisah korang pun tak jauh beza.

Bila cakap soal tanggungjawab suami/isteri, boleh dikatakan 99% tertumpu pada soal kebendaan dan duniawi. Jarang orang nak pertikaikan tanggungjawab solat jemaah sama-sama, atau ajar isteri hal agama - jarang. Yang selalunya dibangkit-bangkitkan - duit. Kebanyakkannya isu ni lah. Dan selalunya isu ni lah jugak yang jadi penyebab bercerai.

En Wan penah sound aku setepek.
Bukanlah sound, tapi statement dia tu buatkan aku terfikir jugak ada betulnya apa dia kata.
A few years back, ada kenduri kawen keluarga.
Perlu pakai warna tema sedondon kaler yang sama.
Aku dah bajet-bajet nak beli kain lace bagai. Nak En Wan tempah baju melayu warna yang sama jugak.
Selalunya aku akan pakai duit sendiri tapi hari tu gatal mulut nak mintak En Wan belanja baju baru.

En Wan cakap dengan penuh sardin "Dia cakap kena pakai warna biru kan? Dia tak cakap kena pakai baju warna biru yang baru kan?"

Oh pedihhh!
Dalam 2-3 minit jugak aku terdiam, nak menjawab tapi takde jawapan sebab apa dia cakap tu betul.
Selak almari, nampak ada 3-4 helai baju kurung biru. Ada yang aku tak perasan pun baju tu wujud dalam koleksi.

Selalunya isteri (macam aku), gagal faham antara keperluan dan kehendak.
Bila kehendak tak dipenuhi, tu yang terasa macam suami tak cukup bagi.
Terasa macam sempitnya rezeki padahal tak timbul soal sempit rezeki lansung.

Perasan tak, masa kita (aku) merancang nak kawen, kita sanggup share segala benda. Tong-tong bak kata orang. Masa tu tak kisah sangat.

Bakal suami : Awak nak hantaran barang kemas satu set ke? Saya tak cukup duit ni.

Bakal isteri : Takpelah, awak beli cincin belah rotan pun takpe, buat syarat je.

Segala benda "Takpe".
Janji kawen.

Tak pergi honeymoon pun takpe, janji dah boleh duduk serumah.
Duduk berdua pun namanya honeymoon juga.
Rumah takde sofa pun takpe.
Pakai dapur 2 stove beli kat Giant harga RM49.90 pun takpe, janji boleh masak.

Segalanya tak kisah, sebab masa tu isteri berjiwa besar.
Rasa cinta dan sayang masih menebal membuatkan isteri lihat segalanya sebagai sebuah kesempurnaan.

Tapi bila usia perkahwinan bertambah, isi rumah bertambah, keinginan isteri pun bertambah.

"Taknak ke tukar TV pakai flat screen?"

"Besaqkan dapur nak? Biar ada breakfast kaunter sekali"

Usia perkahwinan buatkan isteri nampak banyak ketaksempurnaan pada suami dan mula tuntut yang bukan-bukan sedangkan dalam Al-Baqarah ada sebut "Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang maaruf, seseorang tak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya" (233).

Rasulullah saw pun ada cakap "Kewajipan suami beri makan jika ia makan, beri pakaian jika ia berpakaian, tak boleh pukul mukanya, tak boleh mempersendakannya dan tak meninggalkannya kecuali di tempat tidur (kalau isteri lawan suami)".

Maksudnya kat sini, semua benda kena ditimbang-tara.
Kalau dulu kita sanggup kawen ala kadar sebab bajet suami yang sederhana, kenapa makin hari makin tukar pulak kriteria?

Aku sebagai perempuan pun mengaku isteri memang banyak permintaan yang pelik-pelik.
Yang tak perlu. Tapi sebab nak ikut trend maka, paksakan diri buat jugak.

Salah satu email yang aku scan tadi dia kata dia lari balik rumah mak 2 minggu dah sebab letih berjimat. Suami tak usaha nak cari duit lebih (katanya suami kerja pembantu makmal).

Aku banyak terima komplen macam ni sebenarnya.
"Suami saya tak macam suami orang lain yang sanggup buat online bisnes...bla bla bla"

The grass is always greener on the other side bak kata omputih.
Bini orang selalunya lebih cantik dari bini kita.
Suami orang lebih best dari suami kita.
Always macam tu lah.

