walk on wings, tread in air: Day 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Day 2
2016-08-08


Walaupun terbabas 2 hari, tetap gigih upkan gambar camwhore yang kedua.
Jenuh lah nak suruh aku bergambar sekarang. 
Kamera henfon aku penuh dengan gambar muka Rayyan selfie je sekarang ni.

Ni gambar Sabtu lepas, cousin aku kawen kat Bangi.
Sambil pakwe aku tu mempromosikan salah satu design terbaru kurta dia untuk Raya Haji.
Aci la kot kan gambar macam ni.


Mungkin sebab dah dilatih dari kecik men-selfie, jadi Rayyan dah pandai selfie sekarang.
Henfon aku ni hari-hari aku kena delete gambar.
Penuh ngan gambar muka dia, kalau tak pun gambar tea set dan pinggan mangkuk dia.



Yang best tu kan, adik ipar aku dak CT ni pun pakai warna yang sama.
Mujur masa aku sampai tu dia dah balik. Kalau tak, mesti orang ingat kitorang penanggah.
Tau-tau je kang "Dik, mintak tambah nasik?"



Hari tu aku up kat IG/FB gambar set buku Peter & Jane.
Ramai pulak tanya mana beli.
Mula-mula aku beli sekeping je kat Popular. Selama ni dok tengok dia baca buku skolah Adam & Dina tu. So aku nak test la boleh ke tak baca Peter and Jane, saje nak tengok kot-kot selama ni dia menghafal je buku Adam & Dina tu.
Eh tau-gtau 5 minit je dia dah habis baca Peter & Jane. Menunjukkan yang dia bukan menghafal, tapi memang dia dah kenal basic words english reading books.
Lalu, omaknya sangat excited, esok tu terus order buku ni one whole set, online.
Aku order kat Little Book Worm sebab dia je ada stock. Yang lain takde stok.



Esoknya, sampai dah.
Satu set ni RM310 termasuk pos.



Lalu, balik dari skolah, bapak dia bawak masuk opis saje nak surprise-kan dia.
Sesungguhnya sangat excited! Sampai laptop aku pun dia suruh tolak tepi.
Tetiba je meja tu jadi meja dia. Siap susun balik tu.
Memang OCD betul kau ni.

Dulu aku hanya ada 1 je buku Peter & Jane ni.
Buat cukup syarat. Orang lain ada, aku pun ada. Tapi aku punya sekeping je la.
Sampai lunyai kulit buku tu aku kejekan. Balik-balik baca buku yang sama je.
Aku punya tu part dia pi bercuti rumah makcik dia main kat seaside. Masa tu aku baca sambil berimaginasi aku yang ada dalam buku tu. 
Mahal jugak buku Peter & Jane ni rupanya. Patut la aku ada sekeping je.
Bila dapat belikan Rayyan the whole set, aku pulak yang excited pi baca.

Now, aku tengah nak cari one whole set Fairy Tales Ladybird.
Dulu aku ada The Shoemaker je. Itupun hadiah naik pentas Darjah 1.
Pun sampai naik hafal aku baca, balik-balik buku yang sama.
Kalau ada sesape tau or jual one whole set Fairy Tales Ladybird, PM aku kat FB ok?



Ni menu aku semalam.
Ada yang mintak resepi, meh sini aku share resepi.
Ini resepi campak-campak je ni.
Kalau nak diet, silakan lah makan ni. Ni menu arwah atuk aku. Dia kencing manis, so Mak Aji rajin buatkan sotong kukus macam ni.

Bahan-bahan :

♥ 3 ulas bawang putih - hiris.
♥ 4 biji bawang kecik (merah) - hiris
♥ Halia besor ibu jari kaki - hiris.
♥ 1 biji tomato - potong enam.
♥ Carot & cauliflower - potong la ikut sukati korang.
♥ Lada sulah sikit.
♥ Garam
♥ Kicap cair 2 sudu kecik.
♥ Cili api sukati kau nak letak berapa batang.

Caranya, masukkan semua ni sekaligus dalam satu mangkuk pyrex, and kukus.
Takuah masukkan air sebab air sotong tu nanti akan keluar sendiri.
Agak-agak dah masak, tutup api, makan.



posted by aveo757 @ 12:08 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER