2016-05-23

Gold Coast Melaka


Sabtu lepas percutian kitorang ke Gold Coast Melaka.
Satu percutian yang aku tak tahu menahu, tau-tau je disuruh bersiap nak pi Melaka.
Puncanya sebab En Wan tak sedar yang Sabtu lepas tak keje.
Bila aku bagitau Sabtu Wesak Day, dalam senyap-senyap dia book hotel.
Bila aku tanya pi mana, dia kata "Ada la..."
Kalau dia respond macam tu aku tau dah ni mesti tempat yang aku tak berkenan.
Rupanya betul.
Sebab last time dia bawak pi Gold Coast Morib tu pun aku tak berkenan.

Actually both tempat pun takde la teruk sangat.
Cuma aku serik pi tempat yang sesak macam A Famosa Resort pun cukuplah sekali je aku pegi, taknak dah aku masuk balik.
Tak tenang rasanya bercuti kat tempat yang hiruk-pikuk.
Tapi budak-budak enjoy la pi tempat macam ni ada water theme park.
Disebabkan Khamis depan dah gerak ke Tganu, pastu Ahad depan ada fotoshoot untuk last batch raya collection, so bawak je la budak-budak ni pi jalan kejap. Buat syarat.

Hotel dia (lebih kepada apartment) spacious.
Kalau sesape pernah pegi Golad Coast Morib and Bayou Resort, Gold Coast Melaka ni jauh lebih luas apartment dia.
Kalau family yang ramai masih ok lagi, takde la berlaga-laga tetek kau anak-beranak kat hall tu.
Bilik ada 2, (aku tak sure kalau ada 3 bed-room), tapi 2 bilik pun dah cukup luas untuk aku yang cuma berlima ni.
Hall sangat luas. Kalau cuma nak tido, aku rasa muat untuk lagi 6 orang dewasa kat hall tu.
Tinggal lagi bilik air cuma 2 je. So kalau 10 orang dalam tu nak berkongsi 2 toilet pagi-pagi, memang mintak nyawa la jamban tu.


Bilik mak mertua, Rayyan and Redza.
Bilik ni pakai bilik air kat luar.
Bilik air besar, shower pun air laju, jamban ada hose, cuma bilik air ni takde bath tub.


Bilik aku and En Wan.
Simple je tapi ok. Janji aircond berfingsi.
Bilik ni ada bathroom sendiri yang ber-bathtub.
Standard hotel apartment macam ni tak disediakan sejadah. Kau bawak sendiri.
Jangan jadi macam kitorang. Dah terbiasa pi hotel jadikan table runner sebagai sejadah, sekali kat hotel ni takde tabble runner maka sujud atas suratkhabar, Gila punya kedana nampaknya.


Hall yang besar.
Cermin memenuhi ruang dinding, senang pagi-pagi takyah bertekak nak rebut cermin tu kat kau sorang. Pi pakai tudung kat hall, puas hati atas bawah nampak.
Jangan berangan nak layan Astro kat sini. Takde.


Aku beruntung, apartment aku menghadap kolam.
Senang aku pekik panggil anak-anak aku dari atas.
"Rayyan, naikkk!!!"
Macam kawasan tu aku punya je.
Cuma access ke kolam kena pusing sikit. Walaupun hanya berdepan balkoni, tapi nak ke kolam tu kau kena make ond round. Tapi aku tak kisah, sebab aku tak pi kolam pun.



Besar kan hall dia?
Kalau family kau ramai, kau tolak je sofa ngan meja makan ni ke tepi, pastu kau lambakkan toto. Settle masalah tempat tido.
Cuma bantal dia provide 5 je, satu kepala satu bantal. So kalau pi ramai-ramai tu satu hal la pulak nak memenuhkan kereta dengan bantal, toto and selimut sendiri.


Dekat sangat dengan kolam, kan?
Masa aku pi Gold Coast Morib tu pun camni gak bentuknya, apartment ngan kolam berdepan-depan. Tapi Gold Coast tu macam sempit sikit gap antara kolam dengan apartment.
Kolam ni besar sikit and gap dengan apartment tak rapat sangat.


Ada kitchen.
Cuma takde stove and microwave untuk kau panas-panaskan lauk.
Tapi senonoh la untuk kau basuh-basuh tangan, basuh bekas makanan.
Tapi utensils semua tarak. Bawak sendiri.


View dari bilik aku.
Memang clear sangat. Boleh nampak jelas mana satu anak aku.
Aku tak ingat macamana water park Gold Coast Morib, sebab kat sana dulu pun aku tak turun ke kolam. Tapi aku rasa aku suka yang kat Melaka ni lagi.
Cumanya, kalau nak comparekan dengan Bayou Resort, water park Bayou lagi best.
Tapi kalau nak bagi budak-budak seronok, ni pun dah kira ok dah ni.
Budak-budak bukan tau apa sangat, kau bagi dia main air dalam besen pun dia seronok.
Bayou Resort ngan Gold Coast ni sebelah-menyebelah je pun.


Dia ni kalau bab bergaya memang tak boleh celen.
Siap goggle segala tapi main cepuh-cepuh kaki kat tepi je.
Kepala tu basah pun sebab bapak dia benamkan kepala dalam air, kalau tak, macamana dia turun, macama tu la jugak dia naik. Tak basah pun. Basah buku lali je.


Ok la kan ni?
Kalau kau yang tua-tua ni memang la nampak tak seronok.
Tapi budak-budak dah meriah habis dalam bergelimpang dalam ni.



Camtu la gaya dia.
Kalau bab bergaya, serahkan je pada yang pakar.
Orang lain berdebushh terjun tak apa-apa pun.
Dia siap bergoggle, siap pakai jacket pelampung macam nak rak tapi main air paras buku lali je.
Aku tak paham apa la perasaan dia pakai pelampung tapi main kat tepi.


Kalau bab pose, tak payah dipertikaikan lagi.
Anytime, anywhere. Pantang kamera tu hala kat dia je, dia akan the best shot!
Gedik.


Nasib baik la En Wan memang jenis rajin melayan anak-anak berendam sebab dia pun suka main air gak. Dapatlah aku bersenang-lenang mengangkang-ngangkang layan Netflix dalam bilik.


Redza naik ni ada la kot nak dekat 20 kali. Balik-balik dia, balik-balik dia.



Ada jakuzi gak.
Tapi jauh sikit dari tempat budak-budak main.
Maybe ni dikhaskan untuk orang tua-tua tapi takde orang tua nak masuk, jadi anak aku je la masuk.

Tengahari tu lepas mandi semua dah lapar, at the same time En Wan kepenatan.
Jadi takde sape nak keluar lunch.
One thing yang aku tak suka gi tempat-tempat macam ni sebab room service takde. Kalau ada pun, sangattttttttttttttttt lembab dan sangat limited choices dia.
Macam kat Gold Coast Melaka, room service takde. Nak turun mencari makanan memang malas.
Jadi, aku call McD delivery.
Nasib baik dekat. Tak sampai 30 minit dah sampai order aku.



Malam tu En Wan bawak pi Umbai.
First aku sampai sini, masa sekolah rendah dulu.
Ramai-ramai dengan adik-beradik Mak Aji from Singapore.
Kalau tak salah aku, kat sinilah kali pertama aku makan makanan seafood dengan ertikata sebenar.
Tapi masa tu kecik lagi, makan pun ramai-ramai, so berpada-pada lah.
Makan pun tak berapa nak kenyang sangat sebab segan tumpang orang makan (orang belanja).

Malam tu, aku bedal kaw-kaw.
Aku pilih ikan "Mana yang paling besar? Saya nak yang size paling besar".
Wahh belagak kau pilih nak yang besau je, padahal nak makan 4 orang je pun.
En Wan kata buat apa besar-besar.
Aku cakap makan biar puas. Datang jauh-jauh nak makan ikan kecik??

Kedai ni seafood dia besar-besar and fresh.
Ikan dia besar, sotong besar, udang besar. ketam besar.
Puas hati lah.
Kitorang datang awal 10 minit je dari waktu standard.
Lepas 10 minit, menderu kereta masuk, sampai beratur panjang tempat pilih ikan. Phewww selamat!




Dulu, masa aku kecik-kecik, mak bapak aku cukup risau kalau pi tempat makan yang ada jual mainan macam ni.
Walhal aku tak mintak pun. Kadang-kadang aku jeling je pun dah kena marah. Nape ntah.
Bila dah besar ni baru aku paham, kadang tu mak kita marah bukan sebab kita mintak, tapi sebab dia sedih bila tak dapat penuhi keinginan anak.
Tapi aku bersyukur tempat-tempat makan macam ni ada kedai mainan.
Tenang sikit jiwa aku nak makan.
At the same time, senang sikit nak menyuap Rayyan makan.
Belikan dia seketul mainan, konfem dia duduk diam time kau suap dia makan. Kalau tak, pantat dia macam ada duri. Takleh duduk diam. Lemas aku kejap nak bangun kejar dia, kejap nak duduk, belum apa-apa ketiak aku dah lecak.
Mujur jugak anak aku ni tak kisah walapun mainan tu harga cuma RM2, janji dia bawak balik satu barang. Malam tu aku belikan dia pistol buih untuk kali ke 47. Tak sempat bawak balik ke Putra Heights besoknya, dah jahanam. Itu standard.



Inilah port paling best sekali!
Kebetulan belacan aku kat rumah dah habis.
Aku memang suka ngan belacan Melaka.
Carik bior yang cerah-cerah sikit, banyak udang. Lembut pun lembut.
Ni lah dia bila dah tua. Dulu time budak-budak cukup sengkak ngan bau belacan.
Dah tua-tua ni, belacan la paling tak boleh takde dalam esbok.


Apa-apa pun pekena ni dulu.
Isi besar.
Harga aku tak tau berapa. Tapi aku sorang je 7 batang.


Boleh tahan senonoh ikan-ikan kat kedai ni.
Makanan pun cepat sampai. (maybe sebab aku sampai waktu orang belum ramai)


Tomyam seafood.
Boleh tahan, tapi aku tak minat sangat tomyam jernih macam ni.
Aku prefer tomyam bersantan.


Siakap mintak dibakar je.
Memang fresh.
Mak mertua aku jarang meratah lauk.
Tapi kelmarin dia berdua ngan anak laki dia meratah ikan ni.
Sedap katanya. Isi manis.
Mau tak sedap, fresh kot naik dari laut. Konfem sedap. 


Sotong goreng tepung yang sedap.
Tapi takleh celen sotong Linda and Mona Kuala Perlis.


Butter prawn yang out :(
Aku expect butter prawn bersarang, tapi yang ni prawn digoreng dengan butter pastu ditabur oat.
Jadi hasilnya manis. Tak sedap.



Ni pagi Ahad, lepas breakfast dorang bergambar kat 'kapal Portugis'. Masih dalam renovation.
Pagi tu aku tak join breakfast. Sebab aku boleh bajet macamana gamaknya keadaan orang kat dapat dining hall tu. Semua tempat yang aku pergi kalau berasaskan water theme park memang selalunya sepesen je.
Dining hall akan jadi sangat kotor dengan meja yang penuh ngan pinggan tak berkemas sampai takde tempat nak duduk.
Pastu lantai berselipat dengan makanan yang tumpah.
Food tak re-fill.
Orang berasak-asak nak ambik makanan macam tak pernah jumpa makanan.
And paling tak boleh tahan, bau tempat makan tu jadi hamis satu macam sampai kembang tekak aku.

Bila dorang balik dari breakfast aku tanya mak.
Betul pun jangkaan aku.
Mak kata tempat bekas isi makanan banyak, tapi takde orang re-fill.
Bila takde orang re-fill, people tend to tunggu makanan, maka berlepak-lepak lah semua kat dalam tu lama-lama sampaikan orang lain takde tempat nak duduk.

Nasib baik aku tak join.
Kalau tak, blow aku satu hari.
Kalau korang taknak hadapi benda-benda macam ni, kat depan hotel ni ada warung.
Dulu masa aku stay kat Bayou, pagi esoknya kitorang breakfast kat warung tu.
Ada lontong, roti canai, nasik lemak, mee kari....tapi ko kena cepat lah sebab warung tu sebijik je.
Letaknya pulak depan 2 bijik hotel, memang kebarangkalian orang nak singgah makan situ adelah sangat tinggi. Kalau lambat, kau dapat tengok bumbung warung je la jawabnya.

Kitorang check-out awal, belum kul 11pagi dah balik sebab ada orang nak datang rumah.
Jadi, tu je la cerita percutian singkat aku ke Gold Coast Melaka. Tak sompek nak merayap pi tempat lain pun.


Petang, lepas Asar, ajak En Wan gi beli groceries.
Plannya pi Jaya Groceries kat USJ Main Place je. En Wan kata dah alang-alang keluar, gi Sunway Piramid terus. Dia nak carik kasut.


Kebetulan shower gel BBW aku dah nak habis.
Aku takde selera nak mandi bila aku punya BBW White Citrus habis.
White Citrus ni la yang aku beli berulang-kali.
Memang kena sangat bau-bau macam ni kat hidung aku.
Yang tinggal kat rumah semua bau rose, bau sunflower, bau sakura.....wangi memang wangi tapi tak kena sangat. Buatkan aku jadi takde mood mak mandi.
Tapi memandangkan Sunway Piramid takde BBW, aku beli Body Shop.
Rupanya ada sale! Last day lak tu! Kuang aja punya Body Shop. Padahal aku member tapi dia tak hantar sms pun bagitau ada sale. Seb baik sempat.


Ni White Citrus BBW. Wangi gila!
259ml untuk RM50-RM60.
Semalam aku gantikan dengan Body Shop punya shower gel, aku ambik 4 botol.
Semua yang bau-bau fresh kena ngan hidung aku like Green Tea, Tea Tree, pastu lagi 2 apa ntah lupa tajuk. Untuk RM250ml harga RM45 + 10% member diskaun.
Tolak campur lebih kurang je la ngan BBW punya harga.


Pekena Sushi King jap.


Ye nak, mak kau memang ada share kat Clinique ni. Buat la macam rumah sendiri.


Singgah Clinique cari chubby stick.


Aku beli ni - Chunkiest Chili. Nampak macam menyala sangat, tapi bila kena kat bibir aku jadi macam merah-merah bibir Kate Middleton gitu. Kah Kah Kah.


Today gi opis pakai lipstik baru.
Tak menyala sangat kan?
Silakan beli. Harga RM66 seketul.



Ni nak bagitau, mulai esok, GreenAard launch Promosi Pra-Ramadhan.
Makan ni time puasa, insyallah makin laju berdesup kau turun berkilo-kilo.
Agen-agen semua dah maklum tentang promo ni.
Boleh beli dengan agen, ataupun dengan aku (HQ) direct.

Tapi kalau beli dengan aku, harga promo ni valid melalui whatsapp saja. Kat website kekal harga lama.

Jadi, ko kena whatsapp "GREENAARD RAMADHAN" ke 012-7728976.

Harga Promosi Pra-Ramadhan :

1. RM83/botol (semenanjung). RM93/botol (Sabah/Sarawak)

2. RM78/botol untuk pembelian 2 botol ke atas. Dapat free pendrive. Sabah/Sarawak RM88/botol

Pendrive ni limited sebab ni belen-belen gift awal bulan hari tu. So, sape cepat dia dapat. Kalau tak dapat, at least korang dah dapat harga diskaun. Kiranya pendrive ni bonus saja.

Whatsapp only ya.