walk on wings, tread in air: Selamat berpuasa! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Selamat berpuasa!
2016-06-07

Selamat berpuasa semua!

Dah 2 hari puasa ke, or baru nak start puasa? Mih..mih..mih.

Puasa hari pertama je aku dah beli makanan kat luar.
Dia punya plan kemain gempak lagi, nak balik goreng togeh dengan tauhu, pastu nak buat kari ayam, nak bakar ikan cencaru bagai.
Last-last, lagi 2 minit nak azan baru aku sampai rumah.
Padahal rumah ngan opis 4 minit tak sampai.
Ni cadangnya petang nak balik awal. Nak masak kari ayam yang tak sempat masak semalam.
Tapi macam ada gaya-gaya bakal beli kat bazar lagi je ni.



Tadaaa!!!

Tiba-tiba petang-petang macam ni nampak gambar kambing bakor kan?
Ni adegan Sabtu lepas sempena celebrate hari jadi adik aku, Ima.
Jarang dapat berkumpul macam ni. So sekali dapat berkumpul tu, bakar je la apa-apa yang patut.



Kambing and wings tu beli ngan jiran tetangga Mak Aji je.
Kawasan tempat tinggal Mak Aji ni aktif komuniti dia.
Dorang ada buat geng-geng berniaga di kalangan penduduk situ.
Tu yang Ibal join jual nasik lemak tu. Bukan jual kat orang luar pun, orang komuniti situ gak yang beli. Tapi komuniti dorang memang support bisnes masing-masing.
Sanggup la pak aji-pak aji melepak kat warung anak-anak muda lepas balik dari Isyak semata-mata nak support bisnes dorang. Warung betul-betul depan rumah mak aku lak tu. Regular customer dah tentu bapak aku lah. Asal hari minggu je dah tak main la breakfast mamak. Main terjah warung kat depan tu je. Ada lontong, nasik dagang, roti canai, nasik lemak, teh tarik segala lengkap.
Ibal jual nasik lemak ngan air-air.
Roti canai orang lain. Tapi tebar semua kat situ.
Pastu mihun goreng jiran lain hantar.
Nasik dagang jirang lain pulak hantar.
Meriah jugak la komuniti kat sana.

Tak semua buat bisnes ready to eat food.
Antara yang buat frozen is Haji Din. Aku pun tak kenal mana satu orangnya, tapi Mak Aji kata Haji Din ni jual frozen food. So untuk BBQ hari tu kambing ngan wings semua beli dari Haji Din. DIa yang marinate semua. Pukul 6pm kitorang nak start bakar, pukul 3pm dia hantar barang kat rumah. Jadi, takde lah esbok Mak Aji penuh.

Sotong dengan ikan siakap je Mak Aji beli kat pasar Kajang.
Sos nak tepek kat ikan tu mak mertua aku beli jauh dari Kuala Ibai. Kaw punya!



Jarang porch ni lapang macam ni.
Tapi anak-anak nak mentekedarah punya pasal, sanggup Pak Aji jemur kereta dia kat luar.
Siap mop bagai lantai ni. Senang cucu-cucu dia nak terlentang tertiarap kat depan katanya.



Buat kat rumah mak bapak, so dia punya kelengkapan membakor pun old-style kah kan. Siap sediakan daun pisang bagai. Nak bagi wangi katanya. Kalau buat kat rumah aku, konfem aku pakai kitchen tissue je ni. Mana nak carik daun pisang kat rumah aku. Daun terup ada la. 

Boleh tahan wings Haji Din ni, besar-besar. Puas hati la aku hongges ayam malam tu.



Chef licence to grill hari tu adalah adik ipar aku, suami kepada Ima, Azrul.
Dah bini dia yang punya besday kan, so laki dia la kena masak. Kahhhhh!



Lapar tak tengok ni?



Kek ni pun boleh tahan sedap. Mango cheese cake. Ima tempah kat kawan dia.
Kawan dia yang mana satu pun aku tak tau la. Mesti kawan masa skolah rendah dulu.
Disebabkan kek ni lah, semalam aku kena beli kek untuk Rayyan. Menjak malam Sabtu tu dia dok menyanyi-nyanyi kat telinga aku birthday dia bila. 
Lagi berapa hari birthday adik, Ma? 
Birthday adik esok ke, Ma? 
Birthday adik lagi 1 day ke, 2 day, Ma?
Ya Allah, bingit!!!
Terpaksa aku belikan kek semalam. Makan kau. Kau tak makan, siap!



Beria aku mintak Mak Aji beli jagung. Nak bakar jagung konon. Sekali aku lupa makan.
Besoknya baru teringat nak makan jagung. 
Puasa-puasa macam ni nampak kulit jagung pun lapar okeh.



Minggu lepas aku ada up gambar kuih tat kat IG aku.
Kuih tat invonasi namanya.
Semua sama macam kuih tat tradisional, masih guna inti nenas, cuma kat atas ada tabur cheese. 
Ini nak test market. Jadi, stok yang dah ready cuma 48 bekas je. Tak dibuka untuk agen sebab belum rasa nak jual secara banyak. Sebekas ada 50 ketul. RM40/sebekas.
Prefer COD atau ambik kat rumah Mak Aji je.



Jangan order kat aku.
Order kat 019-224 4646 (Mak Aji) atau 013-673 8492 (Siti).
Whatsapp je lah kalau malas call.
48 bekas aje available.



posted by aveo757 @ 5:12 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER