2017-02-13

Apa yang aku guna.


Ni sebenarnya entry tak aci.
Sebab aku cut and paste je dari IG aku.
Actually Jumaat lepas ada reader request aku tunjuk beauty product yang aku guna.
Tapi aku malas gila weekend nak update blog.
Jadi aku dah tepek semua gambar ni kat IG.
Korang boleh tengok kat side bar belah kanan ni ada appear gambar yang sama. Tu gambar dari IG aku.
Tapi memandangkan aku privatekan IG, jadi aku tak sure if reader yang request tu boleh nampak ke tak, so aku cut and paste je lah kat blog. Ada soalan yang aku cuba reply dalam entry ni. Boleh baca kat belah bawah-bawah sekali.

Ok, kita start dengan gambar dulu ðŸ˜Š.




Aku jawab soalan @feeqaz kat bawah sekali nanti.




Sorry, kebanyakkan harga aku tak ingat.
Yang aku boleh ingat pun refill untuk eyeliner sebab baru topup Sabtu lepas.




Aku sebenarnya tak pandai mekap mata pun. Tapi sebab aku dah start beli bekas yang besar, macamana pun aku akan cuba penuhkan jugak. Pakai sekarang atau pakai kemudian itu lain cerita. Most of the time aku tak pakai, tapi seronok bila tetiba nak pakai, benda tu ada. Macam 2 tahun lepas masa anak sedara En Wan kawen tetiba takde tukang mekap. Kebetulan eye pallete ni ada, so time ni la nak guna.




Aku bukan a makeup-person.
Seumur hidup aku, cuma 1 je lipstick aku yang benar-benar habis - Clinique Sugar Bean (takde dalam gambar sebab dah habis ðŸ˜†).
Yang lain, semuanya separuh jalan.
Barang makeup aku yang selalu habis hanya eyeliner je. Macam lipstick selalunya pakai 5-6 kali then aku bagi orang. Aku rasa antara dalam gambar ni lipstick C akan aku bagi orang dulu sebab salah beli. Tapi lipstick Lancome tu memang jatuh cinta betullah!





Yes, memang sejak dari awal lagi aku nak buat Makeup Remover ni pek besar terus.
Tapi En Wan kata style kebanyakkan orang yang beli barang online selalunya tengok harga dulu baru tengok the goodness of the product. Kalau pek besar harga akan jadi more than RM50. Tak semua orang willing nak beli Makeup Remover harga lebih RM50. Sebab dorang akan rasa boleh je basuh muka dengan baby oil. Kecuali kalau dorang dah pernah guna that produk dan tau kelebihan produk tu barulah dorang willing to pay more. Kiranya pek Makeup Remover yang sekarang ni memang introductory pek. Memang dah ramai yang guna Makeup Remover GreenAard mintak volume yang lebih besar. Insyallah, kalau betul masanya dah sampai untuk tukar, kita akan tukar ðŸ˜Š. Thank you sebab support GreenAard.

Ok ni aku nak reply pertanyaan @feeqaz.
Mak dia guna Clinique untuk dry skin problem, after a while dah tak nampak kesannya.
So soalannya betul ke bila kita dah guna satu-satu produk untuk tempoh yang lama, kita jadi resistant?

Jawapannya TAK.

Ada kemungkinan kita yang ubah konsistensi.
Sebab selalunya manusia bersungguh-sungguh gunakan produk awal-awal je.
Maksudnya, konsistensi dan disiplin tu.
Mula-mula guna kita excited, every morning sebelum pi keje - apply.
Slowly, kita dah mula tukar habits - pakia pukul 11 nanti la, at least pakai.
Lepas tu anjak pulak - pakai malam karang la before tido, janji tak miss setiap hari.

Kita kena faham aktiviti setiap badan kita berbeza pace and speed mengikut masa.
Even kalau nak timbang berat badan pun, pukul 9 pagi adalah waktu paling baik untuk timbang berat. Bukan pukul 3 petang.
Jadi, kalau kita start guna that produk pukul 9 pagi, pastikan konsisten guna setiap pukul 9 pagi.
Kita train badan kita untuk bertindak pada waktu-waktu tertentu.
Kalau kita missed waktu-waktu aktif ni, result akan jadi slow.

Another reason, perubahan dalam diet, hormon dan sometimes cuaca pun mempengaruhi tindakbalas produk.

Manusia alami perubahan dalam pemakanan dan hormon hampir setiap hari.
Stress level meningkat pun akan buatkan tindakbalas terhadap produk berubah.
Perubahan jenis makanan pun akan buatkan tindakbalas badan terhadap apa-apa produk yang kita gunakan berubah.
Sebab tu semua produk skin care di kaunter mahal.
Bukan sebab dia branded, tapi sebab setiap produk ada pengkhususan.

Tak percaya, ko pegi Clinique - ada untuk skin corrector, ada untuk age defence, ada untuk anti-blemish, ada untuk dry to dry skin, ada oily to oily, ada untuk combination dry to oil, ada untuk hydrantant, even ada untuk extent thirst relieve (for very dry skin, selalunya yang alah dengan aircond and angin).

Sebab apa all big brands ni tak buat one for all cream?

Sebab mereka tahu tindakbalas badan akan berubah-ubah, and you have to find product yang betul-betul tepat dengan keperluan diri.

Another possibility - faktor psikologi.
Bila kita dah gunakan produk yang sama untuk jangkamasa tertentu, kita dah hilang rasa excited untuk guna lagi. Dan kita mudah rasa ia dah tak berkesan, padahal tak.

Harap explanation ni membantu.

Yang mintak tukar packaging Cleansing Bar kepada bentuk gel, insyallah kita akan buat. Maybe dah sampai masa kita stop bentuk bar and keluarkan terus bentuk gel. Alang-alang, ni testimoni terkini pengguna Cleansing Bar :









W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools