walk on wings, tread in air: #camwhorebuatcomeback <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

#camwhorebuatcomeback
2016-08-04


Salah satu komen yang aku dapat semalam.

Ada dah dulu orang tanya benda yang sama. Tak sure aku dah jawab ke belum.
Sebenarnya takde rasa apa sangat pun.
Lagi best kot hari-hari nampak muka suami depan mata. At least aku tau dia buat apa sepanjang hari.
Kalau dulu, balik je rumah, dia terus melepek.
Kadang-kadang pukul 9pm dah terbongkang.
Dia cakap letih keje.
Ok lah fine, aku tak nampak dia buat keje macamana kan, so terpaksa lah percaya.

Now bila dah keje satu bumbung, berani lah cakap ngan aku letih letih letih.
'I know what you did' konsepnya.
Kita sama-sama dalam opis yang sama, so level kepenatan tu harus sama. Aku tau kau penat ke tak.
Kalau aku ajak keluar pi Stabak malam-malam pun dia jarang kata penat, sebab aku tau dia tak penat. Hahaha.

Cuma kalau ada exhibition ke, ataupun ada certain project yang melibatkan dia bergerak keluar dari opis, tu lain cerita. Dan selalunya aku tak join dia. Jadi aku faham lah kalau malam tu dia keletihan. Jadi, takde la aku mengada demand macam-macam.

Nak kata boring mengadap muka yang sama pagi petang siang malam tak jugak.
Sebab dalam opis ni bukan muka dia je yang aku hadap. Aku ada staff yang nak dihadap.
Pembahagian kerja pun berbeza. Aku lebih kepada sales and marketing. En Wan lebih kepada operation and bisnes development.
Jadi masing-masing bergerak lain-lain hala walaupun dalam opis yang sama.
Walaupun kitorang lepak satu bilik, tapi realitinya, bila masuk ke bilik, on PC, aku buat keje aku, dia buat keje dia.
Kalau nak start project baru, baru discuss. Kalau tak, takde de.

Nak tengok kitorang betul-betul sit down and really talk (kadang-kadang bertekak), adalah bila monthly closing. Masa tu baru benar-benar serius talk. Kalau nak menyampah tengok muka dia pun masa ni lah. Lain hari tu, biasa je. Takde yang sweet pun.

Cuma yang bestnya tu bila dapat makan sama-sama everyday.
Dulu, weekend adalah hari yang paling aku tunggu. Sebab tu je la pun hari untuk aku breakfast sama-sama ngan En Wan. En Wan jenis tak boleh breakfast pagi-pagi, jadi dia memang takkan breakfast kat rumah on weekdays. Waktu yang perut dia boleh terima makanan is around 8.30-9am. Selalunya Sabtu Ahad memang aku tunggu-tunggu sebab boleh breakfast sama-sama.
Selalu sangat dulu aku mintak dia masuk opis lambat sikit sebab nak makan sama. Tapi ye lah kan, kau ingat kilang tu bapak dia ada share?  Tak sangka pulak dia akhirnya keje sekali ngan aku now. Jadi, memang tetiap pagi and lunch makan sama lah jawabnya.

Mimpi, jarang masuk muka dia. Roh aku pun bosan kot, dia pi cari roh lain masuk dalam mimpi.

Sebenarnya best jugak bila laki bini keje sekali.
Sebab dia tau apa kita buat, dia tau kepenatan kita.
Macam semalam, aku terasa extra penat sebab kebetulan first day period.
Balik dari keje, aku dah keluarkan barang nak masak, plan nak masak kari ikan, sambal udang and kangkung goreng. Sementara nak tunggu ikan thaw, aku baring jap.
Tetiba tersedar dah Maghrib. Meloncat aku dari katil, siap-siap nak masak.
Sekali dia masuk bilik "Abang dah makan".
Rupanya dia dah lapar tapi taknak kacau aku tidur, dia mintak mak buatkan dia ikan singgang je.
Itu antara yang best.
Bila dia nampak kita kat opis, dia tau kita buat keje, penat, dalam masa yang sama dia nampak how kita tak sihat sepanjang hari tapi tetap masuk opis nak siapkan keje. Perasaan timbangrasa tu semakin lebih sekarang ni.
Dah tua-tua ni dah malas nak aim for sweet-sweet dah. Jadi lebih bertimbangrasa pun dah bagus.



Ni status aku minggu lepas.
Eh kebetulan lah pulak semalam En Wan tanya apesal aku tak penah OOTD baju-baju yang aku jual.
Selalunya kan those yang jual baju ni akan OOTD baju sendiri everyday.
Aku malas. Lagipun most of the time akiu pakai all black.
Tapi hari ni aku menyahut cabaran En Wan untuk ber-OOTD dengan produk aku everyday.
Maka aku rasa budak yang tanya apesal aku tak selfie ni dah boleh prepare apa-apa yang patut sebab lepas ni dia akan nampak muka aku bersepah camwhoring dalam blog.



Ni baru Day 1 ya.
Shawl baru aku ni ada 20 kaler.
Mohon bertabah.
Masing-masing boleh activate hashtag :
 #muntahbelahak 
#camwhorebuatcomeback 
#kalinitaktunjukcleavagedah 


posted by aveo757 @ 1:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER