2016-08-05

Bisnes partner.



Ada sorang blogger bulan lepas call aku untuk tanya benda yang sama.
Since ada yang bertanya melalui email, biar aku rekodkan dalam bentuk tulisan so boleh baca banyak kali kalau nak.

Dalam keadaan pasaran yang tak menentu, memang bisnes pooling jadi trend.
Sebab tu ramai usahawan yang ambik peluang buat projek dengan celebrtities, public figure atau partner dengan orang yang ada strong financial background.

Bisnes pooling ni bagus.
Sebab kita share modal, share tanggungjawab, share ideas dan share burden sama-sama.
Jadi bebanan dan tekanan tu kuranglah sikit kalau kongsi-kongsi ni.
Kalau buat sorang-sorang bukan tak boleh. Boleh. Tapi tekanan dia lebihlah sikit sebab kau buat semua sendiri. Sendiri keluar modal, sendiri bos, sendiri kuli, sendiri ke sana sini, yang paling tak larat sekali is idea pun hanya keluar kat otak kau sorang. Letih!

Tapi bisness pooling bukan sekadar 'ada bisnes partner', tapi ada implikasi undang-undang yang perlu diambil tahu. Sepanjang penglibatan aku dengan ber-bisner partner sejak tahun 2008, insyallah aku boleh share sikit pengalaman ni.

Orang ajak join bisnes memang seronok. Keterujaan tu sama macam orang ajak kawen.
Biasanya bermula dengan semangat gila nak berbisnes plus high expectations, tapi lepas tu barai.
Penting untuk ambik tau apa potensi partner, sumber kewangan dia kukuh atau tak, samada ada masalah keluarga ke tak, sebab masalah keluarga boleh mengacau-bilaukan konsentrasi dan tanggungjawab dia pada syarikat. Nampak macam kepoci sangat nak ambik tau semua kan? Memang kena kepoci! Sebab kau nak laburkan duit okeh, so biar cari yang ada potensi sikit. Bukan setakat nampak orang tu famous "Ohh, dia boleh ni....dia boleh tolong marketkan produk ni...".
Jahanam.

1. Mula-mula sekali kena tanya "Apesal aku nak ambik dia sebagai bisnes partner?"
Ada orang ambik bisnes partner sebab sama-sama glemer. Ni aku dah perati dalam banyak kes artis kalau berbisnes. Gah gila dia punya shout out - "Gabungan 5 artis popular!" kekdahnya. Tak sampai setahun meruyup. Dalam bisnes kita kena tau apa kekuatan kita dan apa kekurangan kita. Kalau kita famous, tu maknanya kekuatan kita adalah crowd. Jadi untuk cari bisnes partner, jangan cari yang famous jugak, Carilah yang terer in bisnes development, cari yang terer in operation and planning, cari yang ada network atasan, etc. Kau cari partner yang sama-sama ada kelebihan macam kau nak buat apa. Define kelemahan diri, baru kau boleh nampak partner macamana yang kau perlu ada dalam syarikat. Kalau partner kau ada persamaan dengan kau, yes, maybe lebih selesa. Tapi maybe jugak bukan itu sebenarnya yang kau perlukan.

2. Kena ambik tau apa juga perancangan dan hala tuju syarikat. Kalau ada 4 director, empat-empat orang ni mesti tau semua bisnes planning. Macamana pembahagian kerja tu nak dibuat nanti, itu tanggungjawab individu. Tapi bisnes planning semua director mesti tau. Jangan nanti 3 orang je tau, lagi sorang terbangak-bangak tak tau apa-apa. Apa jugak plan kena ada consent and dipersetujui dari majoriti, atau sebaik-baiknya semua director.

3. Agreement antara partner kena buat betul-betul. Hire lawyer untuk siapkan agreement ni. Kalau tak pandai, jangan memandai-mandai buat agreement sendiri.

4. Macam aku cakap tadi, sharing resources memang menguntungkan kalau ada bisnes partner. Tapi jangan sampai pembahagian share juga dibahagi sama-rata. Kalau ada 2 director, pastikan salah sorang lebih. 51%-49%. Jangan terlebih baik hati nak bagi sama rata 50-50. Nampak macam adil bagi share 50-50 tapi tunggu satu ketikanya nanti bila ada perbalahan dan kebencian muncul, masa tu akan ada pertikaian - aku buat keje lagi banyak, workload aku lebih berat, aku hari-hari masuk ofis, kau seminggu 2 kali je datang, bla bla bla bla. Nampak macam tamak bila salah sorang 51% yang sorang lagi 49%. Tapi itulah apa yang aku blaja dari previous bosses aku - dalam satu kapal hanya ada SATU nakhoda. Boleh ada timbalan nakhoda, naib timbalan nakhoda tapi nakhoda hanya satu. Dia akan jadi kepala yang run the bisnes. Jadi sorang mesti ada share yang lebih.

5. Kebanyakkan bisnes partner adalah disebabkan kawan lama, kawan baik atau bekas member seopis. Yang ni ok, takde masalah. Yang jadi masalah bila dalam waktu bisnes, perhubungan 'kawan-kawan' ni masih berterusan. That is so wrong. Perkongsian yang baik perlu berasaskan perniagaan dan dianggap sebagai satu hubungan perniagaan juga, bukan hubungan kawan dengan kawan. Bila buat bisnes dengan kawan-kawan ni sebenarnya lebih perlu ada strong agreement sebab kita taknak melibatkan emosi kat sini. Tau je lah kan bila dah berkawan ni, kita nak suruh dia buat keje pun serba-salah. Dapat pulak member yang "Alah, nanti aku buatlah..."..."Aku taulah nak buat bila..." - masaklah kau.

6. Kena be prepared yang satu hari, akan ada yang pergi. Samada mati, ataupun keluar dari bisnes untuk buat benda lain. Kena pastikan dalam agreement ada dinyatakan semua ni - apa yang berlaku bila satu atau dua orang director tinggalkan syarikat, macamana pampasan akan dibagi, macamana profit dibahagikan, macamana customer di bawah jagaan director tu akan diambil alih, etc.

7. Yang paling penting, dalam mana-mana syarikat, perlu ada SORANG yang bertanggungjawab. Dia yang bertanggungjawab dalam merangka hala tuju syarikat, dan yang lain-lain director perlu 100% jelas dengan semua tanggungjawab, peranan, dan tugas.


Jangan terus terjun kalau orang ajak join bisnes.
Jangan dok terbayang duit dan kaya je.
Banyak lagi perkara lain yang kena ambik tau sebelum nak capai kaya tu.