Ujian tu kadang datang bukan sebab suami tak usaha lebih, boleh jadi sebab isteri yang masih ada mazmumah dalam diri. Begitu jugak sebaliknya.
Jadi Allah datangkan ujian melalui suami/isteri.
Yakinlah setiap ujian tu untuk bersihkan hati, untuk tambah nilai kita.

Tuhan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.

Kadang tu kita nak muka macam Fattah Amin dan keje pilot tapi sebenarnya bukan itu yang kita perlu sebab Tuhan tau kita jenis cemburu tak tentu arah maka dibaginya kita laki wajah-wajah sendu sikit.

Kita nak laki kita buat bisnes tapi Tuhan lebih tau kalau suami kita berbisnes nanti dia ada tendency untuk leka dengan urusan bisnes sampai tak ada masa dengan kita dan anak-anak.

Bukan semua yang bagus berlaku kat orang akan bagus kalau berlaku kat kita.
Kalau jadi pilot tu bagus untuk semua orang, dah lama semua orang jadi pilot.

Manusia ni kalau diberi sehelai kertas untuk tulis apa yang dia nak, mau dia mintak 34 lampir kertas. Banyak sangat yang dia nak. Tapi bila ditanya apa benda yang dia perlu, selalunya takkan dapat jawapan sebab dia sendiri tak tau apa yang dia perlu.

Kita kena percaya rezeki datang dari Allah dan setiap perkahwinan Allah datangkan dengan rezeki.
Dan rezeki bukan hanya pada duit je.
Anak-anak kau sihat tak keluar masuk hospital pun rezeki.
Anak kau pandai blaja pun rezeki.
Dapat suami yang tak berkira dengan mak bapak mertua pun rezeki.

Nafsu pompuan ni banyak.
Nak lawan nafsu memang payah.
Tapi kalau didik nafsu, insyallah boleh.

Fitrah nafsu ni suka mintak-mintak.
Lebih kurang macam budak kecik.
Cuba imagine kita didik nafsu macam kita didik anak kita, jangan biasakan bagi apa yang anak kita mintak, lama-lama nanti anak kita faham apa yang boleh mintak apa yang tak boleh.
Kalau kita didik anak kita dengan cara bagi je apa benda yang dia mintak, lama-lama anak tu akan ada sikap sentiasa nak kemahuan dia kita ikutkan.
Macam tu lah jugak nafsu. Ce ajar dia sikit.

Dulu aku sakit ati gak ngan En Wan, asal aku mintak ada je yang dia tak luluskan.
Membazirlah, tak payah lah, dah ada lah, pakai yang lama lah.
Aku kan dulu buat sales, so nak bergayalah, biar nampak elegan dan meyakinkan.
Berhabis jugak la dulu asik membeli baju opis. Walaupun beli kat AEON je tapi kira mahal sangat dah tu dengan gaji aku dulu.

Alahaiii, keciknya jiwa aku. Bergantung sangat kat penampilan untuk cari rezeki. Berhabis betul membeli baju-baju ke opis. Kasut aku dulu walaupun hanya Vincci je tapi ada la kot 10 pasang. Sampai ada yang buruk dalam simpanan sebab tak pakai-pakai.
Sekarang, tanpa penampilan yang hebat, hanya Darth Vader sepanjang masa, tak perlu keluar for coffee or dinner dengan client pun - masih boleh cari rezeki, malah Tuhan bagi lebih dari dulu. Baru aku tau betapa rezeki tu bukan bergantung pada penampilan. Kalau Dia nak bagi, Dia bagi.

Sebab tu Allah kata kita hanya perlu kejar akhirat. Urusan dunia Dia uruskan.
Buatlah apa yang Dia suka, walaupun apa yang Dia suka tu tak nampak glemer dia mata manusia.
Biarlah takpe.
Hal dunia ni, biar Dia uruskan.
Kita usaha mana yang mampu. Asal tak hidup dengan meminta-minta.
Selalunya, bila kita terlampau tumpu pada urusan dunia, urusan akhirat kita akan tangguhkan. Solat pun lambat.
Bila asyik pikir pasal hal kerja, hati tak tenang, hilang mood.
Bila hilang mood, solat pun malas, baca Quran pun malas. Bangun malam lagi malas.

Allah dah pesan - jalan keluar dari masalah ialah sabar dan solat.
Tapi kita solat dan doa sikit pun dah rasa macam banyak sangat. Allah..





W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools

posted by aveo757 @ 1:18 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER