2016-09-06
Sokonglah hijrah kawan.
Tadi pagi aku nampak ada sorang follower kat FB naikkan status tentang Safiey Ilias dah kembali ke dia yang sebelum ni. Sejujurnya, aku tak follow pun Safiey ni. Aku kenal dia menjak kes dia berhijrah tu - baca lebih kurang and done. Tapi aku tau la dia dah berhijrah. Tau-tau je pagi ni aku nampak orang viralkan kisah dia dah kembali ke 'asal'.
Aku simpati dengan apa yang dia lalui.
Aku pernah cakap, dugaan nak berhijrah ni sangat kuat.
Bila kita pilih berhijrah ke jalan Allah, setan akan hantar pangkat General untuk hasut kita kembali kepada kita yang sebelumnya.
Alangkan kita nak berhijrah blaja-blaja pakai tudung labuh sikit dari dada pun, dah berkira-kira.
Masa tu lah muncul macam-macam fesyen tudung yang buatkan kita padamkan je hasrat nak labuhkan tudung. Sikit je pun suruh labuh, bukan labuh sampai pusat. Tapi itu pun susah kita nak buat.
Nak blaja pakai stokin (untuk wanita) pun berkira-kira.
Masa kita nak blaja-blaja pakai stokin, dan-dan tu lah beribu-ribu jenis kasut kita nampak cantik di mata.
Kalau pakai stokin dah macam tak 'in' pulak bila pakai kasut macam tu, betul tak?
Maka, tangguhlah dulu nak pakai stokin. Lama-lama hilang minat terus nak pakai stokin.
Benda se-simple itu pun kita tak mampu nak jihad.
Bayangkan dia yang nak berjihad untuk kekal berperwatakan lelaki setelah bertahun-tahun jadi 'wanita'.
Ko rasa boleh settle ke dalam masa 1-2 tahun?
Bukan calang-calang orang yang boleh berjihad macam tu.
Kalau kita tak mampu nak bagi dia semangat untuk teruskan hijrah, tak perlu lah kita perli-perli dia.
Walaupun niat kita bergurau. Tak kena tempat nak berjenaka pun. Malah tak klaka lansung.
Penyakit orang Melayu.
Bila kita jahil, dikutuk. Siap hukum kita masuk neraka bagai.
Tapi bila kita cuba berhijrah menjadi lebih baik, penerimaan mereka adakalanya jauh lebih teruk.
Tetap kita akan di-judge berdasarkan siapa kita yang dahulu.
Nak tak nak, si penghijrah tadi terpaksa bertukar 'logistik' - tukar kawan.
Maksudnya, cari kawan-kawan lain supaya cas negatif tu menjauh.
Tapi bila bertukar kawan, dia kata kita berlagak, kita bajet good-good.
Jadi kau nak yang macamana sekarang ni?
Apa benda sebenarnya yang korang nak.
Jangan pandang lekeh usaha hijrah sesiapa pun.
Kita hanya nampak apa yang zahir.
Bila kita tengok dia berhijrah, kita rasa dia ni tak layak sebab banyak sangat dosa dia buat.
Menukar perwatakan/jantina adalah satu benda yang terlaknat. Mustahil orang macam ni dapat hidayah.
Itu kata kita.
Sebab kita nampak begitu.
Tapi yang kita tak nampak entah-entah lebih banyak kebaikkan dia di sisi Allah.
Dosa dia bertukar perwatakan tu entah-entah kecik je di sisi Allah berbanding perkara-perkara baik yang pernah dia buat, yang orang tak tau.
Mungkin itu asbab dia menerima hidayah kerana Allah sayangkan dia.
Tahu tak, orang yang berhijrah ke jalan Allah, akan mendapatkan janji dari Allah yang merupakan keluasan rezeki, baik dengan ungkapan langsung maupun secara tidak langsung. (An-Nisa)
Ruginya kita tak menyokong usaha orang yang berhijrah ni.
Dah la kita tak dipilih oleh Allah untuk berhijrah ke jalanNya, patutnya kita sokong orang-orang yang dipilih ni, supaya kita ada share saham akhirat dia.
Orang yang sedang berhijrah ke jalan Allah ni, dirinya lebih dekat pada Allah.
Doanya lebih dekat.
Rezekinya lebih dekat.
Rahmatnya lebih dekat.
Kat orang-orang macam ni lah patut kita rapat. Minta dia sama doakan kita. Doa dia lebih dekat dengan Allah.
Tapi kita tak.
Kita seronok bila hijrah orang tu tak jadi.
Bolehlah lepas tu kita cakap dia 'bejet good-good'.
Diriwayatkan bahawa "Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia. Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah "Ya Rab, kami tak nampak sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami. Mana mereka?"
Maka Allah berfirman "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarah" (Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
Itu membuktikan, kawan-kawan kita yang soleh boleh memberi kita kelebihan di akhirat kelak.
Patutnya kita sokong kawan-kawan macam ni.
Nak berhijrah tu jihadnya besar, dugaannya besar. Nak istiqomah tu berat.
Jadi bila kita ada kawan yang berhijrah, yang cuba untuk istiqomah jadi baik, patutnya kita sokong, kita happy. Mana tau dia lah penyelamat kita.
Tapi ada sesetengah orang kita ni tak berapa suka bila ada Hamba Allah berhijrah.
Aku pun tak sure apa masalahnya.
Sakit hati ke.
Jealous ke.
Menyampah ke.
Kalau ikut aku punya lojik akal, aku bila menyampah kat orang, aku tak ambik tau hal dia lansung.
Contohnya, kau bukak TV nampak Azwan Ali (contoh).
Kalau aku tak suka Azwan, aku akan tukar channel lain.
Itu perangai aku lah.
Tapi ada sesetengah orang, lagi dia tak suka, lagi dia hadap. Lepas tu dia mengutuk berjemaah. Kemaruk hape ntah aku pun tak paham.
Masa aku mula belajar nak berhijrah pun sama.
Bukan aku tak tau ramai yang kutuk.
Ye lah, takkan lah orang yang hari-hari selfie tunjuk cleavage dalam blog boleh terdaya nak pakai tudung. Takkan lah!
Tak pakai tudung masuk neraka.
Pakai tudung singkat masuk neraka.
Pakai tudung labuh dikata bajet alim - pun masuk neraka.
Bajet ustazah.
Tapi alhamdulillah, Tuhan bagi aku kekuatan untuk aku buat dek.
Aku rasa di situ keistimewaannya.
Bila aku ke umrah for the first time, jemaah di sana panggil aku ustazah.
Kalaulah dorang tau aku dulu macamana, mungkin panggilan ustazah tu takkan pernah terlintas kat kepala dorang.
Mula tu aku tak ambik port sangat dengan panggilan tu.
Lama-lama aku rasa mungkin ini petunjuk yang Allah bagi.
Dengan panggilan 'ustazah' tu yang mula-mula aku rasa kelakar, Dia ilhamkan aku untuk bertukar logistik.
Cuba dekatkan diri dengan golongan sebegitu supaya hijrah aku ada sokongan.
Sebab Dia pun tahu aku jahil. Mungkin kelompok yang aku ada sekarang belum cukup kuat untuk buatkan aku faham apa yang aku hijrahkan. Jadi, dia ilhamkan aku melalui panggilan 'ustazah' tu.
Dugaan aku mungkin tak sehebat Safiey.
Kawan-kawan aku semuanya baik-baik.
Aku sorang je yang 'tersasar'. Sebab tu aku boleh buat dek dengan kecaman orang sebab aku masih ada strong bonding dengan kawan-kawan aku.
Macam Safiey aku tak pasti.
Mungkin kelompok yang dia ada now tak cukup kuat untuk membantu hijrah dia.
Ditambah lagi dengan 'nasihat' yang sangat membantu menjahanamkan hijrah dia.
Mungkin dia kena tukar logistik.
Nasihat aku kat sesiapa saja yang dalam usaha nak hijrah, teruskan.
Biar merangkak, asal jangan patah balik.
Kalau perlu bertukar kawan, tukarlah.
Tak perlu putuskan silaturrahim, tapi menjauhlah.
Cari orang-orang yang boleh tarik kita ke jalan Allah.
Tak apa kalau si polan tak sukakan kita.
Masih ada si polan yang lain.
Tapi kalau Allah tak suka kita, takkan ada Allah yang lain.