walk on wings, tread in air: Imaginasi kanak-kanak <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Imaginasi kanak-kanak
2016-06-10

Last week rumah Mak Aji penuh dengan cucu.
Takde la ramai mana pun, baru 4 orang.
Minus Redza yang dah tak join main kejar-kejar, tinggallah lagi 3.
3 orang je cucunya tapi dia punya macam nak terbalik tu serupa ada 13 cucu.
Aku rasa jiran depan belakang fedap rumah ni memekak siang malam pagi petang.

Masa tengah perati-peratikan budak-budak ni main, aku ngan Ima layan bersembang.
Ima cakap "Dulu kita main rumah sikit tak bersepah kan?"

Memang betul pun.

Anak-anak sekarang asal nak main je mesti nak kena ada barang mainan.
Kalau si Rayyan tu, setahun ada la kot 14 kali beli set dokter-dokter. 
Tahan dalam setengah jam, pastu stetoskop terbelah dua.
Kalau barang memasak ni jangan cakap la. Aku rasa lemari Ikea yang aku beli untuk dia simpan barang mainan tu, 3 laci je dah penuh dengan kitchenware dia je. Belum masuk barang lain.

Bila Ima cakap macam tu, aku terpaksa la akui betapa hebatnya zaman kita dulu main.
Rumah sikit tak semak dengan barang mainan.
Aku rasa time kitorang kecik-kecik dulu susah gila kot nak jumpa barang mainan dalam rumah. Hampir takde. Masa Ibal wujud baru ada mainan-mainan ni semua. Agaknya excited anak lelaki kan, kejap-kejap dibelikan mainan. Lepas tu yang tukang kemas balik-balik aku.

Aku tanya Ima "Ingat tak kalau kita start main mekap-mekap kat kampung, kita guna apa?"

Ima cakap "Bedak!"

Bedak okeh!
Main kat kampung, nenek aku mana ada alat mekap.
Tapi bila seru nak main mekap-mekap tu sampai, takde alat mekap pun, permainan tu harus diteruskan juga.
Bahan yang paling available untuk dijadikan alat mekap waktu tu cumalah bedak.
Bedak bukan sebarang tau, bedak yang patsegi buat baling anjing tu. Yang gambar depan dia pompuan muka putih selepom. Bedak tu kan kesat sikit. Aku gunakan bedak tu bila arwah atuk mintak cabutkan uban. Jadi, bedak memang available untuk dicapai, nenek aku takkan syak punya aku buat main bedak tu sebab itulah satu-satunya bedak easy access.

So, macamana guna bedak untuk alat mekap?

Senang.

Bedak tu lah aku gunakan sebagai eye shadow.
Itulah jugak blusher.
Lipstik takyah, lipstik pakai air liur je. Bagi nampak kilat sikit bibir.

Padahal letak kat mata ngan pipi dah sah-sah nampak setepek putih kat kelopak mata. Pastu setepek lagi putih kat pipi, kan?

Tapi, itu pandangan mata orang tua.
Pandang mata budak-budak, kalau aku cakap bedak tu adalah eye shadow, maka ia jadi eye shadow.
Kalau aku cakap bedak tu adalah blusher, maka itu adalah blusher.
Dan kitorang yang main mekap-mekap ni sangat teruja bila tengok muka kat cermin dah siap 'dimekap'.
Cun oiii.
Walalupun sebenarnya putih je, tapi imaginasi budak-budak power tau.
Kau je nampak putih, tapi kitorang yang main tu nampak kelopak mata biru, pipi merah!

Sama lah kekdahnya kalau main masak-masak kat kampung.
Takyah guna barang-barang dapur nenek aku, apetah lagi barang mainan. 
Segala-galanya ada kat luar rumah.

Bila aku cakap buah pokok jenjarum tu adalah bawang, maka itu dalah bawang.
Bila aku cakap "Ïma, pegi carik sayur, malam ni kita masak sayur campur".
Ima dengan otomatiknya petik daun rambutan, bunga raya nenek aku, kaut sikit dedak ayam kat reban tu. Eh kata nak buat sayur campur kan, haruslah warna-warni sikit.

The same goes, bila main nenek-nenek.
Walaupun cuma bunga kertas + bijik buah jenjarum ditumbuk-tumbuk dan dibalut dengan daun bunga raya, ia tetap menjadi sirih!
Kalau kau cakap tu bukan sirih, kau takleh main.
Kalau kau nak main, kau kena percaya itu adalah sirih.
Kalau aku cakap kau kena makan, kau makan. Hahahhaah.

Imaginasi budak-budak ni kau jangan buat main-main.
Kalau aku dah start main panjat pokok kelapa, adekah wajib ada pokok kelapa?
Tak payah okeh.
Cukup dengan hanya tiang porch nenek aku tu. Kalau aku cakap tu pokok kepala, maka itu adalah pokok kelapa. Beria aku panjat. Siap ikat tali rafia kat pinggang buat selit kayu. Konon macam parang la. Seb baik masa tu aku tak terfikir nak bawak beruk sekali naik 'pokok kelapa' tu. Kalau tak, mesti Ima yang jadi beruk aku. Hahahahha.

Hari hujan?
Takde hal.
Boleh main dalam rumah

Nak main apa, cakap?
Main pondok-pondok? Bolehhhh.
Aku pernah makan nasik bawah meja, punyalah menghayati watak jadi orang susah duduk kat pondok. Ambik nasi kat dapur, makan bawah meja. Otomatik jadi orang susah.  

Budak-budak sekarang ni, nak main masak-masak pun kena beli mainan, nak buat kuih pun kena beli Play-Doh, nak main mekap kena beli set mekap Barbie. 
Macam anak aku la, tetiba seru dia datang nak jadi dokter, jam tu jugak aku kena carikkan mainan dokter kat Giant. Bila aku cakap takyah, ambik je ni penyepit bihun jadi spatula.
Tak boleh dia kata.
Ni bukan.
Terus dia gugel youtube tunjuk kat aku mainan dokter.

Aku dulu nak main dokter-dokter, pakai spek mata bapak aku je cukup dah untuk menjadikan aku seorang dokter. Selebihnya ambik kat dapur - penyepit baju, penyepit mihun (jadi spatula), kain tudung mak aku jadi anduh. Helo kamonnnnn. Banyak kot barang 'mainan' dalam rumah mak kita semua. Tinggal nak explore ngan taknak je, betul tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kat bawah ni pemangkin semangat untuk korang yang guna GreenAard.
.








posted by aveo757 @ 4:32 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER