2016-06-08

Sabar


Sabar itu separuh dari iman.
Itu yang selalu dibagitau.
Tak ramai yang anggap sabar itu sebahagian dari rezeki.
Maklumlah, bila sebut pasal rezeki ni, yang terbayang dalam kepala, kalau tak harta (anak, makanan, kerja), mestilah duit. Antara 2 tu je. Jarang orang nak kaitkan dugaan dan ujian sebagai salah satu dari cabang rezeki. Payah. Mana ada orang yang dah beratur panjang nak beli popiah goreng, sekali bila sampai turn dia, popiah habis, akan cakap "Nasib baik dah habis..". Ada?
Selalunya akan terkeluar dari mulut "Alah, takde rezeki..".

Ada.
Ada rezeki.
Cuma kita yang tak melihat dengan mata hati.

Aku pernah tulis status kat FB pasal ni.
Tentang seorang makcik yang jual kuih tepi jalan.
Masa tu hujan dah start turun, kebetulan aku dari pagi belum makan sebab kena jumpa customer sana sini. On the way nak balik tu aku stop kejap kat gerai makcik tu untuk beli kuih sebab kebetulan hujan, jadi takde orang. So, aku rasa elok je la aku beli kuih. Takyah tunggu lama. Lapar dah ni.

Sementara makcik tu nak membungkus kuih aku, aku saja la buat-buat ramah.

Aku : Hujan-hujan macam ni cepat lapar, makcik. Jap lagi ramai la datang beli ni.

Makcik : Tak jugak. Ni anak la orang pertama beli. Hujan-hujan macam ni kadang tak berapa laku kuih. Takpelah, kalau takde orang beli, makcik sedekah je kat jiran. Agaknya hari ni rezeki makcik cuma bersabar dan berdoa je lah.


Dangggg!!!
Macam kena tonyoh kat kepala aku.

Rezeki sabar.
First time aku dengar.

Kebetulan hari tu dari 3 deal, aku lost 1. Itupun dah buatkan aku down. Terlupa pulak nak bersyukur yang lagi 2 aku menang tu.
Bila makcik tu cakap pasal rezeki bersabar, aku terfikir.
Hebatnya iman makcik ni. Kuih dia melambak-lambak lagi tak berjual pun dia tak risau.
Siap boleh plan nak sedekah kat jiran.
Kalau aku, dah mogok taknak berniaga 3 hari agaknya.
Nak marah kat sape pun tak tau lah.
Marah kat hujan?
Marah kat Tuhan?

Tak ramai yang anggap sabar tu adalah sebahagian dari rezeki. Pada waktu tu, aku pun termasuklah dalam ramai-ramai tu. Sejak dari hari tu, everytime aku berdepan dengan masalah, aku akan cepat-cepat tune pikiran aku kepada "Ini pun rezeki".

Rezeki apa?

Rezeki untuk kita berdoa.
Rezeki untuk kita bersyukur.
Rezeki untuk kita baca Al-Quran.
Rezeki untuk kita bangun malam tahajud.

Dalam keadaan kita selesa, senang hati, seronok, bisnes maju, duit mencurah-curah masuk, tengah bershopping, tengah melancong, jarang kita teringatkan DIA.

Aku tak cakap pasal orang lain,
Aku cakap pasal diri aku sendiri.

Kalau mood shopping tu datang, keluar pagi, balik petang.
Solat Zohor pun dah hujung-hujung nak masuk Asar.
Punyalah sayang nak tinggalkan shopping kejap untuk bersolat.

Kalau tengah busy respond kepada order yang mencurah-curah masuk, azan Zohor dah masuk dah ni, tapi hati tu cakap "5 minit lagi lah...".
Lepas 5 minit, "5 minit lagi lah...".
Habis 5 minit, tak gerak-gerak jugak dari depan PC.
Sampailah lagi 15 minit nak Asar baru menggelupur ambik wuduk.
Solat dah la lambat, pastu nak cepat pulak tu.
Lepas solat terus gulung sejadah.
Takde pun rasa nak zikir ke, selawat ke.
Tu kalau kat opis.
Kalau kat rumah, nak cepat-cepat tengok TV, nak baca Al-Quran 3 baris pun bertangguh.

Cuba sekali Tuhan bagi ujian.
Takyah yang berat sangat lah, bagi je ujian henfon hilang.
Kebetulan whatsapp order masuk bertalu-talu.
Dia punya feeling tu memang merintih okeh!

Sabtu lepas akaun FB GreenAard kena flag.
Tak pasal-pasal je tetiba takleh guna.
Cuak la aku sebab Jumaat tu (sehari sebelum kena flag), aku baru launch Nutrijuice.
Kalau dah kena flag, camne nak buat sale ni?

15 minit pertama, aku gelabah.
Tekan sana sini tak jalan.
Lepas tu aku stop kejap, and pikir, well ini rezeki aku agaknya.
Rezeki untuk aku stop kejap and terus pi Zohor sebab kebetulan azan baru je masuk.
Rezeki solat di awal waktu.
Rezeki untuk aku berehat kejap dari buat keje malam-malam. Kalau tak, siang malam aku depan laptop.
Bila dah takleh buat keje, dapatlah rezeki istighfar lebih sikit lepas solat.
Tak payah pakai jam pun tetiba kul 4am terjaga.
Semangat pulak tu nak berdoa malam-malam mintak Tuhan tunjukkan jalan keluar dari kesulitan yang aku tengah hadapi ni.

Hari Isnin, aku dapat live chat dengan FB.
Aku bagitau masalah akaun aku, rupanya it's their mistake.
Terus enable akaun and boleh guna semula.

Kejap je Tuhan tarik nikmat, tapi dia punya gelabah tu macam lagi 5 minit nak mati.
Rupanya Tuhan bukan bagi ujian, tapi nak bagi rezeki.
Rezeki untuk urusan dunia ni, ramai yang dapat.
Tapi rezeki urusan akhirat ni bukan semua yang dapat peluang dan kekuatan.

Manusia mudah berbangga bila achieve sesuatu dalam urusan dunia.
Tapi jarang risau bila tak diberi peluang dan kekuatan untuk bersungguh dalam urusan akhirat.

Bila sesekali ditarik nikmat, masa tu lah baru hati dan fikiran ni betul-betul khusyuk mengadap DIA.
Masa tu lah baru bersungguh dalam meminta.
Masa tu lah baru kita sedar kita ada banyak masa nak baca Al-Quran.
Masa tu lah kita rasa eh sempat aku nak berzikir kejap.
Masa tu lah baru kita realized, kita tak punya apa-apa. Hanya DIA yang berkuasa.

Semalam, En Wan bagitau "Nutrijuice tinggal 60 botol je lagi ni".

Aku terperanjat.
Huh?? Baru je launch Jumaat lepas kot. Itupun kat blog je.
Tak sempat blast kat FB lagi sebab akaun kena flag. Takkan dah nak habis.

Then aku realized, memang perancangan Tuhan tu always yang terbaik.
Dia flagkan akaun aku supaya aku tak payah buat blasting.
Sebab kalau aku buat blasting, konfem stok tak cukup, and customer kena tunggu smapai minggu depan baru dapat barang, dan aku bakal kena maki dek customer.

Allah's plan is always the best.