Terasa lama gila pulak tak release new shawl sebab raya lepas sibuk siapkan baju raya.
Shawl takpe, 2000pcs pun seminggu je dah boleh siap.
Kalau baju ni lain, tempah bulan 3 pun belum tentu boleh siap menjelang raya kalau dah banyak-banyak tu kan.
Kisahnya, aku tak suka instant shawl.
Sebab aku pun tak pakai, so aku tak jual. Macam tu lah lebih kurang konsep bisnes Fleur by Mrs Him ni.
Tapi lepas En Wan join, dia tanya apesal tak buat fashion macam ni, macam tu, macam ni, macam tu..?
Aku cakap, sebab aku tak pakai.
Kalau aku tak pakai, aku tak buat.
Then dia tanya "Selama ni yang Di buat jubah-jubah, kurung semua, Di pernah pakai ke? Tak penah buat OOTD dengan produk sendiri pun?"
Krik...krik....krik....
Baiklah, lepas ni aku akan buat produk yang aku tak pakai pulak
Ok shawl kali ni aku release terus 2 design - tapi dua-dua pun plain.
Cuma satu tu ada sulaman, satu tu bunga tampal.
Bunga tampal ni kira macam re-stock shawl Flair yang lepas.
Yang kononnya nak buat for raya, tapi sebelum puasa dah sold out.
So, kali ni aku restock, tapi cutting berbeza.
Dua-dua shawl ni aku buat cutting feveret aku iaitu, long shawl dengan curve di 2 bucu.
Bukan oblong tau, tapi curved end.
Panjang shawl ni 180cm x 65cm.
Cukup panjang untuk kau belit-belit dan labuhkan menutup dada.
Material chiffon georgette.
Siapa beli shawl Flair, ok yang tu chiffon Diamond.
Chiffon georgette lebih lembut dari Diamond.
Shawl kali ni hanya diterima pembelian menerusi Whatsapp and Order Form di bawah.
Kat website, kita display saja untuk rekod.
Tapi tak diterima pembelian di sana. Kalau kau tekan-tekan pun takkan keluar button 'Order'.
Boleh view je.
Sebab shawl kali ni aku buat pakej deal.
Beli 3 untuk penjimatan berganda.
Maka lajulah laju beli 3 terus.
Harga sehelai RM40.
Semenanjung tak ada kos pos.
Sabah/Sarawak tambah RM5/pc,
Tapi kalau beli 3 helai, RM100.
Semenanjung tak ada kos pos.
Sabah/Sarawak tambah RM5 setiap 3 helai.
Maka belilah 3 atau lebih.
SHAWL ALDA
Ada sulaman kat tepi.
Sulaman tu bertulis Fleur (logo), tapi terbalik. Hahahah.
Nasib baik tulisan tu bersambung-sambung dengan flower.
Rustic Oak Brown
Mineral Pink
Sidewalk Grey
Oil Black
Marmalade Orange
Bubblegum Pink
Mauve Purple
SHAWL FLAIR 2
Bunga-bunga tampal.
Kalau Flair 1 kita pakai bunga material fennel.
Kali ni kita guna material velvet untuk bunga.
Kali ni 'diamond' kat bunga tu besau sikit.
Royal Blue
Emerald Green
Mustard Yellow
Garnet Red
Violet Purple
Golden Gate Brown
Teal Blue
Coral
Sweet Orange
Sunday Green
Ada packaging box sekali.
Kalau beli 3, packaging box dapat 1 je ya. Jangan mintak lebih :)
Teal Blue
Coral
Sweet Orange
Sunday Green
Ada packaging box sekali.
Kalau beli 3, packaging box dapat 1 je ya. Jangan mintak lebih :)
Nak order boleh WHATSAPP 012-7728976.
Atau order melalui form di bawah. Kita akan bagitau berapa total kena bayar nanti :