2016-08-01

Berhentilah mengencing.




Tadi aku share status Pseudoscience Watch pasal sorang lady ni memperkenalkan dirinya sebagai dokter pakar kanser, Setelah diselidik, rupanya bukan. Tapi sebab dia jual barangan kesihatan (supplement), jadi mungkin dia feeling-feeling dokter. Mungkinlah. Katanya ada 'klinik' sekali.

Ini bukan isu produk. Jangan salah faham.
Ini isu menjaja pangkat yang tak ditauliahkan.

Semua orang tau bila sebut SUPPLEMENT je, itu hanya makanan tambahan.
Bukan FOOD REPLACEMENT.

Tapi, sebagai orang yang menjual produk supplement, dah tau itu hanya supplement, tak perlu la bajet diri tu dokter sampai mengajak semua menolak terus rawatan hospital. Hanya disebabkan yakin produk tu boleh bantu melambatkan pembiakan atau membunuh sel kanser, tak bermaksud kita boleh menidakkan rawatan hospital.
Orang-orang macam ni lah yang akan buatkan pengusaha produk makanan tambahan kena kebumi hidup-hidup. Dorang ni bangsa feeling terlebih. Dulu, orang suruh blaja sampai jadi dokter taknak.
Sekarang menggelabah nak beli title Dr.

Dan rasanya dah ramaiiiii orang-orang kat luar sana yang jaja title Dr ni untuk tujuan bisnes. Aku tak faham kenapa. Aku konfius dorang ni nak jual produk ke, nak jual title. Adekah kalau takde title Dr maka produk kurang dipercayai? Kalau macam tu, baik kau jual airliur je. Takyah susah-susah keluarkan produk sebab kau pun tak berapa yakin dengan produk kau kan.

Sejak tahun 2003 aku involve dalam research market, aku blaja banyak benda.
Especially kaitan antara research dan bisnes.

90% orang yang involve dalam product research, tak tau buat marketing.
Dan 90% orang yang tau buat marketing, tak tau buat product research.

Nampak tak betapa Tuhan tu maha adil.
Dia takkan bagi semua.
So apesal kita nak kaut semua sampai kena menipu orang ramai dengan title Dr beli?
Lainlah kalau kita memang berhempas pulas ambik PhD.

Customer-customer aku yang di kalangan researcher (pensyarah) ni semua kalau bab reserach memang gred A. Gugel je la berapa ramai penyelidik Malaysia yang menang Gold Medal kat Geneva. Ramai gila! Aku involve dengan ramaiiiii penyelidik yang kepala otak semua cream nak mampus. Tapi, lepas menang gold medal, penyelidikan dorang tinggal camtu je. Ada tu ada, tapi tak berkembang mana. Sebab tak di-commercializekan. Dari 10 produk, ada la kot 1-2 je yang dikomersialkan. Yang lain peram. Sebab penyelidik taknak bagi hak komersial tu pada industri.

Ada antaranya yang tak plan nak marketkan pun, cuma nak hasilkan produk je.
Ada jugak yang buat produk untuk pasaran antara universiti je. Dorang sama dorang je guna.
Ada yang taknak komersialkan sebab takde kesepakatan dalam pembahagian profit di antara industri.

Jadi, yang takde title Dr ni, kalau rasa diri tu memang tak reti buat research dan tak paham pulak tentang selok-belok sains dan kesihatan, eloklah fokus pada marketing saja. Kita buat apa yang kita terer. Dapat master kat produk knowledge pun dah bagus. Tak perlulah sampai nak bajet jadi Dr atau bubuh tittle Dr dan feeling-feeling jadi ahli dalam bidang tu kalau 99% dari maklumat pun sebenarnya kau dapat dari gugel.

Di sini lah datangnya role seorang peniaga.
Bantu researcher promote produk.
Bukan bajet-bajet reseacher.

Kalau product yang kita carry tu adalah OEM, bermakna researcher di sini adalah team RnD di kilang OEM tu.

Kalau kita sendiri yang bertindak sebagai penghasil formula, maka kitalah reseacher.

So, tanya balik diri sendiri, adekah saya seorang pen-carry OEM produk, atau saya pembuat formula produk tersebut?
Sendiri tanya sendiri jawab ok?
Lepas tu mohon muhasabah.
Tak perlu nak feeling-feeling pakar. Nangis dokter pakar camni.



Tadi pagi admin aku mintak aku jawabkan PM dari customer ni sebab dia tak pasti nak jawab apa.
Aku always pesan kat staff-staff aku, jawab hanya berkaitan produk,
Apa yang tak pasti, jangan jawab.
Sebab customer kadang-kadang konfius antara makanan tambahan dan ubat.
Bila dia tengok macam-macam testimoni positif, dia terlupa yang tujuan produk ni bukan untuk masalah dia.




Yang ni aku jawabkan.
Typo di sana sini, mohon abaikan. Biasalah, kalau tak typo bukan Diana namanya. Asal ko faham sudah.

Kalau nak ikutkan, khasiat dalam GC Plus and Nutrijuice memang banyak. Sebab bahan-bahan yang aku gunakan semua bahan semulajadi, jadi khasiat melambak.

Tapi sebagai penguasaha/peniaga, kita kena be realistik.
Tengok balik apa tujuan produk ni.
Walaupun GreenAard banyak terima testimoni yang kata period kembali teratur lepas guna, aku tetap tak promote ia sebagai ubat untuk perbetulkan kitaran haid. Sebab itu hanya kesan sampingan saja, Yang utamanya adalah bantu kembalikan berat badan ideal. 

Ramai je sebenarnya yang tanya "Boleh tak kalau nak hilangkan gout?"

"Bapak saya kencing manis, boleh tak ni kurangkan kencing manis?"

Siapa yang pernah dapat leaflet GreenAard, boleh baca kat dalam tu aku listkan satu-satu khasiat setiap herba dalam GreenAard. Khasiatnya yes, ada. Tapi tak bermakna produk tu boleh jadi penyembuh untuk segala jenis penyakit. 

Contohnya, kalau nak ikutkan, pegaga yang dalam GC Plus tu boleh je legakan arthritis.
Dah penah dapat testimoni pun. Customer yang makan tu cakap dia dah boleh stop guna steroid semenjak ambik GC Plus.
Tapi dalam setiap iklan di FB, aku takkan highlite tentang arthritis ni pun.
Sebab aku taknak customer ambil GC untuk tujuan nak sembuhkan darah tinggi lah, kencing manis la, semput lah, sedangkan fungsi utama adalah untuk berat badan.
Kalau kau ambik GC, dan kau dapat kebaikkan lebih dari mengurangkan berat badan, that's bonus.
Tapi kalau kau nak mbik GC semata-mata nak sembuhkan kencing manis, itu salah. 

So please, pengusaha dan peniaga sekalian. Be realistik.
Jangan takut kalau produk kita bukan 'magic produk' yang boleh sembuhkan semua jenis penyakit dalam dunia.
Aku faham, kadang-kadang ada peniaga yang belasah 'semua pun boleh' ni adalah sebab nak dapatkan sales. 
Itulah masalahnya bila takde integriti dalam berniaga. Kau bukan membunuh produk tapi membunuh nilai diri. 

Produk A kalau dah habis zaman dia esok, akan keluar produk B.
Produk B habis zaman, akan keluar pulak produk C.
Kau masih boleh jual produk A hingga C kalau kau ada integriti dalam berniaga.
Tapi kalau start dari produk A lagi kau dah kencing macam-macam, kau akan mati kat situ terus.
Produk A takkan mati, dia akan terus hidup.
Tapi kau yang akan mati sebab orang takkan beli dengan kau dah. Orang beli dengan agen lain.
So, berhentilah mengencing.