2016-09-16

Raya Haji 2016


Macam selalu, everytime raya haji, aku akan balik Tganu.
Alhamdulillah, aku pun tak pernah kisah dengan 'syarat' yang satu ni.
Sebab memang selama ni, raya haji tak berapa disambut pun kat Bangi.

Jumaat pagi aku masih masuk opis, tapi 2 jam je.
Lepas tu gerak balik Tganu.
Budak-budak kat opis ni aku suruh ambik cuti taknak pulak.
Seronok nau keje agaknya. Jadi, opis aku masih on sampai Sabtu.

Nasib baik jalan tak jem, cuma nak menyampaikan ke Bentong tu kereta agak banyak, cuma takde la sangkut-sangkut.
Tapiiiiiii, nak menyinggah solat kat RnR Temerloh and Gambang pun tak boleh. 
Jalan tak jem, tapi surau and toilet yang jem.
Terpaksa la En Wan gunakan alasan tu untuk memecut 150km/hr dengan alasan "nanti terlepas asar".
Dengan penuh harapan aku harap takde dapat surat saman hujung bulan nanti.

Disebabkan mak dah duduk ngan kitorang, jadi rumah kampung tu akan jadi ala-ala homestay je lah.
Balik setakat nak tumpang tidur je.
Nak masak pun beras takde, minyak takde.
Malas pulak nak gi beli kalau setakat balik beberapa hari.
Jawabnya, makan luar je lah.

Malam tu, kitorang keluar gi makan kat restoran kawan En Wan, Mat Ori.
Tapi kali ni bukan Matt Ori kat town, but kat Gong Badak.



Mengada lah sikit aku malam tu tetiba nak makan black pepper steak.
Sedap.
Cuma daging dia sikit. 
Aku kan kuat makan. Mana cukup.



En Wan macam biasa lah, tetap nasik jugak yang dicarik.
Nasi goreng USA.



Sekali 2 air aku tapau.
Satu tu ABC Special, another one Root Beer Matt Ori.
Kat Matt Ori ni je ada root beer.
Ni antara trademark Matt Ori.
Kawan En Wan ni dulu keje AnW. Jadi banyaklah resepi AnW yang dia 'tapau'.
Kalau pi Matt Ori, korang kena order Root Beer and burger Matt Ori, sejibik sejibon macam tapau berger AnW.



Nasi goreng sotong Redza.
Redza ni hantu sotong.
Makan sotong siang malam pagi petang pun ok lagi,



Macam-macam menu kat cafe ni.
Bukak sampai pukul 2 pagi kalau tak salah.
Nasik lemak panas-panas pun ada.



Kalau kat town, nama cafe ni memang Matt Ori.
Tapi kat cawangan Gong Badak ni nama cafe - Awok Iter.
Sebab ini JV antara Matt dengan kawan-kawan dia.
Lokasi cafe dia belakang Mydin Mall, bersebelahan kedai/ofis Mamadil.



En Wan and Matt.
Matt macam biasa, akan beli kurta En Wan punya.



Walaupun aku dah bedal steak, ABC and root beer float, tetap aku tapau burger Matt Ori satu untuk makan malam-malam karang, kot-kot lapar lagi. 
Macam biasa la, aku punya burger memang 'virgin' - no sayur, no sos, no mayo.



Redza pun tapau seketul tapi share ngan En Wan.
Yang ni adalah rupa bentuk burger Matt Ori yang sebenar.



Kedai wajib singgah kat Manir.
Kedai nasik dagang and nasik minyak ter-best-est!
Kedai ni ko kena datang pagi-pagi.
Kalau kul 9.30am baru sampai, ko dapat senyuman mesra je lah,



Nampak tak depan Rayyan tu ada apa?
Anak kera dia.



Esok pagi, Sabtu.
Aku dah plan awal-awal.
Sabtu pagi mula-mula pi makan nasik dagang kat Manir.
Pastu, gi Pasar Payang sebab nak beli baju tido kaftan favourite aku brand Anggerik.
Kain dia sedap, heavy cotton. Sehelai RM56. Telah merembat 4 helai.
Lepas gi Pasar Payang wajib pi tapau AnW Batu Burok.
Petang, pi makan sotong celup.
Semua tu harus selesai sebab esoknya Ahad puasa. Senin dah raya.
Selasa Tganu cuti.
Mana sompek dah nak kejar semua tu nanti.
Jadi, segalanya mesti selesai Sabtu tu jugak.

Gambar kat atas tu gambar kat Pasar Payang gi beli T Shirt budak-budak ni.
Saje je buat tambah-tambah baju sebab malas basuh baju kat kampung.
Terserempak ngan sorang reader kat sana.
Lupa pulak aku nak tanya nama. Thank you sebab tegur ya.

Masa kat RnR Gambang pun rupanya ada sorang reader terperasankan En Wan.
Dok cari aku tapi takde. Memang aku takde pun, aku melepak dalam kereta.
Anyways, thank you sebab bagitau kat IG :)



Baju-baju T Shirt kat sini ada yang glow in the dark.
Aku punya pesen kalau nak check betul ke baju tu glow, aku akan sumbatkan muka aku kat celah-celah baju tu untuk check nampak glow ke tak nampak. Selalunya memang nampak.
En Wan nampak aku buat camtu dia gelak. Dia kata tak pernah nampak orang sumbat kepala kat celah baju. Abis tu kalau tak buat camtu, mana nak tau baju tu glow ke tak, kan?



Sini la kedai aku beli baju tido kaftan brand Anggerik.
Kain dia sedap pakai, tak nipis.
Lepas tu kain-kain batik sutera dia semua cantik-cantik. Tergoda jap.
Tapi belum sampai mood untuk beli, jadi aku tak beli.
Harga range RM350-500.



Bajet gaya pelancong. Konon.
Padahalll.

Yang ni makanan wajib bawa pulang - jeruk kelubi.



Beli air pun nak ambik gambar.
Pelancong sangatttt.



Lepas singgah AnW Batu Burok, kitorang balik rumah.
Tido kejap, Ambik tenaga untuk berebut sotong celup pulak petang nanti.
Pukul 4.30pm, kitorang gerak keluar.
Dalam kepala aku nak pekena sotong celup Tok Jembal je. Malas benar nak ke Pok Nong. Tak sanggup rasanya nak beratur panjang semata-mata nak makan sotong.
Tapi rupanya En Wan bersemangat lebih nak redah Pok Nong.
Aku layankan je lah.

Sekali hah kauuuu.
Hiway tak jem, tapi Pok Nong jem gila bahabas punya jem.
Aku tak paham apesal ko nak bersesak-sesak berlaga tetek beratur satu jam semata-mata nak makan sotong.
Oh ye lah, maybe yang beratur tu yang first time sampai kot.
Keterujaaannya lebih.
Esok lama-lama mesti ko givap macam aku. Hahaha.

Kitorang tak ambik masa untuk decide nak stop ke nak pi tempat lain.
Memang terus je ke depan, lepak kat Warung Kak Siti pulak.
Hazab je aku tengok orang beratur kat Pok Nong.




Not bad jugak Warung Kak Siti ni.
Ni first time aku singgah sini.
Tapi En Wan dah pernah lepak sini ngan kawan-kawan dia, so dia kata sini not bad gak.
Nak kata takde orang sangat pun tak jugak.
Ramai gak orang tapi takde la sampai bersesak.



Dulu, aku suka pi Pok Nong sebab Pok Nong ada ABC jagung special.
Rupanya kat Warung Kak Siti ni pun ada!
Sama je pun sedap dia.
Memang lepas ni aku lepak sini je lah.
Tapi nampak gaya macam Kak Siti ni pun bakal ramai jugak customer one day.
Sebab hari yang aku pegi tu pun orang boleh tahan ramai.
Mesti yang singgah tu pun set-set yang kecewa Pok Nong jem.



Kalau sesiapa kecewa tak dapat masuk Pok Nong, korang terus je drive ke depan sikit sampai jumpa kedai ni - Warung Cik Siti.
Sebelum sampai warung ni ko akan lalu depan Warung Adik-Beradik.
Adik-beradik ni tak sedap sangat.
Sebelah Adik-beradik is Cik Siti.

Lega rasanya hari tu jadual aku 'padat' dan semuanya success difulfilled-kan.
Esoknya berpuasa dengan tenang dan aman.



Tetiap tahun menjak aku kawen ngan pakwe Tganu ni, menu pagi raya haji mesti nasik dagang.
First time tahun ni raya haji makan laksa johor.
Memang kena sangatlah dengan tekak aku.
Dua mangkuk aku sapu.



Gambar raya yang rare.
Ni je la pun buat kenangan.