2016-10-18

Kalau muka dah cantik....


Jumaat lepas, aku gi tengok set shooting untuk video GreenAard Makeup Remover.
Dorang buat kat KL. Merasa lah aku menempuh jem yang hamat petang-petang Jumaat kat KL. Dah lama tak merasa jem katanya.
Plan asalnya nak launch produk dengan video.
Tak sempat nak tunggu official video, aku gi up-kan video amateur aku demo makeup remover ni kat FB, eh tetiba dah terjual.
So, teruskan je lah menjual kan. Hahaha.
Memandangkan outdoor scene untuk video ni dah dibuat sebelum aku release video amateur aku tu, jadi teruskan je lah dengan indoor scene ni.
Takpe, nanti aku tau lah apa nak buat dengan video ni.



Dah kenapa aku nak sama putih ngan model?
Adakah aku memang semakin putih?
Kah Kah Kah.

First time aku deal dengan production house.
Dulu pernah la masa zaman-zaman buat iklan kat blog. Tapi itu sebagai pelakon.
Kali ni sebagai client.
Seronok pulak rasanya kerja dorang ni.
Masa dorang datang opis present story board pun aku teruja. Macam nak je offer diri jadi model video sendiri. Hahaha.

Lepas tu masa dorang lampirkan senarai model-model pilihan untuk kitorang pilih, terbuntang-buntang mata laki aku tengok ramai gila pompuan cantik.
Amboi bang..?
Aku pun dulu cenggitu gak sexynya.
Pakkal aku dah jadi Darth Vader, kalau tak, dah tentu production house tu suruh aku je. Kah Kah Kah.




Masa dorang buat outdoor, aku tak join sebab well, ai kan takleh berpanas.
Penat tau i putihkan sikit kulit ni. Kang lebam balik semula.
Jadi, aku ngan En Wan join indoor shooting je.
Itupun sebenarnya aku malas nak pegi, tapi En Wan kata eloklah kita gi tengok. At least kita boleh tengok ok ke tak apa yang dorang shoot tu, kot lah nak adjust kat mana-mana.
Oklah, gi lah jem kat KL tu petang Jumaat.

Boleh tahan lama la oi nak shooting video 2 minit.
Kalau aku jadi model ni dah nangis dah aku.
Maunya tak. Sengih je dah kena berapa kali ambik dari different angle.
Belum lagi scene masukkan botol Makeup Remover dalam beg. Itu pun nak kat 7-8 kali sebab nak shoot dari angle berbeza.
Padahal scene tu agaknya keluar kat video 2 saat je.



Kelihatan kasut pengawas aku di situ.
Sangat bertahan kasut Bata ni, jenuh aku nak tunggu dia jahanam, tak jahanam-jahanam pulak.
Lambat lagi lah agaknya aku merasa beli kasut baru.

Scene dalam bilik air ni quite lama jugak sebab bilik air kecik, jadi kena buat dengan berhati-hati.
Kejap tukar cahaya sini, kejap tukar ke sana.
Pastu basuh muka pun angle sana, angle sini.
Jenuh la tepek mekap, basuh. Tepek mekap, basuh.
Nasib baik Makeup Remover tu memang benar-benar melajukan proses shooting.
Model ni pun cakap "Memang best lah mekap remover ni, saya pakai waterproof kot".

Ya, dik.
Sebab akak dah giveup dengan Makup Remover Shu Uemura yang mahal tu la, maka akak keluarkan Makeup Remover ni.
Settle masalah aku. By bye Shu Uemura.

Lepas tu PA dia tanya "Tapi kan kak, saya dah penah nampak orang jual produk ni. Sebijik macam ni dengan kotak-kotaknya sekali".

Terpaksa lah aku bagitau memang produk ni dah gerak pun kat market.
Tapi aku tak bagitau la produk tu terjual sebab video amateur aku dah keluar lebih awal.
Karang dia terasa terancam pulak dengan model 40-an ni. Mbahahahahaha.



Baru aku tau rupanya, dalam setiap scene solat, dorang memang betul-betul hanya berlakon bersolat.
Sebab masa scene solat ni, kiblat sebenarnya arah lain.
Selama ni kat drama yang scene pelakon tengah bersolat tu, aku ingatkan dorang sebenarnya disuruh buat solat sunat pastu nanti kameraman datang shoot. Rupanya tak. Memang betul-betul berlakon rupanya. Kesian betul aku, dah nak masuk 40 baru tau benda ni.

Tapi betul lah.
Kerja sebagai pelakon and model ni, orang kata sesiapa je boleh buat asalkan cantik.
Sebenarnya tak jugak.
Kalau kau bangsa tak sabar, memang tak boleh jadi model/pelakon.
Aku tengok shooting hari tu pun aku yang rimas.
Sebab sampai 7-8 kali nak cari angle baik untuk masukkan botol Makeup Remover dalam beg.
Nak masukkan botol je dah berapa kali ambik.
Kalau, aku, aku angkat kaki, blah. Wei, banyak lagi keje aku nak buat.

Tapi, bila tengok model-model ni semua sabar dengan permintaan client and fotografer, aku appreciate kehadiran dorang ni.
Jangan ingat dorang ni kaya dengan hanya jual muka.
Jenuh okkkk.
Seb baik client asik ingat nak balik sebab nak mentekedarah.
Kalau dapat jenis client yang tak reti-reti nak balik asik nak mengadap ko buat keje 24 jam? Mati la nakkk.

Tapi ada jangan risau, ada aje market untuk wajah-wajah level-level aku ni.
Cuma tak dapat la nak jadi heroin.
Kalau jadi model pun, maybe model baris yang ketiga yang kalau masuk suratkhabar pun nampak dahi je.
Ce imagine aku jadik heroin Suri Hatiku Mr Pilot. Boleh trending agak-agak?
Boleh.
Tapi trending #heroinjongos #cepatlahhabiceritaniheroinberselipat #killkillkilldiediedie

Jadi, cantik tu perlu.

Contoh lagi.
Kalau nak jual tudung, model tudung kena lawa.
Barulah tudung nampak cantik.
Bak kata En Wan, tudung Fareeda ni sebenarnya yang jadikannya lawa sebab Mawar yang pakai.
Tudung Neelofa pun yang menjadikan tudung tu lawa sebab Neelofa pakai.
Betul jugak bila pikir-pikir balik.
Sebab ada sorang lagi model Fareeda pakai tudung Fareeda tak selawa Mawar pakai. Padahal tudung yang sama.
Model kat website FV yang pakai tudung Neelofa pun aku tengok dia pakai tak secantik Neelofa.

Ramai yang tanya anak tudung yang aku pakai beli kat mana. Sebab katanya nampak cantik terletak.
Bila aku kata aku beli magic inner RM10/pc, ada yang cakap apesal dorang pakai magic inner tak terletak pun bila dipakai.
Ok yang tu takde kaitan dengan muka cantik ke tak.
Yang tu mungkin ada kaitan dengan bentuk muka/kepala.
Sebab ada certain style tudung pun tak kena dengan aku.

Lagi satu kalau jual barang kosmetik.
Warna eyeshadow tu sama je ngan warna eyeshadow lain, tak banyak beza, tapi sebab model cantik, and MUA power, maka eyeshadow tu nampak cantik.
Tapi bila kita pakai, kadang-kadang tak nampak cantik macam model pakai.
Jadi, ada lojiknya kat situ.
Itu bukti bahawa kecantikkan tu boleh dijual.
Sebab tu biasa kita dengar "Eleh, pakai muka cantik, memang la semua nampak cantik".
Jangan kecam ya. Itu rezeki dia.
Kena appreciate those yang cantik-cantik ni. Kehadiran dorang memang membantu.

Masa aku nak buat video Makeup Remover ni aku cakap kat En Wan, takyah la pakai model yang cantik. Kita bukan jual barang mekap. Kita jual barang nak buang mekap.
Kalau jual barang mekap of cos kena ambik orang yang lawa sebab kita boleh 'tumpang' kecantikan dia supaya produk kita pun nampak cantik.
Tapi kalau makeup remover sesiapa pun boleh jadi model sebab nak demo buang mekap je kot. 

En Wan jawab "Lojik, tapi I have the final say".

Fine!



Video amateur. Tunjuk tangan je. Yang tunjuk muka ada KAT SINI:





Nak beli kalu, masuk website GreenAard.
Atau whatsapp 012-7728976.
Atau email health[at]xzizbiotech[dot]com
Atau beli kat agen. Senarai agen dalam website.

Thank you.