walk on wings, tread in air: Orang lelaki balik kampung mengangkang je 24 jam. Kalau pompuan buat macam tu, mampus kena luku. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Orang lelaki balik kampung mengangkang je 24 jam. Kalau pompuan buat macam tu, mampus kena luku.
2016-06-14


Lately ni kat newsfeed aku kejap-kejap ada orang share artikel tentang gaduh dengan ipar-duai, mak mertua mental, keluarga suami jaki kat isteri, bla bla bla. Agaknya sebab nak raya kan, jadi masing-masing mula lah ungkitkan macam-macam kisah. Nak melepaskan tension agaknya.

Antaranya, gambar ni.

Tak dinafikan memang kebanyakkan keluarga suami sensitif kalau tengok isteri berehat sekejap. Memang ada. Agaknya keperihatinan mak mertua ni maybe lebih kepada sesekali balik kampung. Pada pikiran dia, kau dah la bukan selalu balik kampung. Bila balik kampung asik nak memerap je dalam bilik. Gitu lah kot pikiran dia.
Tu kalau dapat mak mertua and ipar-duai jenis lontaran vokalnya bagus.
Ada jugak mak mertua and ipar-duai yang senyap sepi, kat depan kita tak cakap apa-apa, tapi rupanya kat belakang kita habis segala dalam kangkang semua dia korek.

Pada aku, itu semua lebih kepada masalah kita, bukan masalah dorang.
Nak salahkan orang memang senang, tapi nak ubah orang payah.
Yang boleh, adalah ubah diri.
Samada kau nak activate mood rajin everytime balik kampung mertua atau kau nak activate untuk pekakkan telinga.

Aku punya pilihan always yang kedua. Hahahahah.

Mak mertua aku jenis tak bising.
Ipar-duai aku pun tak jugak kot.
Tak tau la kalau kat belakang aku, tapi so far 15 tahun kawen aku takde lagi masalah bermasam-muka dengan ipar duai.
Cuma aku memang takde la nak tunjuk rajin dari awal aku kenal En Wan.

Kali pertama aku jejak kaki kat rumah mak mertua aku adalah lepas bertunang.
En Wan bawak aku balik nak tayang aku kat orang kampung.
Dari awal lagi aku memang tak tunjuk aku rajin, semua benda boleh buat. Tak.
Aku cuma pastikan, kalau mak mertua aku (dulu bakal mak mertua) tengah masak, aku tanya "Ada apa nak tolong-tolong?".
Kalau nak tengok aku masuk dapur sinsing lengan baju "Eh takpe, takpe. Biar Diana buat" - yang ni memang tak la!
Aku offer diri untuk tolong. Kalau dia kata takyah tolong, aku takkan offer diri lagi dah. Tapi aku akan stay kat dapur layan bersembang.

Tapi aku pastikan benda-benda basic tu aku buat, like basuh pinggan makan sendiri.
Nak masuk rumah, kasut susun kat tepi siap-siap.
Baju kotor simpan dalam plastik, balik rumah kang baru basuh (sebab aku malas nak basuh kat rumah orang sebab nanti time lipat baju takkan aku nak lipat baju aku anak-beranak je kan. Mesti lipatkan orang lain punya sekali, so aku malas. Jujur tak aku? Hahahaha).
Kipas tak cukup kuat, aku beli kipas sendiri. Malas la bertekak sebab kipas seketul, tak berbaloi.
Most of the time, kalau aku tak tolong masak, aku tak makan kat rumah. Mmemang akan beli makanan kat luar je sebab En Wan suka carik makanan kalau balik Tganu.

Bab mengurungkan diri dalam bilik, yes. Aku antara yang agak suka memerap dalam bilik.
Even kat rumah aku sekarang pun, aku lagi banyak habiskan masa dalam bilik dari luar bilik.
Aku balik keje tu terus masak. Sambil masak sambil bersembang ngan mak. Pastu makan.
Lepas makan, aku terus lepak kat bilik sebab mak aku layan cerita melayu. En Wan pulak melayan cerita tak melayu. Kadang-kadang aku turun bawah sambung makan sambil lepak sembang ngan mak dalam 30 minit pastu aku naik bilik semula.
So, memang dari awal lagi aku dah tunjuk yang aku bukan menantu yang rajin sangat pun. Sebab aku memang tak rajin. Tapi aku akan pastikan aku tak menambahkan beban dan menambah sepah.

Kalau kat Terengganu, aku follow En Wan.
Kalau En Wan tido kat hall, dia selalu ajak aku join sekali, so aku pun bantai la tido kat hall.
Lagi senang kan, terang-terang kat kat hall aku membongkang. Memang saje je mintak kena kutuk. Hahahaha. Tapi so far mak mertua aku tak kisah pun aku tido ke, melepak ke. Maybe dia tinggal dengan aku so dia tau aku bukannya pemalas sangat. Cuma aku bukanlah rajin sangat pun.
Sampai masa masak, aku masak.
Sampai masa aku overhaul rumah, satu rumah aku overhaul.
Kalau saka aku rajin nak basuh 6 bijik bilik air kat rumah tu, enam-enam bijik aku basuh.
Tapi takde lah all the time nak rajin. Hoih, aku ada banyak lagi benda nak pikir okeh dari nak mikir jadi menantu mithali.

Aku rasa, antara mak mertua aku dengan Mak Aji, Mak Aji jauh lebih cerewet.
Kalau balik rumah Mak Aji, aku agak rajin tolong-tolong kat dapur. Jarang aku nak merayap. Sebab Mak Aji bangsa yang sound anak-anak dia sendiri.
"Balik ramai-ramai pun berlonggok kat depan, aku macam nak mati bersilat kat dapur"
Haaa, gitu statement dia.
Dah masuk bab-bab mati ni yang aku malas nak pikir. Terpaksa gak la masuk dapur.
Tu pasal laki aku kalau balik Bangi asik bantai membuta je. Sebab takde geng nak ajak merayap.
Ni lah sebenarnya punca kenapa suami balik rumah mak mertua asik memerap kat dalam bilik.
Dah tu kau asik berlonggok kat dapur tolong mak kau tak abis-abis, acaner laki kau tak boring? Sebab tu dia membuta pagi santak ke malam.

Bapak mertua selalunya cool.
Dia takde de nak kisah menantu laki dia tolong ke tak.
Apa benda pun yang nak ditolong kalau lelaki ni kan?
Kalau perempuan tu ye la, tiap masa nak siapkan makanan. Baru lepas siapkan sarapan, dah nak kena siapkan lunch. Baru habis lunch, dah nak pikir apa nak siapkan minum petang.
Kalau lelaki tu apa sangat kejenya pun. Takkan tiap masa nak betulkan mentol kot.
Sebab tu orang perempuan sentiasa ada keje nak dibuat everytime balik kampung, apetah lagi kampung suami. Dah tu siapa yang mak mertua nak harap tolong kat dapur, tolong kemas rumah? Konfemlah orang pompuan jugak. Kau lah kena.

Tapi aku tak rasa la ada mak mertua yang kejam nau macam tu, melainkan dari awal lagi dia tak setuju anak dia kawen ngan kau. Yang tu boleh jadi.

posted by aveo757 @ 1:46 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER