walk on wings, tread in air: Jambu ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Jambu ke?
2016-09-04


Minggu lepas rasanya aku naikkan gambar ni kat FB.

Gambar graduation day En Wan dengan supervisor dia.
Aku lupa pulak nak ambik gambar ngan supervisor aku. Oh, lupa pulak supervisor aku always missing in action. Heh. Terkontang-kanting aku ngan member aku siapkan final project. Kebetulan final year aku dah bertunang. Lepas bertunang, En Wan ikut aku balik Sarawak. Masa kat sana dia angkut balik sample air laut and air sungai Sarawak untuk buat final project dia pulak. Masa balik bertunang, Dia bawakkan sample tanah dari Nagaoka untuk aku sebab final projek aku guna sample tanah.

Final projek aku tentang bakteria.
Jadi aku mengharapkan tanah tu akan ada bakteria yang resistant dengan pesticides.
En Wan gigij carikan aku sample tanah dari macam-macam kebun kat sana.
Termasuklah entah sample mana dia kaut siap ada label "Dengan taik".
Aku takde masalah handle sample taik. Yang jadi masalah tu dah kenapa kau bagi aku tanah yang ada sample taik? Aku bukan nak carik bakteria yang resistant kepada taik pun. Aku cari sample tanah yang ada bakteria resistant kat paraquat.

Tapi takpelah, sample taik pun taiklah. Aku bedal je buat research.
Cuma aku lupa nak tanya taik orang ke taik babi ke taik lembu yang dia bagi aku tu.

Bila tengok gambar En Wan ni aku bersyukur inilah kali terakhir dia berambut panjang.
Sebenarnya takde la panjang sangat ni. Dia pernah simpan rambut sampai rambut dia melebihi kolar baju. Melentik-lentik macam pantat itik. Sakit hati betul aku tengok. Masa dia balik Malaysia for good, dia transit kat rumah aku. Masa dia sampai depan pintu rumah, aku tengok dia takde selera okeh. Walaupun masa tu dah setahun tak jumpa. Aku bajet aku akan melompat kegirangan nampak dia depan muka. Malangnya rambut yang macam pantat itik tu meleburkan kegirangan aku. Kesian dia, sure dia expect aku akan berlari-lari peluk dia. Harammmmmmmmm.

Lepas tu malam tu aku sikit tak sembang ngan dia.
Lepas bentangkan tempat tido dia, aku naik bilik. Hahaha.
Terpisat-pisat member apesal tunang dia taknak lepak sembang ngan dia kat bawah.
Esoknya dia jemput aku balik dari keje, dengan rambut yang dah potong pendek. Barulah aku selera nak bersembang.

Sekarang ni rambut En Wan pun makin dah takde. Dahi pun dah semakin sulah.
Hah, nak sangat member tu rambut pendek kan?
Now hadap! *pfttt*

Orang kata En Wan good looking.
Kawan-kawan dia se-Jepun dulu gelarkan dia Jambu.

Persoalannya adekah dia jambu dari kecik?

Tak ok.
Dia tak jambu.
Dia ala-ala jamban jugak sebenarnya.



Dia kata kalau dia satu skolah ngan aku dulu, jangankan kata nak pandang, mungkin notice pun tak.
Sebab dia memang dari dulu dia aim esok bakal isteri mesti PUTIH.
Ambik kau nak yang putih. Mendapatlah kau yang putih ni kan. Yang paling putih antara yang hitam. Mbahahahahhha.
Bajet macamkan kau hensem sangat nak memilih awek putih bagai.
Padahal dia pun sememeh je aku tengok. Tu pun harap kat topi je mahal.
Aku pun kalau pakai topi Puma ni agaknya orang keliru aku ngan Nora Danish.

Tapi jangan kabor ke mak mertua aku anak dia tak hensem oiii. Marah nanti. Hahahahah.



Pehhhh! Macho weii yang belah kiri tu.
Orang yang paling cun pun tak konfiden nak bergambar macam tu tau.
Tu gambar dalam flight perjalanan balik ke Malaysia dari Jepun.
Tak salah aku, dalam flight tu aku yang paling banyak bergambar.
Selalunya kalau set-set muka tak berapa nak pergi macam aku ni payah nak diajak bergambar. Malu sebab muka tak cun. Tapi aku tak okeh. Aku always optimis bila cuci filem ni nanti muka aku banyak yang cantik-cantik kat dalam tu. Hahahaha.

Masa gi Jepun ni, ramai budak-budak pompuan dah pandai melawa.
Ada bedak compact sendiri okeh.
Ada satu hari tu kitorang bercamping kat area Fukuoka Tower. Bermalam 1 malam.
Esok pagi time bersiap, budak-budak ni bawak keluar compact powder touch up muka masing-masing.
Aku selamba tapir bawak keluar bedak Johnson & Johnson botol paling besar tu tuang kat tangan, tepuk-tepuk buh kat muka.
Budak-budak lain pandang aku buat muka "Seriouslyyyy???"
Aku lak bangang, pi tanya balik dorang "Nak sikit?" sambil sua-kan bedak tu.

Masa kecik kan, Mak Aji always tanya aku "Ko ni dah mandi ke belum?"

Aku rasa muka aku dah mandi ngan belum mandi takde beza.
Sebab kulit aku berkerak.
Dah tu camne nak berkerak, pencuci muka pun tak pernah ada. Dari kecik sampai tingkatan 5 dok tenyeh sabun Lux tu. Itulah sabun badan, itulah sabun bontot lepas berak, itulah jugak sabun muka. Sebab tu bontot ngan muka takde beza.

Tapi takpelah.
Disebabkan muka berkerak tu la aku terhindar dari cinta monyet.
Kalau tak, agaknya aku pun merasa kena bersanding depan bilik guru. Lalalalallalala.

posted by aveo757 @ 11:37 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER