2016-10-24

Kata-kata hikmah : Orang berjaya sentiasa keluarkan idea, orang gagal hanya bercakap mengenai orang.


Dah lama aku tak update testimoni or apa-apa tentang Ephyra.
Sampaikan ada orang email aku tak jual Ephyra lagi ke sebab dah takde option untuk beli Ephyra kat blog.

Jual.

Cuma now aku lebih fokus kat GreenAard.
Ephyra tu aku letak kat website GreenAard.
Dulu aku takde website, jadi kalau nak order, aku letak option buy kat blog.
Now bila ada website, jadi aku tumpangkan Ephyra kat dalam website GreenAard.

Takpelah, lepas ni aku letak BUY BUTTON klat blog ni, so kalau nak beli Ephyra, boleh beli direct kat blog.
Tapi aku takleh letak option buy button today, sebab hari hingga 28 Okt aku lancarkan promo Ephyra.
Promo ni hanya valid pembelian menerusi Whatsapp saja.

Yang kelakar ada yang ingat aku bergaduh dengan founder Ephyra bila aku dah ada GreenAard.

Deyyyyyy, apedaaaaa.
Apa ingat ni zaman budak-budak ke nak bergaduh je keje. Hahahah.




Great minds discuss ideas bak kata omputih.
Aku belum lagi la mencapai tahap great minds tu, tapi kita cuba je lah follow kata-kata hikmah tu, mana tau dapat hikmah yang tak dijangka.

Jangan kecikkan minda, jangan kecikkan ruang diri sendiri, jangan rasa kita dah best maka orang lain tak boleh jadi best macam kita.
Life is a learning process.

Contoh kan, macam idea-idea Dr(?) Azizan Osman.
Idea ni memang bernas, tapi kita takyah la nak ikut semua membabi buta.
Kena tengok gak diri kita sendiri, berbaloi ke tak.
Ada sorang mamat ni (reader blog), bagitau kat aku dia terkilan follow marketing strategy Dr Azizan.
Habis duit dia berpuluh ribu buat billboard, buat product launch besar-besaran, tapi tak balik modal.

Jangan macam tu.
Syarat menuntut ilmu, mesti berlapang dada.
Dan bijaksana.
Kalau nak kata idea dia semua ke laut, aku juga salah sorang bekas pelajar. Founder Ephyra also salah seorang bekas pelajar. Yang teman aku pergi seminar pakcik tu pun, founder Ephyra ni jugak.

Kita kena faham, bukan semua idea kita kena ikut.
Ambik mana yang kitra rasa perlu dan berbaloi.
Buat dulu, kalau ok, baru ikut step-step yang lain.
Kalau kita ikut semua tanpa mengkaji perlu atau tak, sebab tu bila kita melingkup, kita tend to salahkan orang lain.
Sedangkan kita ada pilihan.
Kenapa kita tak memilih?

Kesilapan ramai orang adalah bila dia terlampau percaya idea orang yang hebat-hebat dan mengkondem idea sendiri.
Kita sering anggap idea orang lain adalah hebat dan kita nak ikut semua idea orang tu, mengenepikan idea sendiri. Bila kita ada idea, kita takut nak guna sebab kita rasa idea kita tak cukup kuat.
Sebab itu pentingnya discuss.
Bila kita join seminar, pengkongsian selalunya 1 hala.
Tapi bila kita discuss, perkongsian, 2 hala.
Jadi, jangan kedekut ilmu.
Kebanyakkan bisnes yang berjaya, bukanlah dibangun dari orang yang asalnya dianggap bijak.
Tapi bisnes tu berjaya sebab mereka yakin dengan idea sendiri dan ambil langkah untuk realisasikan idea tadi.

Eh, jangan risau.
Aku bukan #teamDrAzizan pun. Aku cuma bagitau apa yang aku praktikkan je.




This is another reader/follower yang sudi nak share ideas dengan aku.
Aku suka share ideas dengan sesiapa je, as long as kita sama-sama berfikiran terbuka.
Sometimes, banyak benda yang kita rasa kita dah tau, sebenarnya kita belum tau, especially bila kita discuss ideas dengan orang yang ada same interest dengan kita.
Dalam kes ni, discuss about marketing plan.
Bila share tips and discuss marketing plan like this, kadang-kadang tengah bercakap/menulis tu tetiba aku timbul idea untuk buat pembaharuan dalam bisnes aku sendiri.
Ilham tu kadang-kadang Tuhan datangkan bila kita berkongsi.
Tak percaya? Try lah.

Budak ni buat bisnes handsocks.
Tengah cari agen yang berminat.
Boleh la PM dia untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tapi kalau nak jadi agen GreenAard, PM aku. Hehe.



So, bermula hari ni, aku lancarkan promosi Ephyra.
Tapi hanya Ephyra kolagen saja,
Dan pembelian pun hanya valid kat Whatsapp.
Aku dah off-kan option Ephyra kat website. Nanti after 28th aku letak balik.

Package yang aku offer :

1. Pakej 2 kotak :

Semenanjung
RM175/kotak (minimum pembelian 2 kotak)

Sabah/Sarawak
RM183/kotak (minimum pembelian 2 kotak)


2. Pakej 3 kotak
Semenanjung : RM500
Sabah/Sarawak : RM523

*semua pakej tanpa shaker.


WHATSAPP/SMS SAHAJA - 012-7728976