walk on wings, tread in air: Masalah biasa yang dilalui oleh orang berkulit hitam. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Masalah biasa yang dilalui oleh orang berkulit hitam.
2016-08-09


Same old same issue.
Kepada yang baru berdepan dengan masalah macam ni, aku ucapkan good luck.
Macam aku dah lali.
Now dah takde dah orang ejek aku hitam, samada aku dah tak berapa hitam (kah kah kah) atau orang yang ejek tu pun dah givap nak ejek aku.

Nasib baik masa sekolah dulu aku sorang je nama Diana.
Kalau ada 2 orang nama Diana mesti dorang panggil aku Diana Hitam.
"Diana mana satu? Diana putih ke Diana hitam?"
Agaknya la.

Tapi kan masa aku kat TKC dulu, satu kelas ngan aku ada sorang budak nama dia Hanita Diana (atau Hasnita Diana, aku dah lupa). Aku duduk sebelah dia lagi. Eh takde pulak yang nak panggil aku Diana Hitam. Padahal yang si Hanita tu putih merah je orangnya. Lalu aku pun membuat kesimpulan, yang suka highlite warna kulit ni orang yang bangang je. Yang bijak-bijak tak kuasa nak main warna-warna kulit. Mungkin.

Dalam situasi ini, kita pun kena paham kadang-kadang ada sebahagian orang takde maksud nak menyinggung, tapi ada jugak yang memang sengaja nak sakitkan hati kita. Kalau budak-budak yang ejek kita paham la. Nama pun budak. Akal belum sampai ke otak lagi, baru paras-paras buah kerandut je. Tapi ni kadang-kadang yang nak main warna kulit ni taraf-taraf nenek budak pun ada. Apa ntah masalah dorang. Tapi yang aku pasti itu adalah simply insecurity. Instability. Sombong diri. Taknak terima lansung kekurangan dan kekalahan. Mana yang lebih dia tarik ke pihak dia. Yang kurang tu dia highlite ke orang lain. Contohnya macam mak kepada reader ni. Maybe dia taknak orang tanya "Apesal cucu kau hitam?", jadi siang-siang sebelum orang nanti tanya, biar dia bagitau awal-awal yang cucu dia hitam tapi hitam bukan ikut sebelah dia tapi ikut sebelah menantu. Gitu lah konsepnya.

Masa aku kawen ngan En Wan dulu pun aku dah terfikir dah hal ni.
Sebab aku tau laki aku kulit putih melepak.
Kalau esok keluar itam birat konfemlah orang salahkan aku kan.
Sekali betul, Redza keluar-keluar hitam.
Ada la jugak 3-4 orang yang highlite Redza ni hitam. Tapi yang aku perasan orang yang dok kata Redza hitam tu pun sebenarnya anak dorang takde la putih mana. Dengan harapan bila ada yang lebih hitam dari anak dia maka orang takde la point kat anak dia lagi bab-bab hitam ni.

Lagi satu, sebenarnya orang yang suka highlite kat benda-benda simple like warna kulit macam ni, sebenarnya dorang takde apa yang nak dibanggakan sangat kat diri dorang. Sampaikan dorang terpaksa highlite kekurangan pada orang lain so that baru orang nampak kelebihan dorang. Tu pun kadang-kadang orang tak perasan jugak. Hahahaha.

Ni lah yang Mak Aji selalu pekikkan kat aku "Kau tu muka dah la tak lawa, blaja biar pandai sikit. Kalau tak, takde sape nak kat kau!".

Ini lah dia sebenarnya.
Buktinya kat kata-kata mak aku ni.
Jangan cakap la, ko tak pandang rupa, pandang hati. Tahikkk.
Macamana sekalipun, orang tetap akan pandang rupa dulu.
See now apa terjadi? Warna kulit baby yang baru lahir pun nak diejek-ejek. Apa citer orang Malaysia ni?

Aku paham, ada sesetengah orang melawak je.
Tapi kalau dah kejap-kejap ayat yang sama dia highlite, itu bukan melawak lagi dah.

Aku tanya En Wan "Dulu masa abang nak tackle Di, abang pernah tak terfikir malu kalau kawan tanya apesal pilih girlfren hitam?"

En Wan jawab "Nak malu apa. Abang lagi suka kalau ada yang ejek. Itu maknanya dorang taknak. Kau taknak lagi abang suka, takde saingan".

Penuh bergaya sekali jawapannya.

Tapi memang dulu aku yang segan sebenarnya nak berlakikan En Wan.
Aku tak pernah bermimpi pun nak kawen ngan laki kulit putih.
Aku prefer hitam, Senang, biar sama-sama hitam. Takde dispute kendian hari.
Masa bersanding aku cukup malu sebab bila kita bersanding dah tentu lah tumpuan semua orang kat pengantin atas pelamin. Bila kau dah fokus ke pengantin, masa tu lah nak nampak macam-macam. Time tu lah baru orang perasan yang sorang itam sorang putih, sorang gemuk sorang kurus, sorang muka pendek sorang tinggi. Small small things macam tu pun akan dicanangkan macamkan itu isu besar. Agaknya sebab tulah bersanding tu takde dalam Islam. Nak mengelakkan benda-benda fitnah macam ni lah.

Kadang-kadang aku pelik bila ada yang komen "Gemuknya pengantin pompuan?"
Sejak bila ntah ada piawai nak jadi pengantin kena kurus.

Kalau kita disuruh memilih antara kulit gelap dengan hati yang gelap, kita pilih mana?


Wearing shawl baru warna Emerald Green
Yang nak beli boleh KLIK SINI.


posted by aveo757 @ 11:03 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER