Selasa baru-baru ni satu opis dapat makanan free.
Actually free lunch ni patutnya nak dihantar Isnin tapi Isnin kitorang dah plan nak celebrate birthday salah sorang staff aku, jadi Hamba Allah yang belanja ni bawak ke Selasa.
One of the staff company Maidah Cuisine ni kebetulan blog reader, jadi dia hantar lunch set ni ke opis. Suka la staff aku, 2 hari takyah beli lunch. Haha. Aku lagi suka, sebab takyah turun bawah nak makan. Nak suruh turun makan kat kedai bawah pun pemalas, kan. Kau boleh celen tahap pemalas camni?
Kebetulan dia hantar Roasted Chicken Rice.
En Wan pernah makan menu ni kat Maidah Cuisine. Aku je yang tak penah ambik set ni.
So memang En Wan kata set ni sedap.
Not bad.
Ayam dia sedap.
Maidah Cuisine ni sebenarnya dulu aku pernah masuk. That was beberapa tahun yang lepas. Rasanya masa awal-awal aku pindah ke Putra Avenue. Aku pernah blog about the food. Waktu tu food dia out terus. Sekali esoknya aku dapat email dari blog reader tu, dia kata dia pekerja di situ and memang dorang perlukan feedback tak kisah la teruk ke tak.
Now tak salah aku dorang dah ada new chef. Before puasa aku penah makan lagi sekali waktu lunch, menu dia pun dah banyak, orang pun dah ramai. Aku order baked macaroni time tu, boleh tahan.
Kalau tak silap aku, set nasik ayam panggang ni memang set hari Selasa.
Menu lain memang ada, banyak.
Tapi kalau kebetulan kau datang Selasa, set lunch dia memang menu ni.
Kalau hari tu aku tak jadi makan ngan company on Monday, mesti dorang hantar nasi with ayam masak merah sebab itu menu Monday.
Tak rasa nak makan makanan melayu takpe, western pun ada sini.
Aku dah rasa baked macaroni with cheese dia, nanti bila free aku nak try sirloin steak pulak.
Aku tak sure setakat kawasan mana dorang boleh provide free delivery ni.
Korang boleh try call nombor 011-32133303.
Aku rasa kalau sekitar USJ, Alam Megah and Bandar Puchong boleh lagi kot. Putra Heights dah tentu-tentu lah boleh.
Tak salah aku dorang cover catering sekali sebab masa raya hari tu dorang buat open house panggil 1000 orang pakai tenaga kerja and menu-menu restoran dorang ni sendiri. Tak salah aku salah seorang chef penaung Maidah Cuisine ni celebriti chef tapi aku lupa apa nama dia.
Boleh la call or datang.
Dekat je ngan opis aku. Satu deret cuma dia atas sikit, aku bawah. Sebelum datang kedai dorang, boleh lah singgah opis aku dulu beli GreenAard, buat tepis-tepis lemak makanan tu nanti.
Glass noodle salad
Ok , ni cerita Sabtu lepas, 3 September.
Celebrate besday Redza.
Redza dah warned - jangan beli kek, jangan nyanyi-nyanyi Hepi Birthday kat dia.
Besar dah anak aku, dah pandai malu. Sampaikan potong kek pun malu. Elok lah, jimat duit aku.
Ingatkan nak ajak makan kat TGI, tapi Redza ni nasik-man.
Dia boleh hadap nasik goreng seminggu direct, takde hal.
Nasik putih ngan ikan bilis goreng tu dah memang selalu. Sampaikan mak mertua aku standby goreng ikan bilis siap-siap awal minggu and simpan dalam tupperware. Sebab kalau dah takde apa nak kunyah, Redza akan mintak nasik lauk ikan bilis goreng.
Jadi, malam tu kitorang pi tempat feveret mak mertua aku je la - Absolute Thai.
Mak mertua aku berpantang banyak jenis - udang taknak, sotong taknak, ketam taknak.
Kalau aku bawak pi sini, dia akan bersungguh makan, lebih-lebih lagi kalau kitorang sengaja taknak habiskan seafood tomyam, marah dia, "Pergi tempat mahal-mahal tapi taknak makan, membazir".
Dan dia akan habiskan.
Tu je sebenarnya, nak umpan ia suruh makan.
Kalau tak nanti balik-balik dia makan ulam timun ngan ikan goreng. Stress aku.
Kang orang kata aku buli mak mertua.
Glass noodle salad tu memang feveret mak mertua aku.
Memang aku akan letakkan lauk ni betul-betul depan pinggan dia.
Lengkap dalam tu dengan sotong and udang.
Birthday boy dengan apak beliau.
Kerapu sweet sour feveret En Wan.
Plain omelette.
Kemain kau nama dia.
Ni feveret aku.
Nak-nak lagi yang tengah tu - kerabu mangga.
Ni bukan lakonan ya.
Aku memang menantu yang baik.
Sian nenek dia, sambil makan sambil pegang gelas cucu.
Cucu dia ni lain macam sikit.
Kalau dia pegang gelas sendiri, konfem gelas tu menyembah lantai.
Absolute Thai ni berdepan dengan Toys R Us.
Agak mustahil nak melepasi Toys R Us ni dengan tenang.
Memang konfem kena masuk punya.
Tapi hari tu memang aku dah plan untuk masuk sebab nak bagi Redza pilih apa yang dia nak.
Selalunya dia akan pilih Lego.
Tapi malam tu dia stress sebab Isnin kan UPSR, jadi dia beli permainan monyet je untuk main ngan bapak dia nak buat lepaskan stress.
Rayyan yang lelebih. Dia pulak yang lagi mahal hadiah dari birthday boy.
Oh yes, yang dia peluk tu anak dia.
Anak tu tido pun sama, pi jalan pun bawak. Takleh tinggal.
Kalau nak berjalan je angkut semua Upin Ipin, anak beruang tu, beburung lagi.
Penuh kereta aku.
Ni kejadian Ahad.
Ada reader blog jempt datang kawen kat Klang.
Ni nyaris-nyaris tak pergi ni, sebab aku terpandangkan kad kawen yang lagi satu also dari reader - majlisnya 24 September.
Rupanya En Wan dah cabut siap-siap kad yang 4 September (kad jemputan aku tampal depan meja study) letak dalam kereta.
Tetiba En Wan kata "Apesal tak siap? Nak pegi wedding reader awak, kan?"
Aku konfiden je marah dia "24 lah. Bukan 4".
Pastu dia tunjuk kad dalam kereta "Ni, apa ni?"
Eh.
Nampak tak, Rayyan takleh tinggal anak beruk dia tu. Gi rumah orang kawen pun angkut. Nasib baik dia tak mintak akak tu extra goodie bags untuk anak beruk satu.
Member pakai kurta baru dengan bangga.
Ohhhhh, time aku nak ambik selai baju kurung yang aku design sendiri, dia suruh aku bayar pakai staff diskaun.
Time dia rembat selai kurta, dia wat senyappppppppppp je.