2016-10-11
Nak mintak hutang pun kena ada cara jugak.
Dah sebulan lebih email ni dok dalam folder, baru hari ni nak respond. Sorry.
Orang yang berhutang, kita sedia maklum apa masalahnya.
Tapi orang yang memberi hutang pun ada masalahnya.
Apa masalahnya?
Masalahnya adalah bila nak tuntut balik hutang tadi.
Sebelum tu kena tahu yang berhutang ni memang berat.
Nak bayar pun berat.
Nak bagi hutang pun berat.
Dosa tak bayar hutang lagi berat.
Jadi, kepada yang memberi hutang, kalau yakin orang yang berhutang tu tak akan boleh bayar, kau bagi la setakat yang kau rasa kau boleh hilang, yang ko boleh anggap sedekah. Supaya kau pun tak sakit hati bila dia tak bayar balik.
Yang berhutang pulang, kalau rasa memang takkan mampu bayar balik ataupun tak bercadang pun nak bayar balik, tolong jangan guna ayat 'pinjam'. Cakap je ko nak mintak sumbangan seikhlas hati. Hati kau pun tak sakit bila orang taknak tolong, dan hati yang memberi pun tak sakit bila kau tak bayar-bayar.
Aku lupa baca kat mana, tapi statement dia like this : Kalau kita berhutang dengan niat akan membayarnya, insyallah Allah akan permudahkan.
Tapi kalau masa meminjam pun ada niat "Eleh, dia ni kaya kot. Setakat aku pinjam 5K entah-entah dia tak heran".
Jawabnya, memang takkan ada kemudahan la untuk kau bayar balik.
Rasulullah saw sendiri taknak solatkan jenazah orang yang masih berhutang.
Baginda tak tanya apa amalan si mati, tapi baginda tanya samada si mati ada hutang atau tak.
Sampai macam tu sekali berat tak beratnya menanggung hutang.
Jadi, jangan ingat ini benda simple.
Balik-balik mintak halal.
Kalau kita faham betapa beratnya dosa berhutang, kita takkan sakit hati atau berasa hati bila si pemiutang marah kita. Sebab kita kena tahu apa yang kita buat tu memang salah.
Di zaman Rasulullah saw dulu, Baginda pernah berhutang.
Lepas tu, si pemiutang tu menuntut hutangnya dengan cara yang kasar.
Sahabat Rasulullah saw tak puas hati, dia marahnya orang tu balik.
Tapi Rasulullah saw jawab "Orang yang memberi hutang berhak menagih hutangnya" (HR Muslim).
Maksudnya kat sini, kalau si pemiutang nak mintak hutang dia balik cara kasar pun, tak salah.
Bayar hutang ni hukumnya wajib.
Sehinggakan kalau kita dah mati pun, kalau ada harta yang ditinggalkan, harta tu wajib dibuat bayar hutang dulu baru boleh diagihkan selebihnya kat waris.
Tapi aku sebagai orang yang pernah membagi hutang dan akhirnya dikelepet tanpa rasa belas, memang sakit hati. Nak rasa redha tu ambik masa 2-3 hari jugak lah. Lama-lama malas nak pikir. Yang aku halalkan, aku sendiri pi bagitau aku halalkan.
Yang mana yang aku belum halalkan tu samada aku terlupa aku penah bagi hutang atau pun aku belum rasa nak halal.
Kejam tak kalau tak halal?
Tak.
Sebab yang berhutang hidup lagi. Aku doakan dimurahkan rezeki untuk boleh bayar hutang aku.
Lagipun, aku nak gak dapat imbuhan di kendian hari.
"Barangsiapa yang memberi waktu tunda pelunasan bagi orang yang kesusahan membayar hutang atau membebaskannya, maka Allah akan menaunginya dalam naungan Arsy-Nya pada hari kiamat yang tidak ada naungan selain naungan Arsy-Nya" (HR. Muslim).
Best kan?
Bila kita menghalalkan pun diberi naungan Arsy.
Bila kita panjangkan tempoh pembayaran pun diberi naunganNya.
Jadi kepada pemiutang yang tengah sakit hati hutangnya tak berbayar, mungkin boleh baca hadith ni ulang-ulang buat pengubat sakit hati.
Dan kepada penghutang, jangan pulak kau guna hadis ni balik untuk cover diri kau.
"Halal kan lah weh, nanti kau dapat naungan Allah kat kiamat".
Sumpah, tak kelaka.
Akan tetapi, dalam Islam ada aturan dan tatacara nak kutip hutang.
Sebab selalu sangat pemiutang akhirnya terjebak dengan tindakan yang zalim yang membawa kepada dosa yang akhirnya menyebabkan amalannya sia-sia.
Macam kes budak ni tadi.
Pemiutang canang kat orang lain yang dia berhutang.
Itu dah dikira dosa membuka aib dan mengumpat.
Walaupun benda yang kau cakap betul.
Tapi sebagai penghutang, kita ada kewajipan untuk update pemiutang tentang condition kita.
Jangan buat senyap. Itu yang buat orang sakit hati.
Hutang ni sebenarnya akan jadi berat kalau kita bertangguh nak bayar.
Cuba bayar sikit-sikit.
Kalau RM100 rasa susah, start dengan RM20 jadiklah.
Janji bergerak.
Sebab kalau kau plan nak bayar selepuk, memang lambat lah jawabnya. Silap-silap kau kena lepuk dulu.
"Jika (orang yang berhutang itu) dalam kesulitan, maka berilah tangguh sampai dia berkemampuan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui". (Al-Baqarah 280).
Sebab tu tadi aku cakap kalau kau rasa kau tak yakin penghutang boleh bayar, kau bagi setakat yang kau rasa kau boleh hilang. Supaya kau boleh halalkan.
"Siapa yang memberi tempoh orang yang kesulitan dapat membayar hutang, maka dia mendapatkan pahala sedekah setiap harinya. Dan siapa yang memberi tempoh kepadanya setelah jatuh waktu tempoh maka dia mendapat pahala sedekah seperti hutang yang diberikan setiap harinya. (HR. Ahmad).
Amacam?
Best tak offer ni?
Ni offer dari Allah tau. Kabel paling besar okeh.
Walaumacamanapun, ini hanyalah tawaran Allah saja.
Kalau kita tetap nak menagih hutang, silakan.
Cuma perlu ada batas-batasnya, jangan sampai mengaibkan.
Jangan kata aku pandai bagi nasihat je tapi belum tentu boleh buat kalau terjadi kat diri sendiri.
Aku ni kalau ikut jahat, boleh je nak senaraikan nama-nama penghutang tu kat sini.
Ada antaranya aku tak kenal pun, tak pernah jumpa muka.
Tapi aku simpan semua PM and email dorang.
Bila-bila masa je aku boleh tayangkan bukti hutang belum bayar.
Tapi menjak jadi Darth Vader ni, aku malas nak merempan sangat.
Rasa letih pulak nak menuntut hutang ni.
Sakit hati dah tentu dapat. Tapi duit belum tentu dapat.
Dah la, sukati. Ko nak bayar ko bayar, ko taknak bayar, kita jumpa di lain waktu je lah.